ESPN's Bottom Line Widget

CIPTALAH SEJARAH YANG TERBAIK UNTUK GENERASI KITA / JANGAN BIARKAN KITA TERSUNGKUR DI BUMI SENDIRI

bX-2nw74

Monday, December 3, 2012

Video Penuh : Ucapan Penggulungan Presiden Perhimpunan Agung Umno 1/12/2012




Memilih Barisan nasional adalah pilihan terbaik untuk arus dan corak masa depan Negara kita. Ini terbukti sekali semasa perhimpunan Agung UMNO baru-baru ini. Golongan muda telah menunjukan satu perubahan yang nyata untuk bersama dalam perhimpunan ini. Kematangan dalam politik telah memberi ruang yang secukupnya kepada golongan mudah bersama-sama untuk membangunkan sertA MENCORAKAN masa depan negara kita. Golongan muda bersyukur pada Perdana Menteri kerana dalam pilihanraya ke-13 mereka terus diberi ruang untuk mewakili DUN dan Perlimen.

Friday, September 28, 2012

BAJET 2013 MEMBERI IMPAK BESAR KEPADA PARTI PEMBANGKANG

Bajet 2013 yang dibentangkan oleh Datuk Seri Najib petang ini jika dihayati sudah pasti memberi kesan/impak yang besar pada parti pembangkang. Pembuktian bajet ini memang jelas dalam mana memberi keutamaan kepada rakyat bersesuian dengan keperluan semasa. Keutamaan pada pendidikan dalam Bajet 2013 kerana  sebanyak 38.7 bilion ringgit telah diperuntukkan kepada Kementerian Pelajaran meliputi peruntukan mengurus dan pembangunan. Peruntukan yang besar ini sudah pasti merancakan lagi pembangunan pendidikan dalam negara kita.

Bajet parti Pembangkan yang belum jelas dengan angka peruntukan perlu dimaklumkan kepada rakyat Malaysia supaya kita boleh menilai ketepatan data yang ingin dibentangkan. Ada kemungkinan bajet parti pembangkan lebih kepada menyedapkan hati rakyat dengan perancangan dan janji yang sukar untuk dicapai.

Teks penuh ucapan bajet oleh PM Dato' Sri Mohd Najib Tun Haji Abdul Razak -klik

  Pautan :

  1.   BELANJAWAN 2013 BERPAKSI KESEJAHTERAAN RAKYAT- klik

 

    2. BAJET 2013: kenapa DS Najib pakai baju Melayu warna hijau - klik

 

  3.  Langkah Tepat Kerajaan Utamakan Golongan Sederhana 

Dalam Bajet 2013-klik 

 

 

4. Bajet 2013 – Jadi Harapan Bajet Untuk Meringankan Beban Rakyat

 

 

 

 

 

 

Saturday, September 8, 2012

SINGKIR AHLI YANG SABOTAJ PARTI-/UMNO-BARISAN NASIONAL

Tindakan yang bijak menyengkirkan  mana-mana ahli pasti BN/UMNO  (Barisan Nasioanal ). Pilihanraya ke-12 sudah menjelaskan terdapat segelintir ahli BM/UMNO yang terlibat dalam sobataj parti terutamanya pemimpin yang tidak disenaraikan menjadi wakil calon.

Jika tidak dibenteras dari sekarang sudah pasti ianya akan menjalar pada bila-bila masa. Keadaan ini sudah lama berlaku dan ianya bermula dari peringkat cawangan lagi Salah satu faktor golongan muda tidak terlibat langsung  dalam politik disebabkan perkara ini sudah menjadi warisan dan belum ada tindakan tegas dan secara kolektif untuk menyelesaikan masalah ini.

Mereka ini seperti kanser dalam parti, berpura-pura menyokong parti dan kesetiaan mereka hanya bermusin saja. Jika tidak terpilih atau mendapat apa-apa jawatan dan kontrak mula bertukar angin dengan mengugut dengan tidak menykonmg parti.

Biasanya tindakan ini dilakukan oleh pemimpin politik yang mempunyai pengaruh atau mereka beria-ia benar untuk menjadi calon. Keadaan ini sudah nampak jelas dalam kalangan orang penting dalam UMNO  sudah tidak setia, membuat sabotaj tapi   keahlian mereka belum dibincangkan secara tegas  untuk disingkirkan serta merta.

Tan Sri Muhyiddin telah memberi peringatan yang tegas dalam perkara ini. Jika ahli UMNO sedar dan tiada sabotaj parti, insyaAllah UMNO/BM akan menang 2/3 dalam PR-13 ini. Parti komponen BN perlu juga mengambil tindakan yang sama untuk  memastikan tidak ada lagi rakan politik yang membuat sabotaj parti. Cukup sudah pengajaran dalam PR-12 dalam mana BN hampir tewas oleh Pekatan Rakyat " TELAJAK PERAHU BOLEH DITARIK, TELAJAK KATA MEMBAWA PADAH"

Friday, April 27, 2012

SELEPAS SHOLAT JUMAAT REMAJA INI DENGAN BANGGANYA MEMBUAT DEMONSTRASI

Alhamdulillah hampir semua khutbah Jumaat berkaitan dengan kesan mereka yang terlibat membuat demonstrasi. Secara kesimpulannya membuat demonstrasi  tanpa kawalan dan tidak mengikut arahan yang telah ditetapkan oleh kerajaan sudah pasti merugikan semua pihak. Nama negara yang kita cintai akan tercemar,
Begitu juga doa yang dibaca semoga negara dan rakyat kita akan terselamat dan diberi kemajuan serta  dijauhi oleh perkara yang boleh merosakkan masyarakat kita.

"Apabila kamu selesai mengerjakan solat, bertebaranlah kamu di muka bumi dan carilah kurnia Allah" (Surah AI Jumuah: 9). Bertebaranlah di muka bumi bermakna bergerak mencari rezeki halal, manakala mencari kurnia Allah bermakna bekerja, berkarya dan berusaha. 

Apa yang berlaku selepas sholat Jumaat ada dalam kalangan belia mengejar masa untuk pergi ke kawasan yang menganjurkan demonstrasi bukannya untuk mencari rezeki dan membantu negara.

Walaupun itu adalah hak demokrasi sebagai rakyat Malaysia, tetapi biarlah menjadi rakyat Malaysia yang berakal panjang dan penyelesian boleh dibuat dengan cara bermasyuarah.

Terikut-ikut dengan cara emosi dan pengetahuan yang sedikit dalam permainan politik ianya lebih bersifat sementara saja. Betul juga kata orang tua kalau nak buat sesuatu biarlah berfikir semasak-masaknya, jangan sampai terlajak perahu?

Friday, March 30, 2012

KUNAK PERLUKAN STADIUM, KOLEJ DAN SEKOLAH TAHFIZ


Dalam sembang dengan Masyarakat Kunak, ada 3 aspek yang perlu diambil perhatian bagi memastikan Kunak terus bersaing dan seiring dengan daerah yang berhampiran seperti  Semporna, Lahad Datu dan Tawau.

Dari segi ekonomi, Kunak merupakan Daerah pertanian  dikelilingi ladang kelapa sawit yang dimilik syarikat besar seperti Sime Darby, IOI, dan kilang -kilang memproses minyak kelapa sawit seperti THL-Wilmer, Borneo Samudera, Sime Darby dan beberapa kilang yang lain. Samada syarikat besar yang beroperasi di Daerah Kunak memberi sumbangan terutamanya dari segi sosial, dan jawapan ini terletak pada penduduk Kunak untuk menjawabnya.

Sejak Sabah merdeka dan pertukaran parti- parti yang memerintah bermula dari USNO hingga ke UMNO belum nampak lagi ada usaha yang bersungguh-sungguh untuk mendapatkan 3 perkara ini.  Kunak merupakan daerah yang strategik untuk mendapatkan kolej, sekolah tahfiz dan dalam masa yang sama masih lagi kemarau untuk mendapatkan stadium belum lagi terjawab.

Jika 3 perkara ini berlaku, saya yakin Kunak akan terus membangun dengan cepat kerana 3 keperluan ini secara tidak langsung memberi ruang daerah ini untuk mencapai pembangunan sekitarnya lebih cepat lagi seperti Balung yang terletak di Daerah Tawau.




Saturday, March 3, 2012

MOHON MAAF ATAS KESILAPAN BARISAN NASIONAL/UMNO-DATUK SERI NAJIB

   Tahnia kepada Datuk Seri Najib yang berani mengatakan kebenaran atas kesilapan Barisan nasional/UMNO  di Kedah.Datuk Seri Najib dengan berani memohon maaf bagi mewakili parti dan kerajaan atas kesilapan yang telah berlaku di Kedah.

   Ini merupakan satu senario yang luar biasa dalam mana pemimpin tertinggi telah memohon maaf kepada rakyat. Kesilapan ADUN  atau YB yang tidak menjalankan kewajipan dengan sepenuhnya hinggakan rakyat hilang keyakinan kepada Barisan Nasional. Bebanan ini telah di tanggung sendiri oleh Datuk Seri Najib. Sepatutnya Yang Berhormat yang mewakili ADUN masing-masng meluahkan atau menterjamahkan ayat ini    ( mohon maaf ) kepada rakyat.

    Contoh ini mesti terus diwarisi oleh mereka yang bergelar Yang Berhormat/ADUN. Situasi ini bukan sahaja perlu merujuk  kepada parti pemerintah namun merangkumi parti pembangkan yang lain termasuk mereka yang menang atas tiket BEBAS.

    Selepas ini berapa ramai Yang Berhormat sanggup menyatakan mohon maaf kepada rakyat selepas banyak menabur janji-janji yang tidak tertunai.

Tuesday, February 21, 2012

YANG BERHORMAT PERLU TUNAIKAN JANJI TERLEBIH DAHULU

  

     Beri beluang kepada Yang Berhormat kali kedua atau mereka perlu menunaikan janji kepada rakyat terlebih dahulu. Banyak  cerita yang sering menjadi tajuk perbincangan dalam kalangan rakyat di kedai kopi, salah satunya adalah janji YB belum tertunai.

   Pengerusi parti perlu menilai semula wakil rakyat mereka samada janji sudah tertunai atau belum. Jika tidak mungkin ada YB akan  dilebelkan sebagai YB yang suka berjanji. Ada dalam kalangan YB akan berjanji  memberikan bantuan/peruntukan dalam sesuatu majlis sehingga mencecah berpuluh ribu. Jika dijumlahkan janji YB seluruh negara yang belum tertunai,  mungkin mencecah berjuta atau berbilion  ringgit. 

  Rakyat perlu bertimbang rasa jika memohon bantuan/peruntukan kepada YB. Mereka menggangap YB sebagai BANK BERGERAK. Kadang-kadang permintaan mereka melebihi kemampuan YB.

   Perubahan minda perlu ada pada YB dan rakyat, mungkin  ada satu sistem janji yang terbaik untuk menyalurkan bantuan kepada rakyat secara teratur kecuali bantuan yang bersifat kecemasan.

   Akhirnya elak mengelak  antara YB dan rakyat berlaku. Situasi ini mewujudkan suasana yang tidak baik dalam membentuk hubungan mesra antara rakyat dan YB.

   

Friday, February 10, 2012

GOLONGAN PENIAGA PENENTU UNDI DI BANDAR







Dalam meraih undi tumpuan terus diberikan kepada pengundi yang berada di kampung atau desa. Mereka dikatakan merupakan kelompok yang besar untuk menentukan kerajaan pada PRU-13 nanti.

Bagaimana pula kawasan bandar yang terdiri daripada golongan peniaga. Adakah mereka akan memberi undi mereka kepada kerajaan pada PRU-13 nanti. Berdasarkan sembang-sembang kedai kopi mungkin mereka tidak memberi undi atas alasan banyak kekangan yang mereka hadapi semasa menjalankan perniagaan walaupun mereka suka dengan kerajaan yang sedia ada. Ini berlaku antara tanggung jawab yang dilaksanakan oleh penguatkuasa dan kebebasan sedikit yang diperlukan semasa berniaga.
Antara keluhan yang mereka hadapi seperti pemeriksaan oleh LHDN ( Lembaga Hasil Dalam Negeri ) semasa mengaudit akaun dan toleransi yang diharapkan. Masa hari perayaan, OPS Sikap dilancarkan dalam  masa  yang sama  urusniaga tidak dapat berjalan dengan lancar terutamnya penduduk kampung yang ingin memasarkan barangan mereka dari  pekan ke bandar atau dari bandar ke bandar. Biasanya kenderaan yang mengangkut barang jualan tidak mengikut spesifikasi  yang telah ditetapkan oleh JPJ dan pihak polis serta pengeluaran lesen berniaga yang lambat dan rumit.

 Jika dilihat golongan sebahagian besar pengundi di bandar adalah terdiri daripada orang Cina. Jika penggundi bandar berpihak kepada kerajaan maka kerajaan yang sedia ada akan menang. Bagaimana pula jika jangkaan ini tidak tepat atau meleset. Persoalannya adakah orang Melayu suatu hari nanti menguasai kawasan bandar.

Apa pun permasalahan ini mesti ada penyelesaian, tetapi yang penting bagaimana masalah ini boleh menguntungkan rakyat. Kita berkerja untuk raykat dan undang-undang perlu didahulukan dan dipatuhi.




Friday, February 3, 2012

UMNO MEMPERJUANGKAN ISLAM, ORANG MELAYU DAN INSTITUSI RAJA





           

Kita bersyukur dengan kekuatan orang Melayu yang bersatu padu pada masa dulu  akhirnya membawa kemerdekaan kepada negara kita. Kita sebagai generasi muda perlu berterima kasih kepada pejuang-pejuang yang terdahulu menentang penjajah yang tidak pernah memberi peluang langsung untuk kemajuan negara kita.

Hasil negara di bawa pulang ke negara penjajah, rakyat diseksa tanpa belas kasihan serta politik tidak diberi peluang lansung kepada anak-anak Melayu. Perubahan minda mesti selari dengan keadaan masa tetapi jangan lupa tentang agama, orang Melayu serta institusi raja.

Perpaduan perlu dikekalkan dengan saudara kita orang Cina dan India, Sabah dan Serawak  serta peribumi bagi menjamin keharmonian terus dapat dinikmati bersama. Kontrak sosial yang telah dipersetujui bersama perlu dihayati, dijaga dan dihormat.

Segelintir rakyat yang tidak memahami perjuangan UMNO yang mengatakan parti ini tidak begitu serius dalam menegakan agama Islam. Kerajaan telah menyediakan pelbagai kaedah untuk umat Islam mempertingkatkan akidah dan akhlak, dan ini semua terletak dibahu individu itu sendiri. Sejak dibangku sekolah lagi pendidikan agama Islam telah diberi keutamaan sehingglah ke peringkat yang lebih tinggi. Adakah kelemahan kita sendiri dari sudut agama yang akhirnya kita persalahkan pihak kerajaan.

UMNO yang ditubuhkan tahun 1946 berlandaskan perjuangan berteraskan Islam, Melayu dan institusi Raja itulah yang telah menjadi landasan perjuangan UMNO sehingga sekarang.  Kita perlu berbangga kerana parti UMNO dapat memperjuangan islam, orang Melayu dan institusi Raja. Jika keadaan ini berkekalan maka negara kita terus menjadi hak orang Melayu dan keharmonian dikongsi bersama dengan bangsa lain.

Perjuangan UMNO begitu jelas sekali dan mudah difahami untuk orang Melayu dan Agama Islam. Cubalah tanya diri sendiri,  mereka yang belajar diluar negara terutamnya di Timur Tengah lebih dari separuh pelajar adalah menerima pinjaman dan biasiswa kerajaan. Golongan ini lah yang sepatutnya bersama-sama membetulkan keadaan jika ada kelemahan dalam pentadbiran negara. Tidakkah terasa lain  dengan memakai budaya bertopi di kepala namun dalam masa yang sama berteriak/demonstrasi  sampai hilang nilai ketimuran dan ilmu yang dibawah balik.

Memang benar mungkin ada pemimpin yang tersilap semasa melaksankan tanggung jawab namun kita tidak boleh terus menghukum mereka. Kita yakin pemimpin yang begini tidak berada lama dalam kepimpinan parti dan biarlah mereka diganti, namun perjuangan yang di bawah UMNO perlu terus didukung dan disokong.

Setakat ini kita belum nampak dengan jelas parti-parti yang ada lebih bersikap terbuka seperti UMNO. Kebanyakan parti yang ingin membentuk kerajaan lebih banyak mengkritik dasar-dasar yang diperkenalkan daripada ikut serta  menyelesaikan masalah. Mengkritik memang mudah tapi untuk melaksanakan bersama amat berat sekali.






Sunday, January 29, 2012

BANTUAN BR1M KERAJAAN PERLU ADA POST-MOTERM

Langkah kerajaan memberi BR1M, baucer RM200.00, RM100 kepada murid sekolah telah memberi petunjuka ketulusan ikhlas kerajaan kita membantu rakyat. Rakyat patut bersyukur kerana sumbangan kerajaan ini sudah mengambil langkah untuk mendahulukan rakyat dalam semua aspek.

Dengan adanya sokongan ekonomi kepada rakyat secara tidak langsung membantu melancarkan perbelanjaan kepada ibu bapa terutamanya keluarga yang mempunyai ramai anak yang bersekolah. Sasaran kepada keluarga yang berpendapatan rendah pemberian BR1M walaupun dengan kadar RM500.00 tetapi merupakan satu rahmat yang diberikan kepada rakyat yang berpendatapan isi keluarga kurang RM3000.00
 
Pihak kerajaan juga telah memberi peluang kepada mana-mana rakyat yang tercicir namanya dengan merujuk di Lembaga Hasil Dalam Negeri. Dalam masa yang sama pihak kerajaan mesti melaksanakan satu sistem yang memudahkan rakyat untuk merujuk semula nama mereka. Terdapat isi keluarga yang tinggal jauh dan mungkin tidak tahu di mana terletaknya Lembaga Hasil Dalam Negeri. Sebagai contohnya mereka yang tinggal di Estate/Ladang peluang cuti dan sokongan dari pemimpin masyarakat diperlukan.

Bagi memastikan BR1M menepati sasaran, ADUN dan PARLIMEN mesti membuat post-moterm semula melalui unit masing-masing di setiap kawasan yang mereka wakili. Apa pun kelemahan yang berlaku sudah pasti  isu itu akan balik kepada pihak kerajaan.

Setakat ini berapa ramai pemimpin masyarakat yang membuat penilaian semula pemberian BR1M.  Walaupun perkara ini merupakan perkara kecil saja, tetapi ianya boleh memberi kesan kepada pilihanraya nanti terutamanya mereka yang tercicir nama tanpa bantuan daripada pihak yang berkaitan...." RAKYAT MENYOKONG PEMIMPIN DAN PEMIMPIN MEMBANTU RAKYAT"

---------------------------------------------------------------------------------------------------------
http://www.youtube.com/watch?v=sAV5qpoyTTg








Islamic Widget

TV / RADIO ONLIE