ESPN's Bottom Line Widget

CIPTALAH SEJARAH YANG TERBAIK UNTUK GENERASI KITA / JANGAN BIARKAN KITA TERSUNGKUR DI BUMI SENDIRI

bX-2nw74

Sunday, June 20, 2010

Masalah Perpaduan

ikhlas
Zahari Bin Lorong

------------------------------------------------------------------------------------
klik
suara rakyat kunak  / kunak press / kunakians
radio online  /  radio bugis

             Malaysia memperlihatkan suatu bentuk masyarakat yang berbilang kaum di mana konsep masyarakat yang demikian dinamakan sebagai  ' masyarakat majmuk '. Jesteru itu, kita tidak lari daripada masalah perpaduan dan ia boleh dikaji daripada beberapa aspek iaitu sosial, ekonomi, dan politik. Kaun Melayu, Cina India dan bumiputra di Sabah dan Serawak mempunyai corak dan cara budaya yang berbeza.

            Masyarakat Malaysia terdiri daripada berbagai-bagai kaum yang mempuyai sejarah dan latar belakang yang berbeza dan kadang-kala ia bertentangan di antara satu sama yang lain.  Oleh kerana tiada satu konteks kebudayaan yang khusus, telah menjadikan tiap-tiap anggota masyarakat tidak memahami sepenuhnya kebudayaan masyarakat yang lain.  Masing-masing sentiasa menganggap kebudayaan dan tradisi merekalah yang terbaik, mulia dan teragung, manakala budaya bangsa lain semuanya tidak sesuai bagi mereka dan amat bertentangan.

            Prangsagka adalah satu konsep yang bersifat psikologi. ia adalah sikap dan fikiran yang tidak dapat diubah oleh faktor objektif. Bagi negara kita pransangka tidak dapat dielakkan kerana gangguan beberapa faktor persekitaran dan kepentingan pihak tertentu.  Sebagai contohnya pransangka boleh wujud apabila  apabila kekayaan negara tidak dapat dibahagi sama rata atau seimbang mengikut komposisi kaum yang menjadi rakyat pada negara tersebut.  

            Keadaan ekonomi yang tidak seimbang inilah yang akan menguatkan lagi pransangka antara kaum yang juga bertindak sebagai penghalang bagi usaha dan rancangan yang bertujuan menyatukan masyarakat.

            Satu lagi masalah-masalah yang selalu timbul dalam masyarakat  berbilang kaum ini ialah amalan diskriminasi, pilih kasih dan membeza-bezakan.  Jika diskriminasi ini dibiarkan  berlaku dengan meluas dan sewenang-wenangnya dalam bidang sosial, ekonomi dan politik, maka ia akan mendatangkan masalah besar pada negara dan masyarakat amnya. Ia bukan saja menghalang Integrasi Nasional tetapi juga akan meruntuhkan asas-asas integrasi yang telah dibina oleh pejuang kemerdekaan kita.  

            Selain dari struktur sosio-ekonomi masalah perpaduan juga wujud dalam bidang politik.  Politik perkauman amat menghalang perpaduan. Setiap parti politik memperjuangkan kaum mereka masing-masing dan ini sudah pasti sekiranya parti tersebut tidak mengamalkan sikap  toleransi sudah pasti negara akan ke arah kehancuran.  Sebagai contohnya parti-parti politik di Malaysia UMNO, MCA dan MIC pada teorinya berbilang bangsa dan parti ini wujud atas asas perkauman mereka dan sudah pasti perjuangan mereka/parti adalah untuk kebajikan kaum  parti masing-masing. 

           Agihan pembangunan antara negeri, bandar, desa yang tidak seimbangan boleh juga mendatangkan ketidakpuasan hati dalam masyarakat kita.  Contohnya yang terdekat, apabila pemimpin hanya mengutamakan kawasan-kawasan yang menyokong mereka semasa pilihanraya yang menjadi keutamaan  apabila pemimpin tersebut  menang dalam pilihanraya. Kawasan yang tidak menyokong akan ketinggalan  dan peruntukan pembangunan yang diterima mungkin sedikit dan tidak mencukupi berbanding kawasan yang menyokong pemimpin parti tersebut.            

             Salah satu langkah untuk mengatasi masalah ini kerajaan telah memperkenalkan Dasar Kebudayaan Kebangsaan.  Sebenarnya dasar ini telah dirangka sejak 1957 lagi dan pada masa itu dikenal sebagai Kongres Kebudayaan Melayu. 3 perinsip dasar kebudayaan kebangsaan telah ditetapkan pada tahun 1971 iaitu :

  •  Kebudayaan Kebangsaan malaysia hendaklah berteraskan kebudayaan rakyat asal rantau ini.
  • Unsur kebudayaan lain yang sesuai dan wajar boleh diterima menjadi unsur kebudayaan kebangsaan.
  • Islam merupakan unsur penting dalam pembentukan kebudayaan kebangsaan itu.

            Dalam rangka ini, tiga matlamat penting Dasar Kebudayaan yang ingin dicapai ialah :

  1.   mengukuhkan perpaduan bangsa dan negara.
  2.   memupuk dan memlihara keperibadian kebangsaan dan
  3.   memperkaya dan mempertingkatkan kualiti kehidupan kemanusiaa dan kerohanian yang seimbang dengan perkembangan sosio-ekonomi.
            Konsep kebudayaan kebangsaan yang diinginkan ini adalah merupakan kesinambungan sejarah  dan tradisi bangsa peribumi dan di samping itu memberi ruang dan penyerapan tradisi-tradisi imigran yang baru.  Konsep ini adalah penjelmaan dari jiwa serta semangat perlembangaan Tanah Melayu sendiri.  Menerima Raja Melayu sebagai Yang Di Pertuan Agong dengan sendirinya  menerima kesinambungan sejarah dan tradisi juga hak-hak Melayu sebelumnya. 

            Indentiti nasional kita yang ingin diwujudkan perlulah berbeza dengan indentiti negara-negara lain.  Kebudayaan pribumi Melayu yang satu-satunya unik di malaysia dan di dunia  dengan sendirinya harus dijadikan teras kepada kebudayaan kebangsaan.  Di samping itu, unsur-unsur kebudayaan imigran  di Malaysia telah pun dipersetujui untuk diintegrasikan kepada teras yang ditetapkan dan dipersetujui bersama.  Harapan perdana menteri kita Datuk Seri Najib konsep satu Malaysia akan menyuburkan perpaduan dan kebudayaan di bawa satu acuan Malaysia serta di kongsi bersama.

             
           

Friday, June 11, 2010

GEO-POLITIK



By
ZAHARI LORONG


*************************************************
kunak press  /  suara rakyat kunak  / kunakians
radio fm online / radio bugis


             Sebenarnya tidak ada definasi yang tepat untuk perkataan geo-politik.  Walau  bagaimanapun perkataan ini berkemungkinan besar adalah kombinasi dari dua perkataan iaitu ' geografi ' dan 'politik ' Biasanya makna  yang dirujuk kepada perkataan " geo-politik " itu berkaitan dengan penggunaan geografi  di dalam politik  sesebuah negara atau kerajaan.  Berdasarkan kepada ini, bentuk geo-politik dapat digunakan dalam 3 keadaan iaitu :

  1. Merujuk kepada kedudukan kuasa sesuatu bangsa.
  2. Bersamaan dengan penggunaan geografi politik secara dari segi sejarah,perinsip dan teori.
  3. Mencorak polisi-polisi resioanl dari keadaan persekitaran.
            Redolf  Kjellen merupakan tokoh yang bertanggung jawab menggunakan perkataan geo-politik ini.  Sebenarnya pemikiran Kjellen ini adalah lanjutan dari pemikiran Retzel. Bagi Retzel  negara adalah satu perpaduan antara rakyat dengan tanahair dan ia merupakan  satu organisasi yang berkembang sejajar dengan lain-lain organisasi hidup.  Tambah beliau negara akan runtuh hasil dari keruntuhan konsep ruangnya.  
          Bagi Kjellen pula, sesebuah negara yang berdasarkan realiti nyata berkembang secara organik seperti lain-lain kehidupan.  Antara sifat negara terpenting sekali ialah mempunyai kuasa.  Di sini kuasa dianggap lebih utama bagi keutuhan negara dari segi undang-undang disebabkan undang-undang hanya dapat ditegakan dengan adanya kuasa.

             Dalam kajian beliau, Kjellen telah mengutarakan satu analisa yang berdasarkan ciri-ciri seperti berikut :

  •         Geo-politik = geografi dan negara
  •         Ekonomopolitik = sumber-sumber ekonomi dan politik.
  •         Demo-politik = penduduk dan negara
  •         Sosio-politik = struktur sosial dan negara.
  •         Krato-politik = kerjaaan dan negara.
            Terdapat perbezaan antara geografi poltik dan geo-poltik.  Bagi geografi politik  ia mengkaji fenomena geografi dari aspek politik sementara geopoitik pula tumpuan kajiannya ialah melihat fenomena poltik dari aspek geografi.  

             Kebanyakan daripada ahli geografi mengkaji serta melihat kesan yang dilakukan oleh manusia politik  (political man ) ke atas bentuk muka bumi.  Ini termasuklah pembentukan semula sesuatu landskap serta order ruang.  Bagi mereka yang mengkaji geopolitik pula, penekanan diberi terutamanya  ke atas kesan, objektif dan subjektif yang disebabkan oleh faktor geografi sendiri, faktor semula jadi atau faktor alam persekitaran mahupun faktor ciptaan manusia ke atas kehidupan poltik sesebuah negara atau kerajaan.


Tuesday, June 1, 2010

PERANAN AGAMA DALAM PEMBENTUKAN AKHLAK MULIA





ikhlas
ZAHARI BIN LORONG

             Tulisan ini adalah satu percubaan ringkas membicarakan persoalan akhlak dalam pengertiannya yang luas menurut tanggapan Islam. Akhlak di dalam tanggapan Islam merupakan intisari utama dalam pendidikan itu sendiri dan asas pembentukan peribadi insan yang terpuji.

             Masyarakat umumnya menyedari akan masalah keruntuhan akhlak samada di sekolah-sekolah, di pusat-pusat pengajian, di kalangan belia-belia atau masyarakat amnya; namun masih terdapat kecenderungan untuk membahaskan masalah moral ini dari sudut terbatas di mana pengertian akhlak dan disiplin difaham secara superficial dan dangkal, separuh jalan atau bersifat sementara sahaja. Sesuatu natijah yang berguna akan hanya diperolehi sekiranya masyarakat, terutama para pendidik bersedia untuk membahaskan persoalan ini dengan sikap terbuka dan berupaya pula untuk membebaskan diri dari pengertian akhlak secara sempit, sebagai satu ruang kecil dalam pembentukan peribadi pelajar-pelajar; dan hanya menyentuh soal-soal lahiriyah sahaja.

             Perlulah ditekankan bahawa andainya masalah tersebut dianggap penting dan mendesak sekali, maka seharusnya terdapat keterbukaan dalam membahaskan masalah dan mendapatkan natijah baru sebagai panduan penyelesaian yang lebih berkesan dan bermakna. Semua pihak – penggubal dn pelaksana dasar, pendidik, ulama dan pelajar haruslah digarap dalam membahaskan persoalan tersebut. Sesungguhnya tidak mungkin dimimpikan sesuatu penyelesaian sekiranya permasalahannya tidak jelas dan polemik diadakan dalam keadaan serba terkongkong. Kita anjurkan agar takrif akhlak tidak dibatasi dan supaya dihentikan percubaan memonopoli atau membolot tafsiran samada melalui amaran atau peraturan. Masyarakat haruslah dianjurkan untuk sama-sama memikirkan persoalan sesuai dengan tradisi ilmu dan kebebasan berfikir yang selamanya menjadi lambing kemegahan masyarakat Islam.

             Istilah akhlak yang berasal dari istilah Arab khuluq (jama’) membawa pengertian kelakuan, tatatertib, maruah; bahkan ianya mencakup seluruh perbuatan lahiriyah yang dihasilkan dari dorongan batiniyah di dalam diri manusia. Makna akhlak atau moral (Latin: mores) mempunyai kaitan dengan istilah adab menurut tafsiran yang luas.

             Perkataan akhlak dari segi istilah boleh ditakrifkan sebagai suatu hal keadaan yang tetap dalam jiwa manusia yang dapat mengeluarkan perbuatan samada baik atau buruk tanpa perlu pemikiran dan pengamatan ( Mohd. Sulaiman,1992 )

             Jadi secara umumnya apa yang dimaksudkan dengan akhlak di sini ialah suatu hal yang tetap dalam jiwa manusia yang membawa kepada lahirnya perbuatan samada baik maupun buruk. Perbuatan yang lahir dari seseorang merupakan tindakan spontan yang tidak perlu akal untuk berfikir dan juga tidak memerlukan kepada pengamatan yang mendalam dan tajam. Ianya lahir dari seseorang berdasarkan keadaan tertentu.

             Sebagai contohnya seseorang yang suka menolong orang yang ditimpa kesusahan di mana apabila terjadinya situasi tertentu kepada seseorang, maka beliau akan terus menghulurkan pertolongan tanpa perlu dia berhenti sejenak untuk berfikir samada hendak menolong orang tersebut atau tidak. Beliau juga tidak akan mengamati dan mengkaji keadaan tersebut sebelum melakukan sesuatu perbuatan.

             Iman al-Ghazali mendifinasikan akhlak sebagai suatu keadaan yang tetap dalam jiwa manusia di mana dapat melahirkan pelakuan dengan senang dan mudah tanpa berhajat kepada pemikiran dan pengamatan terlebih dahulu ( al-Usman:1963, )

             Akhlak yang mulia ,mengikut Iman Ghazali ada 4 perkara ; iaitu bijaksana, memelihara diri dari sesuatu yang tidak baik, keberanian ( menundukan kekeuatan hawa nafsu ) dan bersifat adil. Jelasnya ia merangkumi sifat-sifat seperti berbakti pada keluarga dan negara, hidup bermasyarakat dan bersilratuhrahim, berani mempertahankan maruah agama, sentiasa berssyukur dan berterima kasih, reda dengan kesengsaraan, bercakap benar dan sebagainya.

              Seperti yang kita ketahui bahawa mesyarakat dan bangsa yang memiliki akhlak yang mulia adalah penggerak ke arah pembinaan temadun dan kejayaan yang diredai oleh Allah s.w.t. Seperti kata pepetah seorang penyair Mesir, Syauqi Bei “ Hanya saja bangsa itu kekal selama berakhlak. Bila akhlaknya telah lenyap, maka lenyap pulalah bangsa itu “

              Ibn Maskaweh juga memberi takrifan yang hampir sama dengan al-Ghazali iaitu keadaan jiwa seseorang yang mendorong untuk melakukan perbuatan tanpa perlu berfikir panjang. Selaras dengan itulah, manusia seringkali bertindak secara tidak terancang : kadang-kadang bersifat baik dan kadang-kadang bersifat jahat.

              Menurut Mustafa Hj. Daud (1988 ), al-Maududi mengatakan bahawa nilai akhlak yang baik dan akhlak yang keji adalah berbentuk sejagat iaitu semua masyarakat di dunia ini pada keseluruhannya mempunyai pandangan yang sama terhadap akhlak yang baik dan sama-sama mengeji akhlak yang keji. Jesteru itu, al-Quraan menggunakan istilah al-,ma’ruf ( sesuatu yang telah diketahui oleh manusia tentang baiknya sesuatu perbuatan  dal al-munkar ) sesuatu yang telah diketahui tentang keburukannya ) untuk akhlak yang buruk.

             Dalam menentukan perbuatan seseorang itu samada baik atau sebalikny, di dalam Islam ada panduan dalam menentukan samada baik atau buruk iaitu al-Quraan dan al-Sunnah di mana kedua-duanya berasal dari pencipta manusia iaitu Allah s.w.t. Tuhan sekelian alam.

i. Al-Quraan

Perkara ini diakui sendiri oleh isteri baginda sendiri iaitu Saidatina Aisyah apabila ditanya berkenaan dengan akhlak nabi, beliau menjawab yang membawa erti :
“ Sesungguhnya akhlak Nabi adalah Al-Quraan “

ii. Al-Sunna ( Hadith )

Pembentukan akhlak yang mulia merupakan di antara tujuan pengutusan agama Islam. Ini dinyatakan oleh Nabi Muhammad di dalam Hadithnya yang bermaksud :

“ Sesungguhnya aku diutuskan untuk menyempurnakan akhlak yang mulia “

Jika kita mengkaji akan isi kandungan Al-Quraan dan Hadis, maka kita akan dapat sebahagian besar isi kedua-duanya berkisar berkenaan pelakuan manusia samada baik ataupun buruk.

Menurut Iman al-Gazali, akhlak seseorang boleh dibentuk dan diubah. Beliau tidak percaya bahawa akhlak tidak bolek diubah ( al-Osman:1963,360 ). Menurut beliau, ada tiga cara dalam membentuk akhlak seseorang dari tidak baik kepada baik.

Jika akhlak itu merupakan naluri asal kejadian manusia seperti marah, maka hendaklah kita kawalnya ke tahap yang sederhana supaya dapat kita pandukannya kepada yang baik. Sepertimana sabda Rasulullah yang bermaksud :
“ Bukanlah seseorang itu gagah dengan menunjukkan kegagahannya dengan bergusti akan tetapi seseorang yang gagah itu merupakan seorang dapat mengawal dirinya ketika marah “.

            Jadi apabila sesuatu sifat yang merupakan sifat semulajadi dapat dikawal ke tahap sederahana seperti marah maka ianya dapat dipandukan kepada yang baik. Kalau tidak dikawal sifat tersebut maka ianya mudak pujuk rayu syaitan dan hawa nafsu dan ianya akan menjadi sifat yang tercela dalam islam seperti seseorang yang mempunyai sifat ‘ panas baran’

              Apabila sifat tersebut telah dapat dikawal ke tahap yang sederhana di mana ianya mudah untuk dipandu oleh seseorang kepada pelakuan yang terpuji atau ke jalan kebaikan. Sebagai contohnya sifat berani di mana ianya merupakan sifat semulajadi seseorang jikalau ianya tidak dipandukan kepada kebaikan maka ianya akan terbawa kepada jalan keburukan dan celaan. Seseorang bukanlah berani yang sebenarnya apabila berani membunuh kerana putus cinta kerana menyalurkan keberaniannya kepada saluran yang tidak kena. Sepatutnya sifat keberanian tersebut perlu dipandukan kepada jalan yang baik menurut islam seperti berani berkata benar dihadapan pemerintah yang zalim. Maka yang demikian barulah dikatakan sebagai seorang berani sebenarnya.

              Jikalau suatu sifat tersebut merupakan sifat tercela maka perlulah dibuang dari dalam dirinya dan digantikan dengan sifat yang terpuji. Sebagai contohnya, apabila seseorang yang pada kebiasannya dan sudah menjadi kelaziman bercakap dusta / bohong maka perlu dibuang sifat tersebut dan digantikan dengan sifat terpuji iaitu berkata benar dan jujur. Ini adalah disebabkan bercakap bohong merupakan suatu perlakuan yang tidak bermarwah dan dikutuk oleh agama Islam kerana ianya memberi implikasi yang sangat besar kepada seseorang dan kepada masyarakat umumnya. Dalam perseoalan ini Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud :

“ Sesiapa yang beriman dengan Allah dan hari akhirat, maka hendaklah beliau bercakap perkara kebaikan atau berdiam diri “

             Salah satu cara yang baik untuk membentuk akhlak mulia ini ialah dengan cara pendidikan “ Qudwah Hasanah “ atau contoh teladan yang baik. Pengertian pendidikan dan pembelajaran itu pada hakikatnya ialah usaha menetapkan atau menganjurkan adab. Dalam hubungan ini Prof. Syed Muhammad al-Naquib al-Attas menyarankan:-
“The fundamental element inherent in the concept of education in Islam is the inculcation of adab (ta’dib) for it is adab in the all-inclusive sense I mean as compassing the spiritual and material life of a man that instills the quality of goodness that is sought after”

Pandangan tersebut diasaskan kepada Hadith Nabi Muhammad s.a.w. yang bermaksud:

“Tuhanku telah mendidik aku; dan Ia telah mendidik aku dengan sebaik-baik pendidikan”.

             Sekiranya konsep ini difahami sepertimana yang sewajarnya, maka tidaklah dinamakan pendidikan andainya pengajaran akhlak dan adab diabaikan. Hinggakan di dalam Islam ditekankan bahawa risalah keRasulan itu sendiri adalah bagi menyempurnakan akhlak yang tinggi dan mulia. Firman Allah s.w.t.:

“Dan sesungguhnya kamu (Muhammad) benar-benar berbudi pekerti (akhlak) yang mulia”

Juga sepertimana yang dijelaskan dalam Hadith Nabi Muhammad s.a.w.:

“Sesungguhnya aku diutus demi menyempurnakan akhlak”

             Justeru itu juga, ulama-ulama Islam sering menetapkan kewajipan akhlak sebagai memenuhi maksud pendidikan sebenarnya. Hujjatul Islam Imam al-Ghazali menetapkan agar pembersihan jiwa dari akhlak yang rendah sebagai tugas pertama dalam deretan adab dan tugas pelajar. Menurutnya,

“….. ibadat hati dan mengisi batin dengan ilmu tidak pula sah tanpa lebih dulu membersihkan hati dari najis akhlak yang keji dan sifat-sifat kotor.”

Dr. Mohd ‘Athiyah al-Abrasyi menjelaskan tujuan utama dari pendidikan Islam ialah:

“….. pembentukan akhlak dan budi pekerti yang sanggup menghasilkan orang-orang yang bermoral, lelaki mahupun wanita, jiwa yang bersih, kemahuan keras, cita-cita yang benar dan akhlak yang tinggi, tahu erti kewajipan dan perlaksanaannya, menghormati hak-hak manusia, tahu membezakan buruk dengan baik ….. dan mengingatkan Tuhan dalam setiap pekerjaan yang mereka lakukan.”

             Falsafah Pendidikan Negara (FPN) menggariskan dengan jelas matlamat pendidikan berhasrat melahirkan watak `insan seimbang dan harmonis'. Pendidikan agama yang diajarkan kepada para pelajar sejak dari awal sistem pendidikan lagi mempunyai matlamat bagi melahirkan pelajar yang teguh akhlaknya dan dalam masa yang sama cemerlang ilmunya. Soalnya dalam realiti pengajaran-pembelajaran setakad mana kesan pembangunan sahsiah berkait rapat dengan faktor falsafah dan didikan agama.

            Krisis sosial dan kepincangan yang berlaku dalam masyarakat secara meluas ini sebenarnya berpunca dari lunturnya keyakinan agama sebagai pegangan dan panduan tetap bagi masyarakat.Kita hendaklah memahami bahawa sebarang krisis yang berlaku dalam masyarakat itu akan berkait juga dengan alam pendidikan terutamanya di sekolah kerana masyarakat itu sebahagiannya adalah ibu bapa, rakan – rakan , orang awam yang ada pengaruh ke atas pembentukan para pelajar sekolah.

              Masyarakat yang berabad lamanya dilatih dan diasuh untuk menerima nilai-nilai dan norma-norma hidup tetap yang diyakini sebagai sesuatu yang mampu mengatur hidup masyarakat kini telah dicabar oleh nilai-nilai baru kehidupan Barat. Malangnya, pendidikan sekular Barat yang berjaya mencabar kekuatan hidup beragama dalam keadaan umat yang lemah dan lesu gagal mengemukakan garis atau panduan akhlak yang baru dalam mengatur dasar akhlak yang kuat. Ini disahkan antara lain oleh Prof. Harold H. Titus yang menekankan bahawa:

“Pendidikan telah memisahkan dirinya dari warisan rohaniah dari zaman silam tetapi gagal menyediakan satu penggantian yang memuaskan. Akibatnya orang-orang terpelajar sendiri turut kehilangan pendirian dan keyakinan atau nilai di samping tidak mempunyai satu pandangan duniawi yang menyeluruh.”

             Akibatnya amat parah sekali bagi masyarakat terutama yang menerima anjuran Barat untuk menolak nilai hidup beragama dan tradisi tetapi gagal menyediakan penyelesaian atau mengemukakan pilihan lainnya. Dan di kalangan masyarakat kita sendiri yang begitu ghairah sekali mempertahankan dan memajukan nilai-nilai Barat tidak cuba pula mengkaji karya-karya ahli fakir dan tokoh-tokoh pendidik Barat sendiri, yang turut membidas perkembangan kearah kebendaan secara pesat dan melulu tanpa merasa cemas terhadap kebiadaban yang kian meluas di dalam masyarakat.

              Percubaan untuk membahaskan persoalan akhlak secara yang lebih meluas ialah kerana masalahnya jua adalah tidak mencakup masalah masyarakat. Pelakuan di sekolah-sekolah setidak-tidaknya akan menggambarkan atau mencerminkan masalah akhlak masyarakat seluruhnya. Usaha membanteras jenayah dan kelemahan disiplin di sekolah ada hubungannya dengan soal asuhan di rumah dan di sekolah, nilai-nilai yang dipupuk dalam masyarakat dan sebaran am; suasana yang diwujudkan dan peraturan yang dikenakan.

            Dalam kajian lainnya T. Roszak membicarakan mengenai kecenderungan ke arah counter-culture – kebudayaan baru yang mencabar samada bentuk keganasan atau dalam kebudayaan sensate yang mengakibatkan generasi muda khayal dengan dadah atau asyik dengan “kebudayaan popular”.

              Ia akan sekurang-kurangnya harus meyakinkan kita bahawa persoalan akhlak dan disiplin tidaklah harus dibataskan semata-mata kepada masalah yang dihubungkan dengan rambut, pakaian, ponteng, taat kepada guru serta peraturan sekolah dan universiti sahaja.Tetapi persoalan itu harus dilihat secara lebih luas lagi kerana para pelajar ini akan menjadi anggota masyarakat awam apabila keluar daripada alam persekolahan kelak. Perkara ini penting supaya didikan semasa di sekolah akan membentuk satu fenomena yang sihat dalam masyarakat .

             Lantaran itu, andainya kita ingin menyelamatkan masyarakat dan pelajar dari masalah akhlak termasuklah permissiveness yang menggunakan istilah liberalisme untuk mengia dan mengesahkan apa sahaja – maka kefahaman akhlak mestlah mencakap pengertiannya yang tradisional secara meluas. Akhlak harus dipupuk dan hanya terbina dalam suasana yang sihat. Dalam hubungan ini filasuf Aristotle sendiri pernah menekan:

“It must be laid down that every virtue or excellence has the effect of producing a good condition or that of which it is a virtue or excellence, and of enabling it to perform its function well…If then this is universally true, the virtue or excellence of man will be such a moral state as makes a man good and able to perform his function well.”

            Sesungguhnya moral state itu bukanlah sesuatu yang nisbi atau relatif sifatnya dan harus sentiasa dirobah atau berulangkali direka kerana sekiranya ini dilakukan maka ianya akan mengakibatka kekacauan dan krisis nilai dalam masyarakat berterusan.

              Justeru itu, perbincangan mengenai akhlak bukanlah sesuatu yang mungkin dilakukan secara terpisah dari kenyataan hidup masyarakat seluruhnya dan nilai-nilai murni yang wajar dipupuk sebagai kenyataan falsafah hidup beragama di dalam masyarakat. Pemupukan nilai-nilai murni tidaklah harus ditandai dengan peraturan-peraturan yang menunjukkan pengertian disiplin secara dangkal; atau slogan hidup beragama tanpa kesungguhan, atau saranan hidup beragama semata-mata berhubungan dengan rituals – ibadah menurut tafsiran yang amat terbatas sama sekali.

           Di dalam Islam, dasar pendidikan mesti juga merujuk kepada contoh ideal – peribadi Rasulullah par excellence sepertimana yang dianjurkan di dalam al-Quran.
Yang bermaksud:

“Sesungguhnya telah ada pada (diri) Rasulullah itu suri tauladan yang baik”

             Lantaran itu, pembicaraan mengenai soal akhlak dalam bidang pendidikan akan tentunya berhubung dengan sistem hidup (nizamul hayat) Islam itu sendiri – sistem hidup yang didirikan atas paksi tauhid dan yang mampu mencetuskan satu dasar akhlak, peraturan sosial, ekonomi dan kenegaraan. Perbicaraan mengenai sistem-sistem keadilan sudah semestinya merujuk kepada dasar moral. Kerana sesungguhnyalah, menurut Islam, keadilan itu akan hanya mampu ditegakkan samada di bidang hak asasi atau ekonomi atas dasar dan prinsip akhlak.

             Ditinjau dari pemahaman Islam, saranan mengenai pendidikan akhlak akan hanya bermakna sekiranya ianya merujuk kepada pendidikan agama atau tujuan dan falsafah pendidikan Islam itu sendiri.Usaha-usaha penempelan istilah disiplin yang bermusim dan terpilih-pilih serta gagalnya guru-guru menyediakan satu role model yang menjadi ikutan atau panduan para pelajar di sekolah tidak mungkin akan memenuhi maksud pendidikan yang dapat menghasilkan manusia baik, berakhlak mulia dan sempurna seperti yang diistilahkan sebagai al insan us Salih, al insan ul Kamil.

             Namun begitu, usaha-usaha perlulah dijalankan bagi meningkatkan kefahaman masyarakat serta menginsafkan kita bersama mengenai peraturan akhlak sebagai menyempurnakan tugas orang-orang yang beriman seperti yang difirmankan di dalam al-Quran. Yang bermaksud:

“ Sesiapa yang melakukan amal baik walau sekecil zarah pun , akan dirasainya balasannya , dan sesiapa yang melakukan amal perbuatan jahat, walau sekecil zarahpun pasti akan dirasainya juga balasannya ”

              Ini bermakna bahawa suasana di sekolah dan di pusat pengajian amnya – dikalangan pelajar dan tenaga pengajar, mestilah dijadikan sebagai suasana beramal, pergaulan dan pembelajaran menurut tradisi ilmu Islam. Dalam soal ini pun, ulama-ulama terdahulu telah menggariskan anjuran secara terperinci mengenai tanggungjawab dan tugas murid dan guru. Al-Ghazali menganjurkan agar guru-guru menunjukkan sikap kasih sayang dan ikhlas terhadap para pelajarnya, melarang secara halus, memberikan pelajaran menurut ukuran faham murid dan menunjukkan contoh tauladan yang baik kerana:

“Bila amalannya berlainan dengan ilmunya,hilanglah wibawanya.”

Filasuf Ibn Khaldun pernah megingatkan tentang contoh tuladan para pendidik yang memberi kesan yang amat besar sekali kepada pelajar. Menurutnya:

“…. Human beings obtain their knowledge and character qualities and all their opinions and virtues either through study, instruction, and lectures, or through invitation of the teacher and personal contact with him. The only difference here is that habits acquired through personal contact with a teacher are more strongly and firmly rooted.”

             Kalangan yang insaf harus tampil agar dapat menimbulkan suasana akhlak yang sihat dalam keluarga mereka dan pusat-pusat pengajian mereka melalui contoh peribadi dan golongan serta mempesatkan lagi kegiatan dakwah di kalangan masyarakat amnya.

Menurut Siti Rafidah Bt. Dollah Hamdani ( 2006 ) peri pentingnya akhlak dalam kehidupan jelas berdasarkan kenyataan-kenyataan di bawah :

1. Nabi Muhammd (s.a.w ) sendiri diutuskan oleh Allah (s.w.t. ) untuk membawa mesej penyempurnaan akhlak. Dalam hadis Rasulullah ( s.a.w ) telah bersabda yang bermaksud ,
“ Sesungguhnya aku diutuskan demi menyempurnakan akhlak “

2. Islam menganggap orang yang paling penting tinggi darjat keimanannya ialah orang yang paling mulia dari segi akhlaknya. Islam memandang akhlak sebagai buah kepada imam, semakin kuat darjah keimanan seseorang , maka semakin tinggi tahap akhlaknya.
3. Al-quraan telah menggariskan tentang persoalan akhlak; perintah akhlak mulia dan tegah perbuatannya yang mungkar. Keagungan akhlak Rasulullah (s.a.w ) jelas dalam Firman Allah ( s.w.t ) dalam surah al-Qalam ayat yang bermaksud,

“ Dan sesungguhnya kamu ( Muhammad ) benar-benar berbudi pekerti (akhlak )
yang mulia “

            Berkaitan dengan perkara ini ada beberapa ciri yang diperlukan samada seseorang itu seorang guru, pelajar atau juga masyarakat umumnya. Dengan adanya akhlak atau moral yang baik, bermakna ia telah tahu tanggungjawbnya kepada manusia dan tuhan yang menciptanya . Ciri-ciri yang di maksudkan adalah
i. Berpegang teguh kepada islam yang diturunkan oleh Allah s.w.t
ii. Mentaati dan menghargai kedua ibu bapa
iii. Mampu mengawal nafsu
iv. Menjaga persenoliti
v. Amanah
vi. Tidak menjalankan aktiviti yang bertentangan dengan agama Islam
              Ini ialah kerana dengan melaksanakan kewajipan agama(religious responsibilities) dan mengingati Pencipta mereka iaitu Allah SWT dalam hidup mereka setiap hari mereka akan sedia upaya mentaati apa yang di suruh dan manjauhi apa yang di larang oleh agama. Dengan cara ini akan memudahkan mereka menghayati dan melaksanakan sikap, perbuatan dan perkataan yang baik sebagaimana yang di ajar oleh agama mereka. Bad habits atau kebiasaan yang buruk seperti berbohong, tidak amanah, memperkecilkan sumbangan orang lain, merasakan dirinya hebat atau riya’, menfitnah dan memburukkan orang lain tidak adil dalam membuat keputusan, sombong, mempermainkan kelemahan orang lain, mementingkan diri sendiri dan sebagainya akan di jauhi sebagaimana yang di kehendaki oleh agama.

             Hari ini kita lihat bagaimana kebiasaan yang buruk atau bad habits ini merosakkan masayarakat dan organisasi dan ramai manusia menghadapi kesengsaraan dan kerugiaan. Oleh itu kita haruslah mulai daripada sekarang membiasakan diri dengan sikap, percakapan dan perbuatan yang baik dan menjauhkan diri daripada kebiasaan dan perkara yang terlarang agar mereka mampu memberi sumbangan yang positif dan konstruktif dalam masyarakat dan organisasi di mana mereka berada. Rasulullah s.a.w bersabda `Aku tinggalkan kamu dua perkara, sekiranya kamu berpegang kepada kedua-duanya kamu tidak akan sesat selama-lamanya iaitu Al-Quran dan Sunnah Nabi. Oleh itu sebagai Muslim kita haruslah sentiasa membaca Al-Quran dan Hadis Nabi agar kita tahu apa yang di perintahkan kepada kita oleh Allah SWT dan berusaha untuk melaksanakannya. 

              Seseorang yang berakhlak tidak harus melupakan jasa dan pengorbanan ibubapa mereka yang telah membesarkan mereka sehingga mereka berjaya menjejak kaki ke menara gading. Mentaati ibubapa juga merupakan salah satu daripada kewajipan agama. Mereka haruslah membuktikan kepada ibubapa mereka bahawa segala pengorbanan dan jasa yang telah mereka curahkan bukanlah satu yang sia-sia dengan memastikan kejayaan cemerlang dalam pelajaran mereka serta tidak melakukan perbuatan yang boleh memalukan keluarga mereka. Jauhkanlah diri daripada lembah kehinaan agar kita tidak menyesal di kemudian hari. Pengamatan saya menunjukkan begitu ramai pelajar-pelajar IPT luar dan dalam negeri yang terjerabak dalam perkara-perkara yang merosakkan dirinya, akhirnya mengalami kekecewaan dan gagal dalam pelajaran mereka. Ibubapa mereka juga kecewa dan malu kerana perbuatan anak-anak mereka itu.

             Nafsu sentiasa mendorong kita kepada perkara-perkara yang tidak baik sekiranya tidak di kawal. Keadah yang betul untuk mengawalnya ialah melalui penghayatan ajaran agama Islam, mendekatkan hubungan kita dengan Maha Pencipta kita dan menanam perasaan malu dalam diri kita-malu kepada Maha Pencipta, ibubapa, rakan dan pensyarah kita. Manusia terdiri daripada jasad dan ruh. Untuk mampu mengawal nafsu, ruh manusia haruslah di berikan pengisian yang sewajarnya agar sikap, percakapan dan perbuatannya tidak bercanggah dengan norma-norma dan prinsip-prinsip yang di tentukan oleh agama dan masyarakat. Untuk menguatkan ruh ini, manusia haruslah sentiasa mengingati Penciptanya, membaca dan memahami Al_Quran(bagi orang Islam), melakukan perkara-perkara yang baik dan menjauhi segala yang di larang. Mementingkan dunia semata-mata dan melupakan hari akhirat boleh merosakkan ruh kita. `Allah berfirman `Tidakkah kamu perhatikan orang yang menjadikan hawa nafsunya sebagai tuhan mereka? Kita haruslah sentiasa berzikir dan mengingati Allah SWT setiap masa dan merasa takut akan siksaan Allah SWT di hari akhirat nanti.

             Mereka yang berakhlak ialah mereka yang sentiasa menghiasi dirinya dengan sikap, percakapan dan perbuatan yang baik samada dalam hubunganya dengan Penciptanya, dengan ibubapanya, dengan pensyarahnya, dengan rakannya atau dengan orang lain yang di perkenalkan kepadanya. Kita dapati orang yang mempunyai sikap, percakapan dan perbuatan yang baik akan di hormati dan di sayangi oleh orang lain. Dia menjadi contoh dan inspirasi kepada orang lain dalam menjalani kehidupan ini yang penuh dengan onak dan duri sehingga dia mampu secara tidak langsung menjadi kaunselor kepada rakan-rakan nya yang bertemu dengannya dan membantu menyelesaikan masalah mereka. Mereka berkewajipan menjadikan Rasulullah sebagai contoh tauladan dalam hidup mereka sebagaimana yang di sebut dalam Al-Quran
`Sesungguhnya telah ada pada (diri) Rasulullah itu suri teladan yang baik bagi my aitu bagi orang yang mengharapkan(rahmat) Allah dan (kedatangan) hari akhirat dan dia banyak menyebut Allah(Surah Al-Ahzab, 21)

            Begitu juga mereka yang berakhlak ialah mereka yang tegas dengan prinsipnya dan tidak bersedia untuk menggadaikan prinsipnya untuk kepentingan dirinya atau orang lain, atau memenuhi kehendak nafsunya. Malah dia sentiasa menjaga amanah dan tidak mahu menipu atau berbohong semata-mata untuk lulus dalam peperiksaannya. Kejayaannya adalah hasil usahanya dan bukan daripada titik peluh orang lain atau dengan meniru dalam peperiksaan kerana dia adalah manusia yang berprinsip. Dia mahu orang menghormatinya bukan kerana kejayaan dalam peperiksaanya yang di perolehi melalui kaedah yang tidak bermoral tetapi kerana berpegang teguh kepada prinsip-prinsip agama Islam yang telah di hayatinya sekian lama. 

            Mungkin manusia sekelilingnya akan menolaknya kerana sikap tegasnya tetapi lama kelamaan melalui perjalanan masa dan pengalaman, sikapnya akan di terima oleh masyarakat dan menjadi asas kepada pembentukan masyarakat yang berakhlak . Hanya dengan cara ini, masyarakat dan organisasi yang dia berada akan mencapai matlamat unggul yang di gariskan oleh pimpinannya. 

             Pengalaman dan pengamatan membuktikan suatu masyarakat dan organisasi tidak dapat berfungsi dengan betul dan tidak akan bertahan lama sekiranya kebiasaan yang buruk (bad habits) di amalkan oleh anggota-anggotanya dan tidak ada usaha untuk membasmikannya. Sebenarnya tidaklah rugi menjadi orang yang berprinsip. Selain daripada untuk mencapai kebahagiaan hidup di akhirat, orang yang berprinsip ini biasanya di cari oleh organisasi yang agresif dalam mendapatkan keuntungan dan berorentasikan komersial. Statistik menunjukkan kerugian wang dan kos yang begitu tinggi yang terpaksa di tanggung oleh syarikat-syarikat di \Malaysia kerana menghadapi masalah jenayah perdagangan dan pembaziran. Dahulunya, orang yang di tawarkan untuk bekerja dalam suatu organisasi adalah berdasarkan kepada pencapaian akademik semata-semata tetapi hari ini orang yang terbukti mempunyai rekod kerja yang mempamirkan sikap amanah, berprinsip dan mempunyai personaliti yang baik menjadi rebutan majikan-majikan. 
             Mereka haruslah memikirkan, melibatkan diri dan melaksanakan aktiviti yang mampu meningkatkan 4 perkara iaitu minda, spiritual, fizikal dan emosi mereka agar mereka menjadi insan yang seimbang. Aktiviti yang boleh memudharatkan 4 perkara ini haruslah di jauhi kerana ia di anggap merosakkan seseorang insan itu dan juga orang lain dan tergolong dalam perkara-perkara yang tidak bermoral. Kita juga tidak harus bersubahat dalam aktiviti-aktviiti ini. Apa yang kita harus lakukan ialah memastikan wujudnya suasana yang kondusif untuk membentuk masyarakat yang berakhlak melalui aktiviti-aktiviti yang terancang dan bermoral. Aktiviti yang tidak berakhlak sudah tentu mempengaruhi seseorang kepada sikap, perbuatan dan percakapan yang tidak bermoral juga. 

            Kita boleh memikirkan, merancang dan melaksanakan pelbagai aktviti seperti menganjurkan seminar, forum, bengkel, diskusi untuk mencetus ide-die membentuk dan meningkatkan tahap pemikiran dan minda masyarakat kita. Begitu juga kem-kem kepimpinan, aktiviti kerohanian, jungle trekking, kaunseling, lawatan-lawatan, riadhah asalkan ia tidak di campuri dengan unsur-unsur yang bercanggah dengan agama bagi memastikan matlamat setiap program ini tercapai.

            Kepentingan akhlak dalam kehidupan tiada siapa yang dapat nafikan. Ini bertepatan dengan pengetiaan akhlak iaitu melibatkan perkara-perkara kelakuan, tingkah laku dan budi pekerti. Oleh itu seseorang yang berakhlak cemerlang bermaksud seseorang yang mempunyai budi pekerti yang tinggi serta beranggung jawab baik terhadap dirinya, keluarga, masyarakat, agama, dan negara. Kecemerlangan akhlak atau kecemerlangan budi pekerti pada kebiasannya akan memberi laluan kepada kecemerlangan dalam bidang lain yang dilalui oleh individu berkenaan. Akhlak yang baik sudah pasti akan akan dapat membentuk peribadi yang cemerlang kerana dengan ketinggian akhlak dapat menyemai sifat-sifat mahmudah yakni sifat-sifat terpuji seperti sabar, amanah, bertanggung jawab, ikhlas tekun dan seumpamnya.

Islamic Widget

TV / RADIO ONLIE