ESPN's Bottom Line Widget

CIPTALAH SEJARAH YANG TERBAIK UNTUK GENERASI KITA / JANGAN BIARKAN KITA TERSUNGKUR DI BUMI SENDIRI

bX-2nw74

Wednesday, July 7, 2010

PERPADUAN MELALUI PENDIDIKAN

IKHLAS
daeng zahari lorong
-------------------------------------------------------------------------------------
Klik


             Perpaduan dan persefahaman dalam masyarakat berbilang kaum di Malaysia boleh dicapai melalui sistem pendidikan.  Pendidikan telah diberi peranan  untuk mewujudkan perpaduan kaum  iaitu sejak mula dasar pelajaran digubal.  Dalam Laporan Razak tahun 1956, telah dinyatakan  bahawa tujuan dasar pelajaran Negara ialah untuk menyatupadukan murid-murid dan semua kumpulan etnik ke dalam satu sistem pelajaran yang sama dengan menggunakan bahasa penghantar yang sama iaitu Bahasa Malaysia.
 
           Dasar Pelajaran Kebangsaan ini telah termaktub dalam akta  pelajaran 1961.  Akta ini berasaskan dua dokumen penting iaitu penyata Razak 1956  dan Laporan Rahman Talib tahun 1960.  Antara aspek-aspek penting yang ditekankan  dalam kedua-dua dokumen ini ialah unsur perpaduan rakyat.  Di samping itu, isu-isu yang penting dalam akta 1961 ialah :
  1. Menyatakan atau mengadakan satu  kurikulum untuk semua sekolah yang berbagai aliran.
  2. Bahasa Melayu  atau Bahasa Malaysia digunakan sepenuhnya di semua peringkat sekolah   hingga ke peringkat pengajian tinggi.
  3. Menggunakan satu kurikulum bagi mewujudkan perpaduan masyarakat Malaysia yang pelbagai kaum. 
           
             Implikasi dari dasar ini, degan merujuk penggunaan satu bahasa penghantar, Malaysia berharap akan dapat menghasilkan/melahirkan genarasi satu bangsa yang bersatu dan terjalin erat.  Bahasa Malaysia diharap menjadi asas perpaduan rakyat, saluran yang jelas untuk pernyataan fikiran dan perasaan yang bersifat Malaysia.

             Untuk mencapai matlamat pendidikan ini, beberapa langkah lain telah diambil seperti :
  • memperkenalkan kurikulum yang sama kepada semua sekolah.
  • mengadakan peperiksaan yang sama kepada semua sekolah.
  • mewajibkan pengajaran Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris di semua sekolah.
  • memperkenalkan jadual waktu yang sama.
  • menetapkan pakaian seragam kepada murid-murid rendah dan menengah.

             Usaha memupuk perpaduan dan persefahaman ini juga cuba disalurkan melalui kurikulum dan kokurikulum di sekolah-sekolah.  Pada tahun 1982, satu perubahan telah dibuat pada kurikulum sekolah  rendah dengan menekankan aspek kemahiran 3M ( membaca. menulis, mengira ) disamping menitikberatkan pendidikan kerohanian dan disiplin yang dikehendaki.

             Bertepatan dengan perkembangan pendidikan secara global, kurikulum sekolah menengah sedang dibuat kajian dan akan disesuaikan  perkembangan tuntutan semasa supaya pindaan yang dibuat dapat membantu mempercepatkan pencapaian matlamat pendidikan.  Sebagai contohnya cadangan pemansuhan peperiksaan UPSR dan PMR akan memberi kesan pada pendidikan kita.  Perubahan sistem pendidikan  sekolah menengah secara tidak langsung Kementerian Pendidikan akan mengkaji pula sistem pendidikan yang sedang berjalan di institusi-institusi pengajian tinggi  yang ada sekarang.


           
             Selain dari perubahan-perubahan kurikulum perubahan kokurikulum juga perlu ditegaskan dalam     pembentukan perpaduan bangsa.  Pelajar-pelajar digalakkan supaya lebih banyak melibatkan diri dalam sukan, olahraga, pasukan beruniform, perasatuan yang ditawarkan di sekolah-sekolah. 

             Pendidikan bukan sahaja dapat membantu mengurangkan masalah perkauman  tetapi juga memperkayakan Bahasa Malaysia sebagai bahasa ilmu yang lengkap dan bahasa ilmiah.  Usaha-usaha ini bukan sahaja akan dapat meletakkan taraf  Bahasa Malaysia di tempat yang sewajarnya, tetapi akan membantu orang ramai mempunyai keyakinan yang lebih besar terhadap sistem Pendidikan Negara.  Dengan kata lain situasi ini dapat mengurangkan bilangan pelajar-pelajar yang mencari pendidikan di luar negara.

            Selain daripada memperkayakan Bahasa Malaysia, usaha-usaha yang tegas perlu diambil  untuk menggalakkan penggunaan bahasa ini di semua peringkat dalam semua penghidupan masyarakat.  Dengan penggunaan yang meluas oleh masyarakat, Bahasa Malaysia akan terus berkembang sebagai bahasa perantaraan yang sempurna dan dapat dibanggakan.

              Andaian daripada dasar pendidikan negara ialah kerelaaan semua pihak untuk melaksanakan dasar ini.  Keadaan ini telah direalisasikan  oleh Universiti Malaya bila semua senat Universiti Malaya membuat keputusan tentang syarat bahasa bagi pengajaran beberapa kursus kesusateraan di fakulti Sastera.  Keputusan ini membenarkan beberapa kursus kesusasteraan di ajar dalam bahasa asalnya ( Inggeris, Sanskrit, Cina Tamil dan sebagainya ) kepada pelajar-pelajar bukan mengkhusus pengajian ( major) dalam bidang tersebut tetapi di ajarkan dalam  Bahasa Malaysia kepada pelajar lain dalam fakulti yang hanya mengikuti kursus itu sebagai satu matapelajaran pilihan.  Keputusan ini adalah bertujuan untuk mendedahkan karya-karya kesusasteraan tersebut kepada para pelajar dengan seluas-luasnya melalaui bahasa penghantar yang lebih luas digunakan.

             Pada umumnya punca masalah perpaduan berkait rapat dengan dasar ekonomi dan politik semasa.  Peluang untuk mengurangkan masalah perpaduan di negara kita dapat dikurangkan dengan memberi sokongan tanpa berbelah bagi melalui pendidikan.  Semua lapisan masyarakat perlu membantu dan memberi pandangan kepada Kementerian Pendidikan untuk memperbaiki sistem yang sedia ada.

            Sekiranya dapat diwujudkan satu sistem persekolahan yang tidak mengasingkan  pelajar mengikut bahasa dan etnik.  Bahasa Malaysia dijadikan bahasa penghantar kepada semua peringkat sekolah tetapi hak dan kemudahan untuk matapelajaran dan  memperkembangkan bahasa dan kebudayaan kumpulan-kumpulan etnik lain mestilah dijamin dan diberi perhatian yang sewajarnya.


            Persamaan peluang mendapatkan pendidikan dan peluang melanjutkan pelajaran perlu diperluaskan kepada semua rakyat khususnya rakyat di kawasan luar bandar.  Langkah-langkah perlu diambil untuk menambahkan bilangan pelajar yang berjaya sampai ke peringkat yang lebih tinggi. Kita perlu ada identiti kurikulum dan kebudayaan sendiri. Apabila identiti kita terbentuk mantap sudah pastinya negara kita akan menjadi rujukan dalam proses pembentukan perpaduan dari  negara luar. Sistem pendidikan yang sering berubah dan acuan dari luar serta pentas politik yang tidak stabil boleh menganggu gugat proses perpaduan di negara kita.
                              

             


      

No comments:

Islamic Widget

TV / RADIO ONLIE

Your IP and Google Map location

Mini Putt