ikhlas
ZAHARI BIN LORONG

Perlulah ditekankan bahawa andainya masalah tersebut dianggap penting dan mendesak sekali, maka seharusnya terdapat keterbukaan dalam membahaskan masalah dan mendapatkan natijah baru sebagai panduan penyelesaian yang lebih berkesan dan bermakna. Semua pihak – penggubal dn pelaksana dasar, pendidik, ulama dan pelajar haruslah digarap dalam membahaskan persoalan tersebut. Sesungguhnya tidak mungkin dimimpikan sesuatu penyelesaian sekiranya permasalahannya tidak jelas dan polemik diadakan dalam keadaan serba terkongkong. Kita anjurkan agar takrif akhlak tidak dibatasi dan supaya dihentikan percubaan memonopoli atau membolot tafsiran samada melalui amaran atau peraturan. Masyarakat haruslah dianjurkan untuk sama-sama memikirkan persoalan sesuai dengan tradisi ilmu dan kebebasan berfikir yang selamanya menjadi lambing kemegahan masyarakat Islam.
Istilah akhlak yang berasal dari istilah Arab khuluq (jama’) membawa pengertian kelakuan, tatatertib, maruah; bahkan ianya mencakup seluruh perbuatan lahiriyah yang dihasilkan dari dorongan batiniyah di dalam diri manusia. Makna akhlak atau moral (Latin: mores) mempunyai kaitan dengan istilah adab menurut tafsiran yang luas.
Jadi secara umumnya apa yang dimaksudkan dengan akhlak di sini ialah suatu hal yang tetap dalam jiwa manusia yang membawa kepada lahirnya perbuatan samada baik maupun buruk. Perbuatan yang lahir dari seseorang merupakan tindakan spontan yang tidak perlu akal untuk berfikir dan juga tidak memerlukan kepada pengamatan yang mendalam dan tajam. Ianya lahir dari seseorang berdasarkan keadaan tertentu.
Sebagai contohnya seseorang yang suka menolong orang yang ditimpa kesusahan di mana apabila terjadinya situasi tertentu kepada seseorang, maka beliau akan terus menghulurkan pertolongan tanpa perlu dia berhenti sejenak untuk berfikir samada hendak menolong orang tersebut atau tidak. Beliau juga tidak akan mengamati dan mengkaji keadaan tersebut sebelum melakukan sesuatu perbuatan.
Akhlak yang mulia ,mengikut Iman Ghazali ada 4 perkara ; iaitu bijaksana, memelihara diri dari sesuatu yang tidak baik, keberanian ( menundukan kekeuatan hawa nafsu ) dan bersifat adil. Jelasnya ia merangkumi sifat-sifat seperti berbakti pada keluarga dan negara, hidup bermasyarakat dan bersilratuhrahim, berani mempertahankan maruah agama, sentiasa berssyukur dan berterima kasih, reda dengan kesengsaraan, bercakap benar dan sebagainya.
Seperti yang kita ketahui bahawa mesyarakat dan bangsa yang memiliki akhlak yang mulia adalah penggerak ke arah pembinaan temadun dan kejayaan yang diredai oleh Allah s.w.t. Seperti kata pepetah seorang penyair Mesir, Syauqi Bei “ Hanya saja bangsa itu kekal selama berakhlak. Bila akhlaknya telah lenyap, maka lenyap pulalah bangsa itu “
Ibn Maskaweh juga memberi takrifan yang hampir sama dengan al-Ghazali iaitu keadaan jiwa seseorang yang mendorong untuk melakukan perbuatan tanpa perlu berfikir panjang. Selaras dengan itulah, manusia seringkali bertindak secara tidak terancang : kadang-kadang bersifat baik dan kadang-kadang bersifat jahat.

Dalam menentukan perbuatan seseorang itu samada baik atau sebalikny, di dalam Islam ada panduan dalam menentukan samada baik atau buruk iaitu al-Quraan dan al-Sunnah di mana kedua-duanya berasal dari pencipta manusia iaitu Allah s.w.t. Tuhan sekelian alam.
i. Al-Quraan
Perkara ini diakui sendiri oleh isteri baginda sendiri iaitu Saidatina Aisyah apabila ditanya berkenaan dengan akhlak nabi, beliau menjawab yang membawa erti :
“ Sesungguhnya akhlak Nabi adalah Al-Quraan “
ii. Al-Sunna ( Hadith )
Pembentukan akhlak yang mulia merupakan di antara tujuan pengutusan agama Islam. Ini dinyatakan oleh Nabi Muhammad di dalam Hadithnya yang bermaksud :
“ Sesungguhnya aku diutuskan untuk menyempurnakan akhlak yang mulia “
Jika kita mengkaji akan isi kandungan Al-Quraan dan Hadis, maka kita akan dapat sebahagian besar isi kedua-duanya berkisar berkenaan pelakuan manusia samada baik ataupun buruk.
Menurut Iman al-Gazali, akhlak seseorang boleh dibentuk dan diubah. Beliau tidak percaya bahawa akhlak tidak bolek diubah ( al-Osman:1963,360 ). Menurut beliau, ada tiga cara dalam membentuk akhlak seseorang dari tidak baik kepada baik.
Jika akhlak itu merupakan naluri asal kejadian manusia seperti marah, maka hendaklah kita kawalnya ke tahap yang sederhana supaya dapat kita pandukannya kepada yang baik. Sepertimana sabda Rasulullah yang bermaksud :
“ Bukanlah seseorang itu gagah dengan menunjukkan kegagahannya dengan bergusti akan tetapi seseorang yang gagah itu merupakan seorang dapat mengawal dirinya ketika marah “.
Jadi apabila sesuatu sifat yang merupakan sifat semulajadi dapat dikawal ke tahap sederahana seperti marah maka ianya dapat dipandukan kepada yang baik. Kalau tidak dikawal sifat tersebut maka ianya mudak pujuk rayu syaitan dan hawa nafsu dan ianya akan menjadi sifat yang tercela dalam islam seperti seseorang yang mempunyai sifat ‘ panas baran’
Jadi apabila sesuatu sifat yang merupakan sifat semulajadi dapat dikawal ke tahap sederahana seperti marah maka ianya dapat dipandukan kepada yang baik. Kalau tidak dikawal sifat tersebut maka ianya mudak pujuk rayu syaitan dan hawa nafsu dan ianya akan menjadi sifat yang tercela dalam islam seperti seseorang yang mempunyai sifat ‘ panas baran’
Apabila sifat tersebut telah dapat dikawal ke tahap yang sederhana di mana ianya mudah untuk dipandu oleh seseorang kepada pelakuan yang terpuji atau ke jalan kebaikan. Sebagai contohnya sifat berani di mana ianya merupakan sifat semulajadi seseorang jikalau ianya tidak dipandukan kepada kebaikan maka ianya akan terbawa kepada jalan keburukan dan celaan. Seseorang bukanlah berani yang sebenarnya apabila berani membunuh kerana putus cinta kerana menyalurkan keberaniannya kepada saluran yang tidak kena. Sepatutnya sifat keberanian tersebut perlu dipandukan kepada jalan yang baik menurut islam seperti berani berkata benar dihadapan pemerintah yang zalim. Maka yang demikian barulah dikatakan sebagai seorang berani sebenarnya.
Jikalau suatu sifat tersebut merupakan sifat tercela maka perlulah dibuang dari dalam dirinya dan digantikan dengan sifat yang terpuji. Sebagai contohnya, apabila seseorang yang pada kebiasannya dan sudah menjadi kelaziman bercakap dusta / bohong maka perlu dibuang sifat tersebut dan digantikan dengan sifat terpuji iaitu berkata benar dan jujur. Ini adalah disebabkan bercakap bohong merupakan suatu perlakuan yang tidak bermarwah dan dikutuk oleh agama Islam kerana ianya memberi implikasi yang sangat besar kepada seseorang dan kepada masyarakat umumnya. Dalam perseoalan ini Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud :
“ Sesiapa yang beriman dengan Allah dan hari akhirat, maka hendaklah beliau bercakap perkara kebaikan atau berdiam diri “
Salah satu cara yang baik untuk membentuk akhlak mulia ini ialah dengan cara pendidikan “ Qudwah Hasanah “ atau contoh teladan yang baik. Pengertian pendidikan dan pembelajaran itu pada hakikatnya ialah usaha menetapkan atau menganjurkan adab. Dalam hubungan ini Prof. Syed Muhammad al-Naquib al-Attas menyarankan:-
“The fundamental element inherent in the concept of education in Islam is the inculcation of adab (ta’dib) for it is adab in the all-inclusive sense I mean as compassing the spiritual and material life of a man that instills the quality of goodness that is sought after”
Pandangan tersebut diasaskan kepada Hadith Nabi Muhammad s.a.w. yang bermaksud:
“Tuhanku telah mendidik aku; dan Ia telah mendidik aku dengan sebaik-baik pendidikan”.
Sekiranya konsep ini difahami sepertimana yang sewajarnya, maka tidaklah dinamakan pendidikan andainya pengajaran akhlak dan adab diabaikan. Hinggakan di dalam Islam ditekankan bahawa risalah keRasulan itu sendiri adalah bagi menyempurnakan akhlak yang tinggi dan mulia. Firman Allah s.w.t.:
“Dan sesungguhnya kamu (Muhammad) benar-benar berbudi pekerti (akhlak) yang mulia”
Juga sepertimana yang dijelaskan dalam Hadith Nabi Muhammad s.a.w.:
“Sesungguhnya aku diutus demi menyempurnakan akhlak”
Justeru itu juga, ulama-ulama Islam sering menetapkan kewajipan akhlak sebagai memenuhi maksud pendidikan sebenarnya. Hujjatul Islam Imam al-Ghazali menetapkan agar pembersihan jiwa dari akhlak yang rendah sebagai tugas pertama dalam deretan adab dan tugas pelajar. Menurutnya,
“….. ibadat hati dan mengisi batin dengan ilmu tidak pula sah tanpa lebih dulu membersihkan hati dari najis akhlak yang keji dan sifat-sifat kotor.”
Dr. Mohd ‘Athiyah al-Abrasyi menjelaskan tujuan utama dari pendidikan Islam ialah:
“….. pembentukan akhlak dan budi pekerti yang sanggup menghasilkan orang-orang yang bermoral, lelaki mahupun wanita, jiwa yang bersih, kemahuan keras, cita-cita yang benar dan akhlak yang tinggi, tahu erti kewajipan dan perlaksanaannya, menghormati hak-hak manusia, tahu membezakan buruk dengan baik ….. dan mengingatkan Tuhan dalam setiap pekerjaan yang mereka lakukan.”
Falsafah Pendidikan Negara (FPN) menggariskan dengan jelas matlamat pendidikan berhasrat melahirkan watak `insan seimbang dan harmonis'. Pendidikan agama yang diajarkan kepada para pelajar sejak dari awal sistem pendidikan lagi mempunyai matlamat bagi melahirkan pelajar yang teguh akhlaknya dan dalam masa yang sama cemerlang ilmunya. Soalnya dalam realiti pengajaran-pembelajaran setakad mana kesan pembangunan sahsiah berkait rapat dengan faktor falsafah dan didikan agama.
Krisis sosial dan kepincangan yang berlaku dalam masyarakat secara meluas ini sebenarnya berpunca dari lunturnya keyakinan agama sebagai pegangan dan panduan tetap bagi masyarakat.Kita hendaklah memahami bahawa sebarang krisis yang berlaku dalam masyarakat itu akan berkait juga dengan alam pendidikan terutamanya di sekolah kerana masyarakat itu sebahagiannya adalah ibu bapa, rakan – rakan , orang awam yang ada pengaruh ke atas pembentukan para pelajar sekolah.

“Pendidikan telah memisahkan dirinya dari warisan rohaniah dari zaman silam tetapi gagal menyediakan satu penggantian yang memuaskan. Akibatnya orang-orang terpelajar sendiri turut kehilangan pendirian dan keyakinan atau nilai di samping tidak mempunyai satu pandangan duniawi yang menyeluruh.”
Akibatnya amat parah sekali bagi masyarakat terutama yang menerima anjuran Barat untuk menolak nilai hidup beragama dan tradisi tetapi gagal menyediakan penyelesaian atau mengemukakan pilihan lainnya. Dan di kalangan masyarakat kita sendiri yang begitu ghairah sekali mempertahankan dan memajukan nilai-nilai Barat tidak cuba pula mengkaji karya-karya ahli fakir dan tokoh-tokoh pendidik Barat sendiri, yang turut membidas perkembangan kearah kebendaan secara pesat dan melulu tanpa merasa cemas terhadap kebiadaban yang kian meluas di dalam masyarakat.

Dalam kajian lainnya T. Roszak membicarakan mengenai kecenderungan ke arah counter-culture – kebudayaan baru yang mencabar samada bentuk keganasan atau dalam kebudayaan sensate yang mengakibatkan generasi muda khayal dengan dadah atau asyik dengan “kebudayaan popular”.
Ia akan sekurang-kurangnya harus meyakinkan kita bahawa persoalan akhlak dan disiplin tidaklah harus dibataskan semata-mata kepada masalah yang dihubungkan dengan rambut, pakaian, ponteng, taat kepada guru serta peraturan sekolah dan universiti sahaja.Tetapi persoalan itu harus dilihat secara lebih luas lagi kerana para pelajar ini akan menjadi anggota masyarakat awam apabila keluar daripada alam persekolahan kelak. Perkara ini penting supaya didikan semasa di sekolah akan membentuk satu fenomena yang sihat dalam masyarakat .
Lantaran itu, andainya kita ingin menyelamatkan masyarakat dan pelajar dari masalah akhlak termasuklah permissiveness yang menggunakan istilah liberalisme untuk mengia dan mengesahkan apa sahaja – maka kefahaman akhlak mestlah mencakap pengertiannya yang tradisional secara meluas. Akhlak harus dipupuk dan hanya terbina dalam suasana yang sihat. Dalam hubungan ini filasuf Aristotle sendiri pernah menekan:
“It must be laid down that every virtue or excellence has the effect of producing a good condition or that of which it is a virtue or excellence, and of enabling it to perform its function well…If then this is universally true, the virtue or excellence of man will be such a moral state as makes a man good and able to perform his function well.”
Sesungguhnya moral state itu bukanlah sesuatu yang nisbi atau relatif sifatnya dan harus sentiasa dirobah atau berulangkali direka kerana sekiranya ini dilakukan maka ianya akan mengakibatka kekacauan dan krisis nilai dalam masyarakat berterusan.

Di dalam Islam, dasar pendidikan mesti juga merujuk kepada contoh ideal – peribadi Rasulullah par excellence sepertimana yang dianjurkan di dalam al-Quran.
Yang bermaksud:
“Sesungguhnya telah ada pada (diri) Rasulullah itu suri tauladan yang baik”
Lantaran itu, pembicaraan mengenai soal akhlak dalam bidang pendidikan akan tentunya berhubung dengan sistem hidup (nizamul hayat) Islam itu sendiri – sistem hidup yang didirikan atas paksi tauhid dan yang mampu mencetuskan satu dasar akhlak, peraturan sosial, ekonomi dan kenegaraan. Perbicaraan mengenai sistem-sistem keadilan sudah semestinya merujuk kepada dasar moral. Kerana sesungguhnyalah, menurut Islam, keadilan itu akan hanya mampu ditegakkan samada di bidang hak asasi atau ekonomi atas dasar dan prinsip akhlak.
Ditinjau dari pemahaman Islam, saranan mengenai pendidikan akhlak akan hanya bermakna sekiranya ianya merujuk kepada pendidikan agama atau tujuan dan falsafah pendidikan Islam itu sendiri.Usaha-usaha penempelan istilah disiplin yang bermusim dan terpilih-pilih serta gagalnya guru-guru menyediakan satu role model yang menjadi ikutan atau panduan para pelajar di sekolah tidak mungkin akan memenuhi maksud pendidikan yang dapat menghasilkan manusia baik, berakhlak mulia dan sempurna seperti yang diistilahkan sebagai al insan us Salih, al insan ul Kamil.
Namun begitu, usaha-usaha perlulah dijalankan bagi meningkatkan kefahaman masyarakat serta menginsafkan kita bersama mengenai peraturan akhlak sebagai menyempurnakan tugas orang-orang yang beriman seperti yang difirmankan di dalam al-Quran. Yang bermaksud:
“ Sesiapa yang melakukan amal baik walau sekecil zarah pun , akan dirasainya balasannya , dan sesiapa yang melakukan amal perbuatan jahat, walau sekecil zarahpun pasti akan dirasainya juga balasannya ”
Ini bermakna bahawa suasana di sekolah dan di pusat pengajian amnya – dikalangan pelajar dan tenaga pengajar, mestilah dijadikan sebagai suasana beramal, pergaulan dan pembelajaran menurut tradisi ilmu Islam. Dalam soal ini pun, ulama-ulama terdahulu telah menggariskan anjuran secara terperinci mengenai tanggungjawab dan tugas murid dan guru. Al-Ghazali menganjurkan agar guru-guru menunjukkan sikap kasih sayang dan ikhlas terhadap para pelajarnya, melarang secara halus, memberikan pelajaran menurut ukuran faham murid dan menunjukkan contoh tauladan yang baik kerana:
“Bila amalannya berlainan dengan ilmunya,hilanglah wibawanya.”
Filasuf Ibn Khaldun pernah megingatkan tentang contoh tuladan para pendidik yang memberi kesan yang amat besar sekali kepada pelajar. Menurutnya:
“…. Human beings obtain their knowledge and character qualities and all their opinions and virtues either through study, instruction, and lectures, or through invitation of the teacher and personal contact with him. The only difference here is that habits acquired through personal contact with a teacher are more strongly and firmly rooted.”
Kalangan yang insaf harus tampil agar dapat menimbulkan suasana akhlak yang sihat dalam keluarga mereka dan pusat-pusat pengajian mereka melalui contoh peribadi dan golongan serta mempesatkan lagi kegiatan dakwah di kalangan masyarakat amnya.
Menurut Siti Rafidah Bt. Dollah Hamdani ( 2006 ) peri pentingnya akhlak dalam kehidupan jelas berdasarkan kenyataan-kenyataan di bawah :
1. Nabi Muhammd (s.a.w ) sendiri diutuskan oleh Allah (s.w.t. ) untuk membawa mesej penyempurnaan akhlak. Dalam hadis Rasulullah ( s.a.w ) telah bersabda yang bermaksud ,
“ Sesungguhnya aku diutuskan demi menyempurnakan akhlak “
2. Islam menganggap orang yang paling penting tinggi darjat keimanannya ialah orang yang paling mulia dari segi akhlaknya. Islam memandang akhlak sebagai buah kepada imam, semakin kuat darjah keimanan seseorang , maka semakin tinggi tahap akhlaknya.
3. Al-quraan telah menggariskan tentang persoalan akhlak; perintah akhlak mulia dan tegah perbuatannya yang mungkar. Keagungan akhlak Rasulullah (s.a.w ) jelas dalam Firman Allah ( s.w.t ) dalam surah al-Qalam ayat yang bermaksud,
“ Dan sesungguhnya kamu ( Muhammad ) benar-benar berbudi pekerti (akhlak )
yang mulia “
Berkaitan dengan perkara ini ada beberapa ciri yang diperlukan samada seseorang itu seorang guru, pelajar atau juga masyarakat umumnya. Dengan adanya akhlak atau moral yang baik, bermakna ia telah tahu tanggungjawbnya kepada manusia dan tuhan yang menciptanya . Ciri-ciri yang di maksudkan adalah
i. Berpegang teguh kepada islam yang diturunkan oleh Allah s.w.t
ii. Mentaati dan menghargai kedua ibu bapa
iii. Mampu mengawal nafsu
iv. Menjaga persenoliti
v. Amanah
vi. Tidak menjalankan aktiviti yang bertentangan dengan agama Islam






`Sesungguhnya telah ada pada (diri) Rasulullah itu suri teladan yang baik bagi my aitu bagi orang yang mengharapkan(rahmat) Allah dan (kedatangan) hari akhirat dan dia banyak menyebut Allah(Surah Al-Ahzab, 21)
Begitu juga mereka yang berakhlak ialah mereka yang tegas dengan prinsipnya dan tidak bersedia untuk menggadaikan prinsipnya untuk kepentingan dirinya atau orang lain, atau memenuhi kehendak nafsunya. Malah dia sentiasa menjaga amanah dan tidak mahu menipu atau berbohong semata-mata untuk lulus dalam peperiksaannya. Kejayaannya adalah hasil usahanya dan bukan daripada titik peluh orang lain atau dengan meniru dalam peperiksaan kerana dia adalah manusia yang berprinsip. Dia mahu orang menghormatinya bukan kerana kejayaan dalam peperiksaanya yang di perolehi melalui kaedah yang tidak bermoral tetapi kerana berpegang teguh kepada prinsip-prinsip agama Islam yang telah di hayatinya sekian lama.

Pengalaman dan pengamatan membuktikan suatu masyarakat dan organisasi tidak dapat berfungsi dengan betul dan tidak akan bertahan lama sekiranya kebiasaan yang buruk (bad habits) di amalkan oleh anggota-anggotanya dan tidak ada usaha untuk membasmikannya. Sebenarnya tidaklah rugi menjadi orang yang berprinsip. Selain daripada untuk mencapai kebahagiaan hidup di akhirat, orang yang berprinsip ini biasanya di cari oleh organisasi yang agresif dalam mendapatkan keuntungan dan berorentasikan komersial. Statistik menunjukkan kerugian wang dan kos yang begitu tinggi yang terpaksa di tanggung oleh syarikat-syarikat di \Malaysia kerana menghadapi masalah jenayah perdagangan dan pembaziran. Dahulunya, orang yang di tawarkan untuk bekerja dalam suatu organisasi adalah berdasarkan kepada pencapaian akademik semata-semata tetapi hari ini orang yang terbukti mempunyai rekod kerja yang mempamirkan sikap amanah, berprinsip dan mempunyai personaliti yang baik menjadi rebutan majikan-majikan.
Mereka haruslah memikirkan, melibatkan diri dan melaksanakan aktiviti yang mampu meningkatkan 4 perkara iaitu minda, spiritual, fizikal dan emosi mereka agar mereka menjadi insan yang seimbang. Aktiviti yang boleh memudharatkan 4 perkara ini haruslah di jauhi kerana ia di anggap merosakkan seseorang insan itu dan juga orang lain dan tergolong dalam perkara-perkara yang tidak bermoral. Kita juga tidak harus bersubahat dalam aktiviti-aktviiti ini. Apa yang kita harus lakukan ialah memastikan wujudnya suasana yang kondusif untuk membentuk masyarakat yang berakhlak melalui aktiviti-aktiviti yang terancang dan bermoral. Aktiviti yang tidak berakhlak sudah tentu mempengaruhi seseorang kepada sikap, perbuatan dan percakapan yang tidak bermoral juga.
Kita boleh memikirkan, merancang dan melaksanakan pelbagai aktviti seperti menganjurkan seminar, forum, bengkel, diskusi untuk mencetus ide-die membentuk dan meningkatkan tahap pemikiran dan minda masyarakat kita. Begitu juga kem-kem kepimpinan, aktiviti kerohanian, jungle trekking, kaunseling, lawatan-lawatan, riadhah asalkan ia tidak di campuri dengan unsur-unsur yang bercanggah dengan agama bagi memastikan matlamat setiap program ini tercapai.

No comments:
New comments are not allowed.