ESPN's Bottom Line Widget

CIPTALAH SEJARAH YANG TERBAIK UNTUK GENERASI KITA / JANGAN BIARKAN KITA TERSUNGKUR DI BUMI SENDIRI

bX-2nw74

Sunday, November 28, 2010

SRK MOSTYN - DALAM INGATAN DAN PENUH KEJAYAAN

"   Tempat Jatuh lagikan dikenang,  inikan pula tempat bermain " Sekolah Rendah Kebangsaan Mostyn yang terletak dalam ladang Sime Darby,Kunak yang dulunya dimiliki oleh syarikat Mostyn yang beribu pejabat di London. Teringat pula nak menulis cerita sedikit tentang kenangan dan ingatan tentang sekolah ini.

        Saya mengucapkan terima kasih kepada En.Samad Pengembong yang merupakan bekas pelajar tahun 60an yang telah memberikan gambar di atas. Gambar kenangan ini diambil bersama Guru Besar Mrs.Nerry pada masa itu dan  yang kini masih menetap di Kunak dan merupakan tokoh guru 2010.

       Ada beberapa tempat yang menarik berhampiran dengan sekolah ini dan kini sudah hilang akibat penanaman kelapa sawit dan pembangunan di ladang Sime Darby.

      Berhampiran dengan sekolah SRK Mostyn lebih kurang 200 meter bersebelahan dengan jalan v terdapat sebuah bangunan yang dibina oleh pihak Jepun. Bangunan kayu tersebut digunakan sebagai  panggung wayang.Setiap hujung minggu  Jabatan Penerangan atau Pihak Mostyn akan mengadakan tayangan wayang percuma di panggung tersebut.

      Panggung Wayang ini bukan sekadar panggung wayang sahaja, kerana dia dilengkapi dengan hospital Jepun ketika itu.  Dalam panggung ini pula terdapat sebuah bilik khas dan bersambung dengan lubang yang tidak pasti ke mana arahnya. Bagi saya panggung ini penuh misteri dan nilai sejarah dan kini sudah tiada dan digantikan pokok jati oleh pengusaha ladang ketika itu.

     Di belakang sekolah ini pula yang terletak sebuah bukit batu dan kita boleh melihat pekan dan laut apabila kita berada di puncak bukit ini.  Pada masa  itu bukit tersebut diliputi hutan dan terdapat banyak pokok buah-buah hutan seperti buah mata kucing dan maritam.

      Mengikut cerita orang tua-tua bukit tersebut digunakan oleh orang Jepun untuk menahan dan menyeksa pekerja yang tidak mengikut arahan tentera Jepun ketika itu. Namun kini bukit batu tersebut sudah ditarah dan semakin hilang ketinggiannya akibat pembangunan jalanraya di kawasan ladang.

      Kawasan Mostyn ketika itu merupakan milik tentera Jepun dan ditanami dengan pokok abaka. Banyak nilai sejarah yang boleh diperolehi di kawasan ini sekiranya ada pihak-pihak tertentu ingin membuat kajian tentang kesan peninggalan tentera Jepun.

      
      Selain itu berhampiran dengan sekolah ini juga terdapat sebuah gereja. Kawasan gereja tersebut dipenuhi dengan bunga-bungaan. Kawasan persekitaran gereja ini merupakan  tempat kami selalu bermain  sementara menunggu peralihan sesi persekolahan. Gereja ini pun sudah tiada.
    
     Ada satu lagi pokok yang dikatakan ditanam oleh pihak Jepun. Pokok ini terletak ditengah-tengah  pusingan bulat jalanraya di ladang Sime Darby. Pusingan ini mempunyai lebih daripada  8 simpang. Pusingan bulat ini merupakan pusingan bulat yang pertama di Daerah Kunak

      Kini ramai pelajar yang pernah bersekolah di Mostyn telah berjaya dalam pelajaran dan kini memegang jawatan tinggi di sektor awam dan swasta.

     

     

7 comments:

  1. dulu-dulu masa sekolah rendah, pakai seluar pendek boleh sampai ada kawan sorang pernah nampak dia punya (anu) 'collong'.
    sekarang suda muden, pakai siluar panjang lagi smart.

    ReplyDelete
  2. Yang sebelah kiri Mrs Nerry ialah Cikgu Baharom. Sebelah kanan, kalo tak silap ialah Cikgu Tadius dan yg pakai spec Cikgu Peter.
    Pembetulan sikit Cikgu, Jab Peneerangan tak pusing wayang di panggung...Dorang pacak skrin di padang, depan kedai tinggi.

    ReplyDelete
  3. Sunguh teruja saya dengan artikel ini...terima kasih cikgu kerana sudi berkongsi cerita...tapi gantung ba....kekeke...

    ReplyDelete
  4. saya ble la dikatakn belajar dalam era moden di SRK Mostyn(1997-2002).Terima kasih kerana memberi sedikit input mengenai sejarah sekolah ini.

    ooo baru ku tauk ada panggong wAYAng palek dulu-dulu d mosting di...

    ReplyDelete
  5. Untuk pembetulan,pokok besar dipusingan besar itu ditanam oleh majikan pertama di Mostyn ia itu BAL Plantations ( Commonwealth Development Coorperation) dan nama pokok itu ialah Flame of the Forest.

    ReplyDelete
  6. Untuk pembetulan,pokok besar dipusingan besar itu ditanam oleh majikan pertama di Mostyn ia itu BAL Plantations ( Commonwealth Development Coorperation) dan nama pokok itu ialah Flame of the Forest.

    ReplyDelete
  7. Saya angkatan 80an yg prn sekolah di srk mostyn. Lupa kenangan masa lalu...

    ReplyDelete

Islamic Widget

TV / RADIO ONLIE