ikhlas
ZAHARI LORONG
-------------------------------------------------------------------------
kunakians / kunak press / suara rakyat kunak
radio fm online / radio bugis
-------------------------------------------------------------------------
kunakians / kunak press / suara rakyat kunak
radio fm online / radio bugis
------------------------------------------------------
" BERILAH TEGURAN SECARA BERADAT KEPADA
SAHABAT KITA YANG TERSILAP "


Kedaulatan adalah ciri utama sesebuah negara. Ia melibatkan interaksi antara manusia, wilayah atau tempat,penggunaan kuasa, pemerintah dan mempunyai kekuasaan. Kerajaan boleh wujud dalam pelbagai bentuk yang mempunyai hak mengamalkan kedaulatan sendiri dalam lingkungan sempadan dan hubungan antarabangsa.



Menurut Lanyi dan Mc Williaams negara merujuk kepada satu budaya umum yang sama, simbol yang sama, pandangan terhadap dunia berlainan terhadap pandangan dunia lain dan apa yang membuat pandangan negara berlainan daripada kumpulan budaya lain adalah satu simbol berkaitan dengan nilai dan sikap yang ada di sesebuah daerah.


Menurut Lasswel negara merujuk kepada satu kumpulan yang tinggal di sesebuah negara yang berdaulat. Robert A.Dahl menyatakan bahawa negara adalah sebagai satu sistem poltik yang didirikan oleh orang yang bermastautin dalam satu wilayah dan mempunyai kerajaan yang memerintah. Geoffrey K.Robert menekankan ciri-ciri wilayah penduduk dan pemerintah dan beliau menyatakan pemerintah adalah yang memaksa rakyat menurut segala arahannya.
Pada keseluruhannya , negara mempunyai satu wilayah di mana terdapat penduduk dan diperintah oleh satu badan politik. Kerajaan atau pemerintah mempunyai hak kuasa dan kewibawaan ke atas rakyat dalam hal menjalankan kewajiban terhadap negara. Kesimpulannya negara :-
- Ada wilayah yang tertentu dan sempadan yang sah.
- Adanya penduduk yang menjadi rakyat di dalam sesuatu wilayah.
- Adanya kerajaan yang sah dan mendapat sokongan rakyat.
- Mempunyai kedaulatan bagi negara dan penduduk di wilayah satu daerah atau tempat tinggal mereka.
No comments:
New comments are not allowed.