ESPN's Bottom Line Widget

CIPTALAH SEJARAH YANG TERBAIK UNTUK GENERASI KITA / JANGAN BIARKAN KITA TERSUNGKUR DI BUMI SENDIRI

bX-2nw74

Tuesday, August 30, 2011

Buta Sejarah Ilmu Agama Yang Tinggi Cuba Menghancurkan Negara





Kemerdekaan Ke-54. Adalah menjadi tanggungjawab rakyat Malaysia untuk setia dan terus mempertahankan kedulatan negara kita. Untuk mendapat kemerdekaan bukanlah mudah sekiranya kita tidak mempunyai jati diri yang tinggi. Negara kita ke arah membuat trnsformasi untuk kebaikan kita semua. Namun ada lagi segelintir genarasi kita yang buta sejarah atau sengaja tidak mahu menghayati perjuangan yang telah dilakukan oleh pejuang-pejuang terdahulu.

Atas dasar kepentingan parti dan peribadi kadang-kadang kita terlupa bahawa kita sebenarnya berada di bumi Malaysia yang tercinta. Walaupun kita selalu inginkan revolisi tapi biarlah revolusi itu boleh diterima oleh rakyat dan tidak menghancurkan negara kita.

Sebagai pemimpin yang mempunyai wawasan kita perlu menyediakan satu landasan yang betul untuk generasi muda. Pemimpin yang ada kena mencipta banyak peluang yang baik, negara yang aman,maju bersaing dengan negara luar dan jati diri yang tinggi.

Kekuatan agama tidak cukup kuat jika tidak disalurkan dan diolah dengan betul. Terdapat segelintir pemimpin- pemimpin masyarakat menggunakan kekuatan ilmu agama yang ada untuk mengelirukan rayat dan tidak digunakan seperti yang dikehendaki dalam Islam. Patutkah orang yang mempunyai ilmu agama yang tinggi sanggup memberi ceramah dengan mencemuh dan tidak ada santunya.

Kesetiaan pada negara mesti dijiwai. Semua kekeliruan dan rasa tidak puas hati mestilah disalurkan dengan cara yang sepatutnya.

Sayangilah Negara Kita Malaysia. Malaysia Negaraku Yang Tercinta. Selamat Hari Kemerdekaan ke-54





Islamic Widget

TV / RADIO ONLIE