ESPN's Bottom Line Widget

CIPTALAH SEJARAH YANG TERBAIK UNTUK GENERASI KITA / JANGAN BIARKAN KITA TERSUNGKUR DI BUMI SENDIRI

bX-2nw74

Wednesday, December 14, 2011

BN TAWAN PULAU PINANG DAN SELANGOR PRU-13

PRU-13 semakin hampir dan diperkatakan dan parti politik membuat strategi yang pasti untuk menenangan kerusi samada di Dewan Rakyat atau Parlimen. Kini Barisan Nasional sudah pasti akan membuat persiapan yang rapi agar tiada calon akan memberi masalah selepas dicadangkan mewakili di setiap ADUN dan Parlimen. ( BN MAMPU MENENAG SELESA PILIHANRAYA UMUM KE13 )


Kini Perdana Menteri telah memberi isyarat yang pasti bahawa calon yang sedia ada perlu menilai kekuatan yang telah berikan kepada rakyat. Calon senior yang mempunyai pengalaman yang luas, calon muda yang mempunyai wawasan yang jauh serta kekuatan hubungan peribadi menjadi sandaran untuk mewakili kerusi disetaip kawasan yang ditandingi.

Tindakan Perdana Menteri menilai setiap calon yang mewakili Barisan Nasional dan post-moterm PRU12 sudah cukup untuk Barisan Nasional untuk menang di kawasan yang telah dimenangi oleh parti pembangkang.

Perdana Menteri telah telah memberi perihatin kepada kehendak rakyat seperti pemberian RM100 bagi setiap pelajar serta RM500 ringgit sudah membuktikan kerajaan yang sedia ada adalah milik rakyat.


Selangor yang menjadi kubuh kuat pembangkang sudah pasti akan ditawan semula jika Barisan Nasional meneruskan agendanya dengan memberi bantuan dan terus menjalankan tanggungjawab sebagai  kerajaan yang memerintah. Kekuatan  Selangor dan kawasan yang dimenangi oleh parti pembangkan boleh dirampas semula apabila orang Melayu berani bersatu dan parti komponen Barisan Nasional menilai semula keupayaan mereka untuk bersatu dalam satu Barisan untuk terus  menyokong penuh kepimpinan Dato' Seri Najib.


Kini setiap langkah dan program Barisan Nasional telah menunjukkan prestasi yang baik dan mendapat sokongan di kawasan yang dimenangi oleh pembangkang. Program untuk satu rakyat sudah diterima dan difahami oleh masyarakat majmuk.


Jika parti komponen Barisan Nasional memenangi semua kawasan yang kalah diambil semula sudah pasti Barisan Nasional akan terus memenangi PRU13 nanti. Semua parti komponen tidak akan terlalai dan calon yang akan mewakili mereka akan memberi kemenangan 100% kepada Barisan Nasional. 


Toleransi bagi pembahagian kawasan perlu diambil kira. Orang Melayu boleh bertanding di kawasan bukan Melayu dan begitu juga disebaliknya. Jika ini diterima dalam parti komponen Barisan Nasional saya yakin BN akan menang disetiap kawasan yang ditandinginya. Walaupun isu ini tidak begitu dibincangkan tetapi ianya mempunyai pengaruh yang besar dalam pembahagian kerusi nanti.


Jika segala permasahalaan diselesaikan sebelum PRU13 ini nanti saya pasti Barisan Nasional akan mendapat mejoriti yang besar dalam PRU13 nanti.  Segala usaha transformasi Perdana Menteri yang telah memberi ruang kepada semua rakyat dan faedahnya sudah pasti untuk rakyat juga.


















Thursday, September 15, 2011

TRANSFORMASI BERANI PERDANA MENTERI DATUK SERI NAJIB

Sempena ulang tahun ke-48 Penubuhan Malaysia, Perdana Menteri Malaysia telah merealitikan satu transformasi yang berani dalam melahirkan sebuah negara Malaysia era baru. Sekali gus merealisasikan sistem demokrasi  yang berfungsi, terbuka dan dinamik. Dengan konsep demokrasi dari rakyat oleh rakyat  untuk rakyat, dan dalam menjaga hak-hak asasi manusia maka Perdana Menteri Datuk Seri Najib tidak teragak-agak mengumumkan beberapa akta yang selama ini dianggap sebagai satu alat untuk menjaga kepentingan individu yang memerintah negara. Jam 8.00 malam 15 September 2011 Datuk Seri Najib mengumumkan:
 
1. AKTA BUANG NEGERI 1959 AKAN DIMANSUHKAN
2. AKTA ISA 1960  AKAN DIMANSUHKAN TERUS
3. PERMIT TAHUNAN KEPADA MEDIA DIHAPUSKAN
4. TIADA INDIVIDU DITAHAN KERANA IDEOLOGI POLITIK YANG BERBEZA
5. SEMUA PROKLAMASI DARURAT DIUSUL  AKAN DIMANSUH
6. HAK ASASI MANUSIA TERPELIHARA
7. DUA AKTA BARU AKAN GANTI ISA 1960
 8. SYARTAT PERMIT POLIS PERHIMPUNAN AKAN DIKAJI SEMULA


Tuesday, August 30, 2011

Buta Sejarah Ilmu Agama Yang Tinggi Cuba Menghancurkan Negara





Kemerdekaan Ke-54. Adalah menjadi tanggungjawab rakyat Malaysia untuk setia dan terus mempertahankan kedulatan negara kita. Untuk mendapat kemerdekaan bukanlah mudah sekiranya kita tidak mempunyai jati diri yang tinggi. Negara kita ke arah membuat trnsformasi untuk kebaikan kita semua. Namun ada lagi segelintir genarasi kita yang buta sejarah atau sengaja tidak mahu menghayati perjuangan yang telah dilakukan oleh pejuang-pejuang terdahulu.

Atas dasar kepentingan parti dan peribadi kadang-kadang kita terlupa bahawa kita sebenarnya berada di bumi Malaysia yang tercinta. Walaupun kita selalu inginkan revolisi tapi biarlah revolusi itu boleh diterima oleh rakyat dan tidak menghancurkan negara kita.

Sebagai pemimpin yang mempunyai wawasan kita perlu menyediakan satu landasan yang betul untuk generasi muda. Pemimpin yang ada kena mencipta banyak peluang yang baik, negara yang aman,maju bersaing dengan negara luar dan jati diri yang tinggi.

Kekuatan agama tidak cukup kuat jika tidak disalurkan dan diolah dengan betul. Terdapat segelintir pemimpin- pemimpin masyarakat menggunakan kekuatan ilmu agama yang ada untuk mengelirukan rayat dan tidak digunakan seperti yang dikehendaki dalam Islam. Patutkah orang yang mempunyai ilmu agama yang tinggi sanggup memberi ceramah dengan mencemuh dan tidak ada santunya.

Kesetiaan pada negara mesti dijiwai. Semua kekeliruan dan rasa tidak puas hati mestilah disalurkan dengan cara yang sepatutnya.

Sayangilah Negara Kita Malaysia. Malaysia Negaraku Yang Tercinta. Selamat Hari Kemerdekaan ke-54





Sunday, June 5, 2011

THE DOTTED LINES: Tanjong Pagar - Tanah Melayu last Heritage

THE DOTTED LINES: Tanjong Pagar - Tanah Melayu last Heritage: "Finally, me and enche hubby arrived at Railway Station Tanjong Pagar. We heard a lot about this place and we want to be the witness of the e..."

Friday, May 20, 2011

Monday, May 16, 2011

Berita baik untuk guru: Kaedah baru kenaikan pangkat



Lagu Tema Hari Guru 2011 [audio & lirik]


  Guru bukan sekadar memberi ilmu di sekolah malahan peranan guru lebih jauh daripada itu. Dalam abad sekarang cabaran bukan saja mendidik anak kita di sekolah malah guru boleh berperanan sebagai agen mengubah minda masyarakat.

   Selalunya peranan guru hanya terbatas dalam lingkungan sekolah saja. Andaian seumpama ini tidak boleh lagi digunakan terutamanya perkembangan teknologi maklumat yang kepatansanya lebih laju dari sebutir peluru..

    Alangkah baiknya tenaga  dan kepakaran guru dapat digunakan dalam kumpulan masyarakat di luar sana. Sebagai contohnya guru boleh membimbing masyarakat setempat dalam penggunaan ICT, cara mengurus mesyuarat, cara beroganisasi, cara berfikiran secara literal dan perkara yang berkaitan dalam perkembagan minda.

    Guru mempunyai kepakaran yang sudah mendapat ikhtisas dan sesuai dengan ucapan Menteri Pendidikan , Guru Wibawa dan Pendita Guru yang diperkenalkan  sudah pasti kepakaran boleh disebar luaskan.

    Saya setujuh guru sebagai agen yang utama dalam perubahan minda dalam masyarakat. Mereka boleh berada di mana-mana sahaja dalam kelompok masyarakat,kampung atau daerah.

     Sebagai guru, walaupun kita sudah berpencen dan tidak lagi menjadi guru jiwa kita tetap sebagai seorang guru " SELAMAT MENYAMBUT HARI GURU "
     




Sunday, April 17, 2011

RAKYAT YAKIN DENGAN KEUPAYAAN BARISAN NASIONAL -SARAWAK PILIHANRAYA 2011

                                             BN KEKAL MEJORITI 2/3

Monday, April 11, 2011

Manifesto Barisan Nasional - Pilihanraya Sarawak 2011



Manifesto Barisan Nasional amat realistik untuk rakyat Sarawak. 9 manifesto untuk Pilihan Raya DUN Sarawak ke-10, 2011.

(1) Memelihara keamanan, keharmonian, kestabilan dan tadbir urus yang baik untuk Sarawak

(2) Memelihara alam sekitar, budaya, warisan dan kepercayaan semua kaum.


(3) Menyediakan peluang pekerjaan untuk semua.


(4) Menjana lebih banyak peluang perniagaan untuk semua.


(5) Menyediakan peluang pendidikan untuk anak-anak kita.


(6) Menjamin hak rakyat ke atas tanah mereka dipelihara.


(7) Meningkatkan mutu dan kualiti hidup golongan yang miskin dan kurang bernasib baik.


(8) Memastikan mutu jalan raya, bekalan air dan elektrik, khidmat kesihatan dan perumahan sentiasa dipertingkatkan.


(9) Mempunyai rancangan jelas untuk memastikan Sarawak berada di landasan ke arah menjadi negeri terkaya di Malaysia.

      " RAKYAT DIDAHULUKAN PENCAPAIAN DIUTAMAKAN "

Sunday, April 10, 2011

Memakai Cincin Menurut Sunnah


=========================================================================
KATA-KATA HIKMAH
  • Kecantikan yang abadi terletak pada keelokkan adab dan ketinggian ilmu seseorang, bukan terletak pada wajah dan pakaiannya – (Hamka)
  • Yang meninggikan darjat seseorang ialah akal dan adabnya, bukan asal keturunannya – (Aristotle)
  • Adab dan sopan itu lebih penting daripada makan dan minum – (Aristotle)
  • Mahkota adab dan sopan santun lebih tinggi nilainya daripada mahkota yang bertahtakan ratna dan mutu manikam – (Budiman)
  • Kata-kata yang lemah dan beradab dapat melembutkan hati dan manusia yang keras – (Hamka)
  • Bertambah kuat kepercayaan kepada agama, bertambah tinggi darjatnya di dalam pergaulan hidup, dan bertambah naik tingkah laku dan akal budinya – (Hamka)
  • Pergaulan mempengaruhi didikan otak. Oleh itu, untuk kebersihan jiwa hendaklah bergaul dengan orang-orang beradab dan berbudi mulia yang dapat kita kutip manfaatnya – (Hamka)
  • Sifat utama pemimpin ialah beradab dan mulia hati – (Imam Al-Ghazali)
  • Undang-undang adab dan budi pekerti membentuk kemerdekaan bekerja. Undang-undang akal membentuk kemerdekaan berfikir. Dengan jalan menambah kecerdasan akal, bertambah murnilah kemerdekaan berfikir – (Hamka)
  • Di dalam medan hidup, ada beberapa undang-undang yang harus dijaga dan diperhatikan. Ada yang berhubungan dengan kesihatan tubuh, dengan keberesan akal dan yang berhubung dengan kemuliaan adab dan budi – (Hamka)
  • Kata Hukama, ” Hendaklah adab sopan anak-anak itu dibentuk sejak kecil kerana ketika kecil mudah membentuk dan mengasuhnya. Belum dirosakkan oleh adat kebiasaan yang sukar ditinggalkan” – (Hamka)
  • Mengikut adab kesopanan, tetamu yang tidak menghormati diri dan tidak menghormati ahli rumah yang ditemui, bukanlah orang yang patut dihormati – (Hamka)
  • Orang beradab pasti pandai menghormati keyakinan orang lain, walaupun dia sendiri tidak sesuai dengan keyakinan itu – (Hamka)
  • Sesungguhnya orang yang termasuk orang yang baik-baik ialah orang yang paling baik akhlak dan adab sopannya – (Maksud hadis)

Saturday, April 9, 2011

Campur Aduk Politik Dan Agama Bahaya, Taib

Nigeria: Polling under way in delayed election

27 Tsunami Dahsyat Yang Pernah Melanda Dunia !

Wednesday, April 6, 2011

SENARAI CALON PILIHANRAYA SERAWAK 2011

POLITICAL HOT TOPICS

Friday, March 18, 2011

TIDAK DAFTAR SEBAGAI PENGUNDI - SALAH SIAPA



Gambar Hiasan
       Kesedaran betapa pentingnya mendaftar mengundi dalam kelangan rakyat Malaysia begitu merunsingkan. Setiap kali pilihanraya berlaku, golongan umur 40an ke atas yang berminat untuk menjalankan kewajipan. Belia yang layak untuk mengundi belum memainkan peranan penting dalam perkara ini.

     Walaupun kempen sering dijalankan tetapi tahap kesedaran belum begitu memuaskan. Tanggungjawab untuk menentukan hala tuju negara secara demokrasi belum begitu berkesan. 

      Mungkin tiba masanya pihak kerajaan menbuat satu perubahan tindakan kepada para belia yang belum memdaftar sebagai pengundi. Sebagai rakyat Malaysia yang mempunyai integriti dan jati diri yang tinggi perkara ini tidak boleh dipandang rendah kerana ianya boleh memberi kesan yang besar dalam meneruskan amalan demokrasi dan masa depan negara. 

    Bagi pandangan saya, tidak lengkap menjadi seorang warganegara Malaysia sekiranya belum mendaftar sebagai pengundi. SPR perlu membuat satu tindakan yang tegas dalam perkara ini. Saya yakin jika semua rakyat Malaysia dapat melaksanakan tanggungjawab ini, maka gambaran demokrasi yang sebenarnya dapat dilakukan dalam pilihanraya dan penentuan kerajaan pada masa hadapan menjadi milik bersama.

     Dalam perkara ini semua pihak perlu bersama-sama untuk menyelesaikan perkara ini. Bagi parti politik alangkah baiknya perkara ini menjadi satu agenda bersama bagi memastikan penyokong atau belia dapat dipandu untuk mendaftar sebagai pengundi. Jika kita melakukan tindakan yang drastik sudah pasti generasi akan datang akan lalai dan keliru untuk menentukan kerajaan.



   






Saturday, March 5, 2011

PRK MERLIMAU DAN KERDAU MEMIHAK PADA BARISAN NASIONAL

Esok pilihanraya PRK di Merliau dan Kerdau sudah pasti merungkai satu sejarah bagi Barisan Nasioanl kerana para pengundi sudah pasti memilih parti ini. Berdasarkan isu semasa,  Barisan Nasional sudah mendapat kekuatan kerana rakyat sudah bijak menilai parti yang boleh mengubah dan mencorak pembangunan dalam kawasan Merlimau dan Kerdau.

Semenjak Barisan Nasional menerajui kepimpimpinan negara rakyat sudah banyak mendapat kemajuan terutama dari segi pembangunan dan pembelaan rakyat di kawasan tersebut.  Isu peneroka, tiada perubahan  pembangunan serta serangan peribadi yang di bawa oleh Parti Pembangkan  bukan menjadi penghalang bagi parti  pemerintah  memenangi PRK esok.


Nasib rakyat akan ditentukan esok samada mereka mahukan pembangunan dan pembelaan rakyat berterusan atau sebaliknya.  Pengundi di  kedua-dua kawasan ini perlu bersyukur dengan kerajaan yang sedia ada kerana perjuangan dan pembangunan  untuk rakyat serta  Satu Malaysia sentiasa di dahulukan untuk rakyat.  Semoga Barisan Nasional terus menjadi parti pilihan rakyat dan mendapat kejayaan esok.




Islamic Widget

TV / RADIO ONLIE