ESPN's Bottom Line Widget

CIPTALAH SEJARAH YANG TERBAIK UNTUK GENERASI KITA / JANGAN BIARKAN KITA TERSUNGKUR DI BUMI SENDIRI

bX-2nw74

Tuesday, May 25, 2010

GEOGRAFI POLITIK DAN POLISI AWAM

                                                  


            Ikhlas
                       ZAHARI BIN LORONG

Geografi Politik



             Menurut Eisenman, geografi poltik boleh digolongkan dalam cabang-cabang ilmu sosial yang disebut sebagai " Political studies" Geografi poltik memainkan peranan penting dalam penyelenggaraan pemerintahan dan strategi semasa perang atau aman. Millare Millard menyatakan " Geografi Politik sekarang memainkan peranan penting dalam pemerintahan kerajaan dan sains strategi semasa aman dan perang. Dunia moden sekarang adalah sistem gabungan (integreted world )




           Ponds (1963) menyatakan geografi politik mempunyai hubungan yang erat dengan polisi sesebuah negara. Jika aspek geografi tidak diambil kira dalam membentuk polisi-polisi awam sesebuah negara ia boleh mengugat sesebuah negara dari segi ekonomi, pemerintahan dan sosial.




Polisi Awam
             Istilah polisi awam mempunyai dua makna. Pertama merujuk kepada polisi-polisi yang ditetapkan oleh kerajaan atau agensi kerajaan, termasuk kuasa antarabangsa dan sub-nasional yang diberi kuasa oleh kerajaan. Polisi awam tidak merujuk kepada polisi-polisi firma-firma perdagagan, walaupun polisi-polisi beberapa firma besar seperti syarikat minyak akan menarik minat ahli-ahli geografi politik dalam kajian yang dibuat di Timur Tengah.




             Sebenarnya terdapat tiga aspek utama dalam pengkajian polisi awam sebagai sebahagian dari geografi politik :
             Adalah penting untuk mengenal pasti jenis-jenis polisi yang perlu dipertimbangkan dan mengkelaskan polisi-polisi yang memberi pengkajian yang komparatif dalam geografi politik. Kedua, perlu difahami hubungkait yang wujud di antara geografi politik dan polisi awam. Ketiga, Method-method analisa dan masalah yang berkaitan denganya perlu dikaji.




             Terdapat tiga percubaan yang boleh digunakan oleh geografi politik untuk mengetahui pengkajian ke atas polisi akan memberi faedah. percubaan yang pertama dengan melihat samada pengguna polisi itu mempunyai sebarang pengaruh langsung atau keatas lanskap fizikal dan budaya. Ahli geografi mesti peka dengan kepentingan polisi migrasi yang mempengaruhi penyebaran dan pergerakan penduduk. Polisi pengezonan yang menghadkan keluasan guna tanah di kawasan yang berbeza, polisi-polisi tarif yang mengglakkan pengukuhan industri-indurtri yang khusus dan polisi. Polisi pengangkutan yang mempengaruhi lokasi aktiviti-aktiviti dan pergerakan manusia dan barang. Tetapi polisi-polisi kerajaan dan agensi-agensi kerajaan yang membentuk perbezaan kawasan yang penting dari sudut unit-unit politik.




             Percubaan kedua pula untuk mengenal pasti sama ada penggunaan polisi dipengaruhi oleh faktor-faktor geografi yang beroperasi. Tidak terdapat faktor-faktor geografi yang lengkap yang boleh diberikan, tetapi ia dapat dilihat melalui beberapa contoh. Ciri-ciri kependudukan yang jelas akan mewujudkan nasionalisma pada peringkat kawasan yang akan merosakan polisi-polisi yang mempunyai hubung dengan pentadbiran tempatan dan PerwakilanPerlimen, seperti yang berlaku di Irland Utara, Timur Pakistan sejak1 971 dan juga di SelatanThailand. Begitu juga kepelbagian dalam beberapa peringkat pengeluaran di seluruh dunia akan memberi kesan ke atas pelaksanaan perjanjian harga komuditi di peringkat antarabangsa.




             Pengkelasan berasaskan anggapan bahawa mana-mana kerajaan mempunyai dua matlamat utama iaitu memelihara penyatuan wilayah dan membangunkan sumber-sumber negara bagi memaksimakan keuntungan bagi majoriti penduduk. Pembahagian ini dipanggil polisi pertalian dan polisi pembangunan. Dicadangkan juga sebagai tambahan pada dua kumpulan polisi itu ialah polisi bagi menentukan polisi pentadbiran. Polisi-polisi ini lebih menumpukan pada proses kerajaan, termasuk pembahagian negara kepada keluasan pilihanraya dan kerajaan tempatan/negeri, memilih bahasa resmi, memilih ibu negara dan pembahagian tanggungjawab di antara kerajaan pusat dalam persekutuan.

 
POLISI PENTADBIRAN


           Dari sudut yang sempit, kebanyakan polisi-polisi pentadbiran boleh diklasifikasikan di bawah polisi pembangunan kerana dianggap meningkatkan kesejahteraan negara. Sebahagian lagi boleh di klasifikasikan sebagai polisi pertahanan, terutama yang berkaitan dengan kepentingan golongan minoriti seperti Cyprus. Adalah lebih baik melihat polisi-polisi ini secara serentak, kerana berbagai bentuk organisasi adalah sama di semua negara, dan susunan yang sama di negara yang berlainan adalah dibentuk oleh keadaan yang berbeza.

           Whttley menyatakan " Struktur politik yang dibentuk oleh kumpulan-kumpulan manusia secara ideanya dicipta bagi melancarkan kehidupan ekonomi dan sosial komuniti hanya berjaya bila sesuai dengan persekitran kawasan semulajadi di mana ia berfungsi"


            " Setiap sistem politi adalah gabungan undang-undang yang dibuat oleh manusia dengan tujuan meningkatkan kehidupan dari habitat mereka. Ini menunjukkan konsep-konsep politik yang dipegang oleh kumpulan itu ditanggung oleh persekitaran semulajadi". Saling perkaitan di antara undang-undang dan wilayah adalah berterusan. Ia saling mempengaruhi antara satu sama lain dalam proses yang dibentuknya.




            Terdapat tiga aspek polisi persektuan yang menarik perhatian ahli-ahli geografi. Pertama, sebab-sebab geografi yang mendorong negara menerima struktur politik yang tertentu. Kedua, adalah penting untuk melihat pada pemilihan bentuk persekutuan yang sebenarnya. Terdapat kepelbagian pertimbangan untuk berubah dari kesatuan ke status di mana komponen individu mempunyai kuasa yang luas ke atas pentadbiran tempatan. Ketiga, adalah penting mengkaji cara manakah bentuk persekutuan berubah,sama ada pembahagian kuasa di antara kerajaan pusat dan negeri membentuk negara baru atau juga pemisah negara.




            Ahli geografi politik berminat dalam struktur pentadbiran negara kerana tiga sebab. Pertama, pemahaman yang menyeluruh ke atas skop pemerintahan di dalam kawasan yang spesifik dan mengetahui lokasi kawasan itu. Dengan itu kepentingan agihan boleh diukur. Sama ada kajian meniti beratkan perbandingan tahap-tahap yang berbeza dalam kerajaan negeri atau tahap-tahap di negara yang berlainan atau dengan kesan lanskap oleh sistem itu. Kedua, ahli geografi berminat dalam bentuk-bentuk kuasa yang wujud dalam sesuatu kawasan, kerana ia adalah sebahagian dari landskap politik yang cuba digambarkan.Ketiga, kerana salah satu cara ashli-ahli geografi politik boleh membuat saranan bila perubahan difikirkan.










No comments:

Post a Comment

Islamic Widget

TV / RADIO ONLIE