ESPN's Bottom Line Widget

CIPTALAH SEJARAH YANG TERBAIK UNTUK GENERASI KITA / JANGAN BIARKAN KITA TERSUNGKUR DI BUMI SENDIRI

bX-2nw74

Saturday, March 3, 2012

MOHON MAAF ATAS KESILAPAN BARISAN NASIONAL/UMNO-DATUK SERI NAJIB

   Tahnia kepada Datuk Seri Najib yang berani mengatakan kebenaran atas kesilapan Barisan nasional/UMNO  di Kedah.Datuk Seri Najib dengan berani memohon maaf bagi mewakili parti dan kerajaan atas kesilapan yang telah berlaku di Kedah.

   Ini merupakan satu senario yang luar biasa dalam mana pemimpin tertinggi telah memohon maaf kepada rakyat. Kesilapan ADUN  atau YB yang tidak menjalankan kewajipan dengan sepenuhnya hinggakan rakyat hilang keyakinan kepada Barisan Nasional. Bebanan ini telah di tanggung sendiri oleh Datuk Seri Najib. Sepatutnya Yang Berhormat yang mewakili ADUN masing-masng meluahkan atau menterjamahkan ayat ini    ( mohon maaf ) kepada rakyat.

    Contoh ini mesti terus diwarisi oleh mereka yang bergelar Yang Berhormat/ADUN. Situasi ini bukan sahaja perlu merujuk  kepada parti pemerintah namun merangkumi parti pembangkan yang lain termasuk mereka yang menang atas tiket BEBAS.

    Selepas ini berapa ramai Yang Berhormat sanggup menyatakan mohon maaf kepada rakyat selepas banyak menabur janji-janji yang tidak tertunai.

1 comment:

  1. nak dengar YB-YB di Sabah pula yg berani mohon maaf , bukan maaf sahaja klu boleh minta supaya YB-YB berani brcakap supaya rakyat tidak sokong YB yg suka berdusta dn bercakap bo..ong.. ada ka mau begitu?

    ReplyDelete

Islamic Widget

TV / RADIO ONLIE

Your IP and Google Map location

Mini Putt