ikhlas
daeng zahari lorong
----------------------------------------------------------------------------------
" ORANG YANG BERILMU AKAN SENTIASA MEMBERI CERITA
YANG BENAR DAN BERFAKTA "
YANG BENAR DAN BERFAKTA "


Penduduk dunia bertutur dalam pelbagai bahasa dan situasi ini akan membentuk satu daya pemisah yang kuat. Pada keadaanya sebenarnya bahasa boleh digabungkan dalam satu keluarga serta kelompok kecil yang lain. Perbezaan yang wujud dalam kelompok yang sama telah menghasilkan bahasa yang mempunyai perbezaan seperti bahasa Inggeris dan Peranchis, German dan bahasa Russia.

Begitu juga dengan kehebatan Bahasa Arabic mendapat tempat di Afrika Utara beberapa abad berikutan perluasan kuasa orang Muslim Arab pada abad ke-17.
Kebanyakan negara Eropah dibentuk berdasarkan kehendak penduduk untuk diperintah oleh orang yang menggunakan bahasa mereka iaitu mereka yang mempunyai nasionaliti yang sama. Sekiranya Bahasa Malaysia atau Bahasa Melayu dipertingkatkan dan diangkat darjatnya sudah pasti perluasan penggunaan Bahasa Melayu bukan saja dimiliki oleh kita namun sudah pasti akan melepasi sempadan kita. Segala dasar dan polisi awam tidak tercicir dan boleh diterima oleh masyarakat majmuk.
Kumpulan etnik minoriti di kebanyakan negara masih berpegang teguh kepada bahasa asalnya dalam menghadapi budaya Imperial golongan mejoriti. Bahasa ini telah menjadi suatu tahap idintifikasi yang dipunyai oleh sesuatu kelompok tertentu yang menjadi kebanggan mereka.
Contohnya Bahasa Cornish mengalami kepupusan tetapi Garlia Welsh dan Breton merupakan bahasa Celtic yang masih dipertahankan dan digunakan oleh nasionalis sebagai bahasa ibunda dalam gerakan yang besar untuk mencapai kemerdekaan.
Kepelbagaian bahasa di dunia ini serta kebanyakan bahasa ini berkecenderungan berubah mengikut masa telah menghasilkan suatu keperluan terhadap bahasa lingua franca. Ia merupakan bahasa yang akan digunakan dalam sistem perdagagan dan komunikasai umum di antara orang yang bercakap dalam pelbagai bahasa dirinya.
Setengah bahasa ini telah mengalami evolusi secara semulajadi selanjutnya telah diterima oleh orang ramai sebagai sebahagian dari bahasa dirinya sendiri.

Semenjak Perang Dunia Kedua Bahasa Inggeris telah menggantikan Bahasa Perancis sebagai bahasa yang paling sesuai untuk lingua franca sedunia. Sebegitu juga Amerika Selatan, Bahasa Sepanyol banyak dipertuturkan bersama dengan bahasa Pertugis di Brazil.sementara itu Bahasa English dan Perancis sesuai digunakan dalam persidangan, perjanjian walaupun bahasa ini telah dipertuturkan dengan luasnya ditempat yang jauh dari negara asalnya, namun kebayakan rakyat masih menghadapi masalah bahasa dan kekal sebagai satu halangan yang serius untuk bekomunikasi dengan mereka yang tinggal di kawasan berlainan.
Secara lebih luas lagi, bahasa sesuatu sifat yang jelas dan penuh dengan perasaan negara. Seperti yang kita ketahui banyak negara berusaha untuk membentuk keindividuan kebangsaan dengan melalui beberapa langkah tertentu untuk menggambarkan bahasa mereka adalah lebih unggul dari negara-negara jiranya.
Perkara ini tidak terlepas dalam situasi dalam negara kita. Setiap negeri dalam Malaysia contohnya, mempunyai cara pertuturan bahasa yang berlainan. Keadaan ini amat jelas sekali setiap negeri mempunyai persatuan atau kelab anak negeri di institusi pengajian tinggi.
Dalam banyak negara yang besar dan mempunyai multi lingua satu atau 2 bahasa biasanya mencapai tahap dominan. Samada bahasa itu digunakan oleh sekumpulan besar penduduk disebabkan bahasa ini merupakan bahasa golongan elit yang diperintah. Negara seperti Maxico, Yogoslavia, Afrika selatan, China dan Russia merupakan sebahagian negeri multi lingua yang jelas di dunia.
Ada beberap negara contohnya Norway dan Braitain kumpulan sosial telah dikenali melalui bahasa pertuturan serta bahasa kebangsaan yang digunakan. Di Negera lain pula bahasa pertuturan dalam wilayah mengklasifikasikan penduduk dan kadang-kadang menghadkan penglibtan mereka dalam politik.
Dalam dunia sekarang terdapat sedikit nation state. Kebanyakan negara mempunyai dua atau tiga pelbagai budaya dan kumpulan etnik. Ia tidak hanya wujud dalam negara besar sahaja seperti Russia dan China yang mempunyai pelbagai budaya dan masyarakat, tetapi banyak negara yang kecil seperti Mauritius Fiji, dan Trinidad .
Pada taun 1978, " Rumah Putih " telah menerbitkan satu salinan bagi 91 kelompok etnik yang minoriti di dunia yang mana telah dituduh semakin lenyap penentuan diri di empat buah negara dalam setiap benua di bumi ini.
Kepelbagaian budaya dan bahasa telah menjadi elemen yang jelas dalam kekacauan politik hampir seluruh negara. Di kebanyakan negara, timbul permusuhan yang pahit seperti di Cyprus, Labnon dan Sudan. Dalam kebanyakan hal, perbezaan etnik ditekan oleh nasionalis atau kerajaan yang zalim. Keharmonian jarang tercapai manakala ketegangan persengketaan dalam kaum tersebut jelas kelihatan.
Kita mungkin melihat situasi pada masa kini, perpecahan kaun lebih diakibtkan oleh unsur-unsur bangsa, agama, bahasa, suku kaum dan budaya yang berlainan. Peranan orang poltik mestilah mengimbahgi perkara ini kerana kalau perkara ini berterusan ianya boleh membawa kepada pertukaran kerajaan dan rakyat sentiasa teretekan dalam situasi ini.
Peranan bahasa amat luas sekali, dalam pencapaian dasar kerajaan terutama di kawasan luas bandar, penduduk ingin bahasa yang mudah difahami dan tidak berbelit-belit Tetapi kadang kala bahasa diputar belit bagi memastikan orang politik mencapai tujuan dan manupulasi keadaan yang sebenar. Perkara ini sudah pasti akan menjadikan rakyat sebagai mangsa keeadaan


kesilapan bahasa yang kita lemparkan kepada rakyat akan mendorong rakyat akan memberi tanggapan yang salah yang akhirnya akan mewujudkan persengketan yang jelas walaupun kita duduk dalam satu negara. Kesilapan yang kita lakukan boleh membawa kemusnahan kepada kerajaan dan untuk membentuk semuka kerajaan yang baru mungkin mengambil beratus-ratus tahun utnuk stabil.


Kita bernasib baik apabila pihak penjajah tidak melenyapkan bahasa Melayu di muka bumi ini. Walaupun ada percubaan untuk menghapuskan bahasa Melayu namum ianya tidak berjaya kerana keunikan sendiri bahasa Melayu yang ada. Kebangagan ini perlu ada dalam diri pemimpin dan kita perlu sedar " Bahasa Menggambarkan Bangsa " . Selagi ada bahasa selagi itu ada bangsa dalam sesebuah negara.