Disediakan
ZAHARI LORONG
Perbatasan : Dari segi sejarah asal-usul (etymology) , perkataan ' perbatasan' bermaksud di hadapan iaitu zon atau lingkungan. Welleck( 1967 ) perbatasan sebagai suatu lingkungan yang memisahkan suatu kawasan yang mengandungi sumber-sumber yang berbeza di antara satu sama lain.
Perbatasan terbahagi kepada dua :
a) Perbatasan politik ( political frontiers )
b) Perbatasan petempatan ( settlement frontiers).


Perbatasan politik merujuk kepada pemisah bahagian-bahagian politik di antara dua buah negara. Ini menunjukkan hak sesebuah negara ke atas wilayah-wilayah yang didapatinya melalui perjanjian, pemberian dan perwarisan dan penaklukan. Perbatasan petempatan merujuk kepada pembahagian wilayah yang mempunyai penduduk dengan wilayah yang tgidak mempunyai penduduk.

Sempadan: Sempadan negara ialah merujuk kepada lingkungan kawasan sesebuah negara dengan negara lain. Sempadan negara ini ditentukan oleh kerajaan negara yang memerintah mengikut undang-undang sempadan antarabangsa. Mengikut perjanjian sempadan antarabangsa , sempadan ditentukan oleh undang-undang antarabangsa dan boleh dibahagian kepada beberapa jenis sempadan iaitu sempadan perairan,daratan dan sempadan uudara.
Sempadan dapat dibahagian kepada jenis yang tertentu. Pertama, sempadan yang diiktiraf dalam undang-undang antarabangsa dan jensi ini merupakan sempadanyang normal. Kedua, sempadan yang diiktiraf oleh hanya beberapa negara terutamanya kedua-dua negeri bersebelahan.

Evolusi sempadan boleh dibahagiakan kepada 4 tahap. tahap pertama 'Tahap Peruntukan ' iaitu merujuk kepada keputusan politik yang tahap awal terhadap peruntukan wilayah.Tahap kedua ' Menentukan Sempadan ' iaitu sebagai peringkat yajng membabitkan pemilihan bahagian sempadan yang khusus. Tahap ketiga ' Menandakan Sempadan' iaitu penandaan sempadan di atas tanah.Tahap keempat ' Mentadbir Sempadan ' dimaksudkan sebagai tahap penyediaan pentadbiran menjalankan penyenggaraan ke atas tanah yang berada di sempadan yang telah di buat.
Ada 6 sebab yang boleh kita kaji mengapa berlakunya pertelingkahan sempadan :
Memperluaskan kekuasaan wilayah
Menyebarkan fahaman atau ideologi atau agama
Merebut satu-satu kawasan kaya dari segi ekonomi
faktor sejarah
Inginkan sebuah negara atau petempatan baru
Pencerobohan.
======================================================
No comments:
New comments are not allowed.