ESPN's Bottom Line Widget

CIPTALAH SEJARAH YANG TERBAIK UNTUK GENERASI KITA / JANGAN BIARKAN KITA TERSUNGKUR DI BUMI SENDIRI

bX-2nw74

Sunday, June 20, 2010

Masalah Perpaduan

ikhlas
Zahari Bin Lorong

------------------------------------------------------------------------------------
klik
suara rakyat kunak  / kunak press / kunakians
radio online  /  radio bugis

             Malaysia memperlihatkan suatu bentuk masyarakat yang berbilang kaum di mana konsep masyarakat yang demikian dinamakan sebagai  ' masyarakat majmuk '. Jesteru itu, kita tidak lari daripada masalah perpaduan dan ia boleh dikaji daripada beberapa aspek iaitu sosial, ekonomi, dan politik. Kaun Melayu, Cina India dan bumiputra di Sabah dan Serawak mempunyai corak dan cara budaya yang berbeza.

            Masyarakat Malaysia terdiri daripada berbagai-bagai kaum yang mempuyai sejarah dan latar belakang yang berbeza dan kadang-kala ia bertentangan di antara satu sama yang lain.  Oleh kerana tiada satu konteks kebudayaan yang khusus, telah menjadikan tiap-tiap anggota masyarakat tidak memahami sepenuhnya kebudayaan masyarakat yang lain.  Masing-masing sentiasa menganggap kebudayaan dan tradisi merekalah yang terbaik, mulia dan teragung, manakala budaya bangsa lain semuanya tidak sesuai bagi mereka dan amat bertentangan.

            Prangsagka adalah satu konsep yang bersifat psikologi. ia adalah sikap dan fikiran yang tidak dapat diubah oleh faktor objektif. Bagi negara kita pransangka tidak dapat dielakkan kerana gangguan beberapa faktor persekitaran dan kepentingan pihak tertentu.  Sebagai contohnya pransangka boleh wujud apabila  apabila kekayaan negara tidak dapat dibahagi sama rata atau seimbang mengikut komposisi kaum yang menjadi rakyat pada negara tersebut.  

            Keadaan ekonomi yang tidak seimbang inilah yang akan menguatkan lagi pransangka antara kaum yang juga bertindak sebagai penghalang bagi usaha dan rancangan yang bertujuan menyatukan masyarakat.

            Satu lagi masalah-masalah yang selalu timbul dalam masyarakat  berbilang kaum ini ialah amalan diskriminasi, pilih kasih dan membeza-bezakan.  Jika diskriminasi ini dibiarkan  berlaku dengan meluas dan sewenang-wenangnya dalam bidang sosial, ekonomi dan politik, maka ia akan mendatangkan masalah besar pada negara dan masyarakat amnya. Ia bukan saja menghalang Integrasi Nasional tetapi juga akan meruntuhkan asas-asas integrasi yang telah dibina oleh pejuang kemerdekaan kita.  

            Selain dari struktur sosio-ekonomi masalah perpaduan juga wujud dalam bidang politik.  Politik perkauman amat menghalang perpaduan. Setiap parti politik memperjuangkan kaum mereka masing-masing dan ini sudah pasti sekiranya parti tersebut tidak mengamalkan sikap  toleransi sudah pasti negara akan ke arah kehancuran.  Sebagai contohnya parti-parti politik di Malaysia UMNO, MCA dan MIC pada teorinya berbilang bangsa dan parti ini wujud atas asas perkauman mereka dan sudah pasti perjuangan mereka/parti adalah untuk kebajikan kaum  parti masing-masing. 

           Agihan pembangunan antara negeri, bandar, desa yang tidak seimbangan boleh juga mendatangkan ketidakpuasan hati dalam masyarakat kita.  Contohnya yang terdekat, apabila pemimpin hanya mengutamakan kawasan-kawasan yang menyokong mereka semasa pilihanraya yang menjadi keutamaan  apabila pemimpin tersebut  menang dalam pilihanraya. Kawasan yang tidak menyokong akan ketinggalan  dan peruntukan pembangunan yang diterima mungkin sedikit dan tidak mencukupi berbanding kawasan yang menyokong pemimpin parti tersebut.            

             Salah satu langkah untuk mengatasi masalah ini kerajaan telah memperkenalkan Dasar Kebudayaan Kebangsaan.  Sebenarnya dasar ini telah dirangka sejak 1957 lagi dan pada masa itu dikenal sebagai Kongres Kebudayaan Melayu. 3 perinsip dasar kebudayaan kebangsaan telah ditetapkan pada tahun 1971 iaitu :

  •  Kebudayaan Kebangsaan malaysia hendaklah berteraskan kebudayaan rakyat asal rantau ini.
  • Unsur kebudayaan lain yang sesuai dan wajar boleh diterima menjadi unsur kebudayaan kebangsaan.
  • Islam merupakan unsur penting dalam pembentukan kebudayaan kebangsaan itu.

            Dalam rangka ini, tiga matlamat penting Dasar Kebudayaan yang ingin dicapai ialah :

  1.   mengukuhkan perpaduan bangsa dan negara.
  2.   memupuk dan memlihara keperibadian kebangsaan dan
  3.   memperkaya dan mempertingkatkan kualiti kehidupan kemanusiaa dan kerohanian yang seimbang dengan perkembangan sosio-ekonomi.
            Konsep kebudayaan kebangsaan yang diinginkan ini adalah merupakan kesinambungan sejarah  dan tradisi bangsa peribumi dan di samping itu memberi ruang dan penyerapan tradisi-tradisi imigran yang baru.  Konsep ini adalah penjelmaan dari jiwa serta semangat perlembangaan Tanah Melayu sendiri.  Menerima Raja Melayu sebagai Yang Di Pertuan Agong dengan sendirinya  menerima kesinambungan sejarah dan tradisi juga hak-hak Melayu sebelumnya. 

            Indentiti nasional kita yang ingin diwujudkan perlulah berbeza dengan indentiti negara-negara lain.  Kebudayaan pribumi Melayu yang satu-satunya unik di malaysia dan di dunia  dengan sendirinya harus dijadikan teras kepada kebudayaan kebangsaan.  Di samping itu, unsur-unsur kebudayaan imigran  di Malaysia telah pun dipersetujui untuk diintegrasikan kepada teras yang ditetapkan dan dipersetujui bersama.  Harapan perdana menteri kita Datuk Seri Najib konsep satu Malaysia akan menyuburkan perpaduan dan kebudayaan di bawa satu acuan Malaysia serta di kongsi bersama.

             
           

1 comment:

  1. sekarang nampak jelas dalam parti Umno pun ada yg berpuak-puak dan punya kelompok sendiri

    ReplyDelete

Islamic Widget

TV / RADIO ONLIE