Ikhlas
Daeng Zahari Lorong
----------------------------------------------------------------------
klik di bawah
suara rakyat kunak / kunak press / kunakians
radio online / radio bugis
---------------------------------------
" BERILAH PELUANG PADA ORANG MUDA
UNTUK BERLARI SERIBU BATU "
Adakah benar kerajaan pada masa akan datang akan dipengaruhi oleh corak kepimpinan parti, pemimpin atau dasar kerajaan yang sedia anda. Jika diteliti tentang kesilapan pemimpin atau skandal rasuah serta kegagalan mentadbir kerajaan yang akhirnya mereka terpaksa akur melepaskan jawatan dalam parti dan kerajaan, contoh yang terdekat seperti Negara Jepun dan di Eropah.
Rakyat kini tahu membezakan kepimpinan yang mana sesuai untuk membawa mereka ke arah pembangunan yang dikehendaki. Dalam tulisan ini, saya cuba menerangkan sedikit tentang penglibatan rakyat dalam pengundian dan poltik.

Mereka tidak melibatkan diri secara langsung dan lemah.
Mereka yang menjadi pemerhati dan hanya melibatkan diri secara marginal.
Mereka yang sangat aktif dan digelar ' gladiator ' atau wira pejuang parti.

Hirarki penglibatan poltik boleh bahagikan kepada 4 unit iaitu :
Pemerhati = Menghadiri perkumpulan dan mesyuarat / memberi sumbangan tabung untuk kempen / menghubungi pegawai-pegawai kerajaan dan swasta dan ahli-ahli poltik.
Pemerhati Aktivist = Memeakai lencana dan pelekat kereta / cuba mempengaruhi pengundi dan memulakan diskusi poltik.
Aktivist lemah = Tidak mengundi

Kedatangan mengundi berlainan antara kawasan bandar dan kawasan luar bandar. Kajian Rokkan dan Cambell di Norway dan USA menunjukkan lebih besar peratusan datang mengundi dibandaraya berbanding kawasan luar bandar atau daerah pertanian. Peratusan mengundi berkurangan di desa-desa yang dianggarkan 8-10%.
.jpg)

Lipset menjelaskan bahawa keputusan untuk individu datang mengundi bergantung kepada 3 faktor :
Kewujudan golongan pendesak untuk mengundi, maka lebih akrab sesuatu unit sosial itu untuk mengundi.
Kewujudan tekanan melintang, umpamanya lebih besar parti yang bertanding, atau lebih hebat persaingan maka lebih hebat juga penglibatan para penggundi.
Penglibatan pengundi sepatutnya perlu diberi penghargaan oleh wakil calon yang menang dalam pilihanraya. Apa yang dikenalpasti semasa pilihanraya rakyat atau pengundi sebagai satu permata yang berharga seolah-olah seperti batu delima. Mereka diberikan taburan janji dan sumbangan peribadi bagi menarik perhatian wakil yang bertanding. Mereka berkerja sebagai sebuah jentera untuk membantu parti agar terus berkuasa dengan harapan polisi yang dijanji akan dapat ditunaikan.


No comments:
Post a Comment