ESPN's Bottom Line Widget

CIPTALAH SEJARAH YANG TERBAIK UNTUK GENERASI KITA / JANGAN BIARKAN KITA TERSUNGKUR DI BUMI SENDIRI

bX-2nw74

Friday, May 28, 2010

SISTEM-SISTEM PILIHANRAYA




by
Zahari Lorong

Terdapat pelbagai sistem pilihanraya untuk menukar undi kepada kerusi.  Terdapat 3 ciri utama yang boleh dikenalpasti iaitu :
  • Jumlah bilangan undi setiap calon
  • Cara pengiraan ditukarkan kepada kerusi
  • Bilangan wakil ditiap satu kawasan
Kombinasi ciri-ciri di atas telah mewujudkan beberapa sisitem pilihanraya:
  1. Sistem perbilangan di kawasan pilihanraya satu ahli:  Sistem ini digunakan di britain,Kanada, USA dan Amerika Selatan. Sistem ini merupakan satu kaedah yang paling mudah dijalankan kerana setiap pemilih dipaparkan dengan senarai calon bagi kawasan berkenaan dan pemilih dibenarkan memilih satu calon sahaja. Calon yang menerima undi terbanyak adalah pemenang bagi pertandingan tersebut

            2. Sistem perbilangan di kawasan pilihanraya perbilangan ahli : Caranya adalah sama seperti di atas iaitu yang terpilih mempunyai undi yang terbanyak.  Bilangan undi yang dihadkan kepada setiap pemilih boleh jadi sama dengan bilangan kerusi untuk dipenuhkan.  Dalam beberapa kes, mengundi diberi beberapa undi untuk mengurangkan bias.
3. Sistem perbilangan yang mempunyai pemberat : Dalam sistem ini, satu pertandingan akan dijalankan  melalui beberapa kawasan pilihanraya.  Setiap satu mempunyai pemberat yang berlainan dalam gabungan undi.  Sebagai contohnya pilihanraya kolej di USA di mana kawasan pilihanraya mengandungi 50 negeri dicampur satu daerah, iaitu Colombia. pemenang mestilah mendapat mmajoriti undi, bukan mementingkan majoriti kawasan pemenang.

4. Pemilihan pengundian di kawasan pilihanraya satu ahli: Dalam sistem ini, kemenangan bagi calon boleh jadi mendapat undi yang kecil. Untuk menggelakkan beberapa perkara berlaku, sistem undi pilihan telah di bentuk di Australia. Tiap pemilih bukan hanya pilih calon sekali, malah pengundi juga membuat 'rank' bagi calon-calon. Kalau tiada calon yang mendapat mejaroti, bagi pilihan pertama, calon di bawah akan menjadi pilihan pertama. 


5. Penggundian pemilihan berbilang ahli: Digunakan di Rebublik Irland  sejak tahun 1922 yang berdasarkan kepada konsep liberal iaitu memberi pemilih sebanyak mungkin pilihan. Pengundi membuat 'rank' semua calon dan calon mestilah memperolehi  untuk memastikan sebanyak mungkin undi boleh digunakan.  Kalau calon memperolehi undi lebih dari yang diperlukan, lebihan diberikan kepada penyokong yang tahap pilihanrayanya rendah. Sistem ni dikenali dengan ' sistem boleh pindah undi perseorangan '

6.Sistem senarai di kawasan pilihanraya berbilang ahli: Sistem ini digunakan dikebanyakkan negara Eropah. Pemilih hanya pilih satu undi. Kerusi dibahagikan kepada parti mengikut kawasan pilihanraya berdasarkan peratrusan undi. Dalam hal ini contohnya yang mudah ialah seperti pembahagian calon UMNO,MCA, dan MIC.

No comments:

Islamic Widget

TV / RADIO ONLIE