ESPN's Bottom Line Widget

CIPTALAH SEJARAH YANG TERBAIK UNTUK GENERASI KITA / JANGAN BIARKAN KITA TERSUNGKUR DI BUMI SENDIRI

bX-2nw74

Thursday, May 27, 2010

DIFINASI SYARAT DAN FUNGSI PILIHANRAYA



By
ZAHARI LORONG

Umumnya pilihanraya diterima sebagai satu tatacara  yang diguna bagi memilih atau menentukan kepimpinan iaitu kepimpinan politik dan kepimpinan awam. Pemilihan yang berdasarkan kepada pembuangan undi dijalankan kerana sesuatu jawatan  atau jawattan-jawatan  dalam pemilihan kepimpinan dipertandingkan oleh dua orang atau lebih calon-calon yang ingin memgang jawatan atau jawatn-jawatan tertentu.

Pilihanraya  bukan sahaja dijalankan untuk memilih wakil-wakil rakyat ke badan-badan perundangan atau perwakilan, tetapi juga bagi memilih pegawai-pegawai tertentu untuk mengisi kekosongan sesuatu jawatan samada dalam organisasi-organisasi awam atau  swasta. Bagi pemilihan demikian pembuangan undi merupakan satu tatacara yang paling sesuai untuk menentukan keputusan-keputusan siapakah akan berjaya memegangn jawatan yang hendak dipenuhi.

Penyelesaian melalui pilihanraya adalah penting dan sesuai bagi mengelakan kontroversi dalam persoalan-persoalan dasar yang berterusan. Calon yang bertanding untuk menjadi wakil rakyat  misalnya tentulah mempunyai polisi masing-masing  dan pendekatan yang berlainan berhubung dengan sesuatu masalah. Sebab itu dalam masa pilihanraya, pengundi-pengundi bukan sahaja berpeluang memutuskan dan memilih calon yang mereka anggap baik dan layak tetapi juga dapat memilih polisi-polisi  dan pendekatan-pendekatan calon tersebut dan setelah keputusan pemilih itu diketahui dan calon yang menang telah ditentukan maka calon yang menang itu bebas melaksanakan polisi-polisinya.

Pada umumnya pilihanraya boleh dijalankan dalam dua cara yang berlainan iaitu pilihanraya yang diadakana secara tidak langsung dan pilihanraya secara langsung . Pilihanraya tidak langsung adalah pilihanraya yang mana pengundi-pegundi tidak mengambil bahagian secara terus dalam pilihanray itu bagi memilih  wakil-wakil mereka  tetapi rakyat hanya memilih satu badan perantaraan  yang mana nanti   akan membuat pilihan terakhir.

Sementara itu pilihanraya secasra langsung adalah pilihanraya yang melibatkan orang ramai secara langsung dalam membuat keputusan secara sendiri  untuk memilih wakil-wakil mereka melalui kuasa undi  yang ada pada tiap-tiap orang. Contohnya Malaysia adalah negara yang mengamalkan  pilihanraya secara langsung bagi memilih wakil-wakil ke badan-badan perundangan atau perwakilan. Cara ini mempunayi keistemewaan  yang tersendiri kerana ia bukan saja memberikan peluang kepada rakyat untuk memilih wakil mereka berdasarkan kepada pertimbangan dan keputusan merekan sendiri, tetapi ianya juga menggambarkan yang rakyat mempunyai kesedaran politik dari segi hak dan tanggungjawab mereka yang dimanifestasikan daripada partisipasi mereka dalam pilihanraya itu.  Perhubungan mereka secara langsung dengan wakil rakyat biasanya boleh meningkatkan kesedaran rakyat tentang hak mereka dan ini mendorong mereka untuk membuat pilihan rasional.

Setiap pilihanray perlu memenuhi empat syarat iaitu :

  1. Mengenai kempen pilihanraya. Dalam masa kempen menjelang pilihanraya seharusnya semua parti yang bertanding diberi kebebasan mengemukakan pendapat mereka tentang isu-isu berbangkit.


  2. Mendapatkan kepercayaan daripada rakyat bahawa undi mereka akan dikira dengan teliti dan ikhlas oleh badan yang mengendalikan pilihanraya.


  3. Menerima hakikat bahawa orang-orang atau pun badan pemerintah yang dipilih akan diiktiraf  sebagai pemerintah dan diberi penuh keyakinan.


  4. Memerlukan orang atau kumpulan yang telah mengalami kekalahan dalam pilihanraya menerima sebarang keputusan muktamad.
Fungsi pilihanraya boleh dibahagikan kepada 4 kategori iaitu pilihan politik dan pengaruhnya ke atas keputusan-keputusan polisi, penyertaan politik, sokongan dan pengekalan sistem dan pola-pola dan fungsi yang berkaitan. Fungsi pilihanraya di sini ialah memilih pemimpin-pemimpin bagi menentukan siapakah yang berkuasa. Dengan itu pilihan politik adalah sesuatu yang membawa kemungkinan akan berlakunya  pertukaran kerajaan dan dalam masa ini melibatkan pilihan atau sekurang-kurangnya boleh mempengaruhi pembentukan polisi-polisi kerajaan.Polisi-polisi kerajaan yang sesuai dengan tuntutan-tuntutan rakyat boleh menimbulkan keterikatan rakyat terutamnya dari segi perlaksanaannya.

Pilihanraya adalah satu tempat di mana rakyat dapat menyuarakan tuntutan-tuntutan mereka secara terus kepada negara dan menyampaikan tuntutan supaya negara mengambil langkah-langkah perlu untuk melindungi mereka dalam kehidupan seharian. Penglibatan orang ramai dalam politik khususnya dalam masa pilihanraya sebenarnya merapatkan lagi rakyat dengan sistem poltik dan negara.  Ini membuat rakyat lebih faham dan mendapat pengertian-pengertian baru mengenai sistem politik di negara ini. Kefahaman  dan penerimaan rakyat terhadap sistem poltik itu sebagai sesuatu yang menyakinkan dan boleh dipercayai merupakan satu imbangan  kepada kestabilan poltik. Dengan kata lain pilihanraya merupakan satu proses yang menentukan ketaatan rakyat kepada sistem poltik.







No comments:

Post a Comment

Islamic Widget

TV / RADIO ONLIE