ESPN's Bottom Line Widget

CIPTALAH SEJARAH YANG TERBAIK UNTUK GENERASI KITA / JANGAN BIARKAN KITA TERSUNGKUR DI BUMI SENDIRI

bX-2nw74

Tuesday, December 21, 2010

BARISAN NASIONAL PERLU PERJUANGAN ATAU PERUBAHAN

     Tiba masanya Barisan Nasional akan cuba membuat sesuatu perubahan dalam sistem politik. Kita akui pada awalnya  parti-parti yang besar seperti UMNO, MIC dan MCA dalam kempen atau menerangkan polisi parti lebih berbentuk perjuangan kepada bangsa Masing- masing parti akan memperjuangan bangsa agar mereka tidak terpinggir dalam arus  perkembangan politik,ekonomi dan sosial.

     Secara umumnya parti-parti yang wujud lebih bersikap perkauman yang memperjuangkan bangsa mengikut parti mereka. Kita bersyukur di bawah Barisan Nasional parti ini dapat berkerjasama  dan saling membantu untuk membentuk kerajaan. Apatah lagi 1 Malaysia sudah cukup bagi kita  ke arah perpaduan bangsa yang ingin kita capai.

      Perjuangan sudah lama bermain dalam fikiran kita, baik dalam pilihanraya atau ucapan para pemimpin kita. Pada awalnya perjuangan  merupakan fokus utama dalam parti komponen Barisan. Perjuangan perlu pergorbanan untuk mendapatkan sesuatu dalam  erti kata kemerdekaan.

    Sekarang semua rakyat sudah mendapat kemerdekaan dan telah pun menikmati  hasil perjuangan.Semua kejayaan ini adalah sikap toleransi kaum yang ada di negara kita yang dirancang oleh pemimpin kita.

     Adakah kita lupa? bahawa  masa perjuangan  sudah berlalu dan yang pasti rakyat kini dahagakan perubahan. Perubahan perlu dilakukan dalam semua aspek, baik dalam politik, pentadbiran negara atau daerah. Empat penyakit     (       keadaan selesa, khayal, jumud, tidak mahu menerima pandangan  )  yang masih menghantui para pemimpin kita yang amat sukar dibuang. Semoga pilihanraya ke-13 , penyakit yang ada pada para pemimpin seperti ini tidak lagi berada dalam Barisan Nasional.

     Perubahan mesti dilakukan " Ditelan mati anak dibuang mati emak". Setiap kali menjelang musim pilihanraya apa yang ditekankan oleh pemimpin  kita ialah perubahan bukannya perjuangan. Biarlah kali ini mereka yang terpilih menjadi wakil rakyat akan memulakan iklim politik yang mengutamakan perubahan dalam semua aspek.  Sistem yang diguna pakai sejak merdeka perlu ada perubahan dan perubahan itu mestilah memberi menafaat kepada rakyat.

     Tanpa perjuangan tiada perubahan, tanpa perubahan tiada kemajuan. Untuk setanding dengan negara maju kita perlukan perubahan. Jangan sampai selepas 20 tahun negara kita jauh lebih mundur dari negara jiran kerana asyik memikirkan perjuangan.



Laksamana Jebat: GAJI GURU NAIK, KAKITANGAN LAIN?

Laksamana Jebat: GAJI GURU NAIK, KAKITANGAN LAIN?: "Tawaran Istimewa Pembangkang Hanya Pembohongan Tagih Undi PUTRAJAYA, 21 Dis – Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin meminta r..."

Video Lucu Bush | Blognya Jose

Video Lucu  Bush | Blognya Jose

Sunday, December 12, 2010

KETUANAN MELAYU - MELAYU LUPA IDENTITI

       Sejak zaman Kesultanan Melaka lagi orang Melayu sanggup berjuang menentang penjajah bagi memertabatkan bangsa dan Tanah Melayu. Perjuangan tanpa henti, penjajah selih berganti, suasana politik bergolak, komunis dan Jepun dengan keganasan, begitu hebat sekali sehinggalah kita mencapai kemerdekaan.

      Berapa ramai pejuang tanah air yang gugur dan sanggup berkorban bagi menyelamatkan Tanah Melayu. Setiap hari bermandikan peluh dan setiap hari ubi menjadi makanan utama, dan semua ini demi Tanah  Melayu.

      Beribu tahun kita menanti kemerdekaan, akhirnya tercapai. Nenek moyang kita mengharapkan agar Tanah Melayu terus dipelihara agar anak cucuk mereka akan menikmati sepenuhnya apa erti kemerdekaan. 

    Demi perjuangan politik dan kepentingan individu, ketuanan Melayu sudah menjadi permainan dan tidak lagi dihormati .  Kita sendiri yang merosakkan ketunan Melayu, yang akhirnya mereka yang duduk diluar menjadi batu api untuk kita terus tenggelam dan tiada lagi bangsa Melayu yang perlu dibanggakan.

      Kita yang dilahirkan sebagai bangsa Melayu,  keturunan Melayu sanggup mempertikaikan ketuanan Melayu, sanggup menghina bangsa sendiri, sanggup menjual marwah bangsa sendiri. Kalau beginilah bangsa Melayu yang ada pada masa kini, bagaimana dengan generasi kita pada masa hadapan.

    Perlukah ketuanan melayu dipolitikan?.  Politik ianya berkaitan dengan ideologi seseorang /pertubuhan  dan kenapakah ketuanan melayu perlu dicampur adukkan dengan politik?

      Sebagai Bangsa Melayu kita perlu berbangga kerana dilahirkan dalam kalangan orang melayu. Melayu adalah emak,bapa, nenek dan moyang kita.     

      Sebagai pemimpin yang berkelibar dan mempunyai aura yang menarik, kesempatan inilah kita gunakan untuk menjadi contoh yang baik kepada  generasi kita. Jangan kelirukan generasi kita untuk kepentingan peribadi "  marahkan nyamuk kelambu dibakar"

    Sayang seribu kali sayang, ilmu yang ada disalahgunakan dan disalurkan ditempat yang tidak sepatutnya. Semua pemimpin yang ada walaupun berlainan politik sudah maklum tentang ketuana Melayu. Kita tidak melarang bangsa-bangsa lain untuk meneruskan ketuanan bangsa mereka dalam pelbagai aspek termasuk politik,ekonomi dan sosial. 

    Siapa lagi yang perlu bangkit untuk memperjuangkan bangsa melayu, siapa  yang akan membantu kita sekiranya bangsa dan ketuanan Melayu tidak lagi bersatu. Hancur bangsa Melayu maka hilanglah bangsa melayu dalam identiti yang sebenarnya.




    

Friday, December 10, 2010

KAMPUNG GETAH CIPTA SEJARAH - BANJIR MELANDA

     Kunak-Sejak Kampung Getah wujud inilah kali pertama  kampung ini dilanda banjir yang dahsyat. Kejadian ini berlaku pada 8/12/2010 pada tengah malam lebih kurang pukul 11 malam.  Menurut En. Dahlan Anano ( Pengerusi JKK Kampung Getah ) kejadian banjir ini di luar jangkaan  kerana pada masa kejadian itu air yang naik lebih kurang 3 kaki setengah. Lebih kurang 25 rumah terlibat dalam kejadian banjir ini.

       Menurut beliau, kejadian banjir itu berpunca dari Sungai Langgas yang sumbat dan dan dasar sungai yang cetek. Bagi mengatasi masalah ini, perparitan yang sempurna yang  perlu dibina sepanjang 400 meter bermula dari kedai Sian  Ho ke sungai utama yang berhampiran dengan rumah Hj.Jadil.

      En. Dahlan, mengharapkan agar pihak perancangan daerah yang terlibat akan memberi perhatian tentang masalah ini. Kejadian pertama ini memberi amaran kepada penduduk kampung Getah kerana ada kemungkinan banjir kedua akan berlaku lagi.

AZLI SHUKRI TODAY: Keris Kita Masih Bersarung?

AZLI SHUKRI TODAY: Keris Kita Masih Bersarung?: "Cuba di pagi Jumaat yang mulia ini kita renungi sebentar sebuah rencana menarik, tulisan Norali Nordin, Penolong Setiausaha Gagasan Melayu P..."

" KERIS ORANG MELAYU ABAD INI "

Wednesday, December 8, 2010

RAKYAT MALAYSIA SUKA MELENTING - KURANG JATI DIRI


    Saya tidak terkejut apabila ramai pemimpin  dan bembela masyarakat melenting apabila harga barang naik pada bulan lalu.  Setiap kali harga barang naik, mereka inilah yang terus tidak berpuas hati dan melenting untuk menyatakan ketidakpuasan hati dengan tindakan kerajaan.

     Kenaikan harga barang bersifat global dan amat dipengaruhi oleh iklim ekonomi sedunia. Tidak semestinya kenaikan harga barang ini, kita menganggap kerajaan kejam, tidak bertimbangrasa kepada rakyat, tidak mendahulukan kehendak rakyat atau menindas rakyat. Kita lupa bahawa kerajaan yang sedia ada sedaya upaya mencari jalan untuk menyelesaikan masalah ini. Kita hanya pandai berkokok saja tanpa memberi kerjasama untuk mengatasi masalah ini.  Seolah-olah peluang ini dinanti-nantikan untuk menjadi pembela kepada rakyat.

      Mereka yang dikatakan pembela rakyat kebanyakan tinggal di bandar dengan bermandikan kemewahan dan asyik memikirkan keadaan rakyat di kampung pada waktu-waktu tertentu sahaja. Kalau di lihat dari mata kasar, para pemimpin lebih banyak bercerita tentang kesusahan rakyat dalam masa yang sama mereka tinggal di bandar  dari turun padang untuk melihat keadaan sebenar keadaan rakyat.

     Apabila ada isu yang tidak sesuai dengan kehendak parti, ideologi dan pendapat mereka, yang jadi mangsanya ialah rakyat. Mereka sudah pasti akan mengaitkan isu ini dengan rakyat yang berada di kampung atau rakyat yang kurang kefahaman tentang iklim ekonomi dan kecetekan politik.

      Kita tidak nampak pun pemimpin  yang mempunyai  kereta mewah akan menaiki motorsikal atau menggunakan bas awam untuk ke tempat kerja atau ke majlis-majlis formal setelah harga barang/minyak naik.  Tetapi kita tidak perlu terkejut yang mereka inilah sebenarnya yang dikatakan sentiasa membela nasib rakyat di kampung. Belum ada lagi rakyat Malaysia  yang mati  kebuluran atau tidak boleh ke tempat kerja jika harga barang naik.

      Manusia yang normal akan mencari penyelesaian bagi semua masalah yang timbul. Pendekatan secara santun dan beradab serta bermuafakat  menjadi pilihan bagi rakyat yang mempunyai jati diri yang tinggi.
     
      Bagi rakyat di kampung, mereka sudah terdidik dengan jati diri yang kuat dan tinggi. Mereka masih boleh berdikari walaupun tanpa bantuan dari pihak kerajaan. Sebagai contohnya, kalau harga gula naik mereka akan menggunakan gula merah buatan sendiri untuk keperluan harian. Bagi pemimpin pula, jati diri yang suka melenting apa yang mereka boleh  lakukan kalau harga barang naik?. Mereka akan tetap  menggunakan kesempatan ini sebagai ruang untuk menonjolkan diri sebagai pembela rakyat.

      Kita seharusnya bersyukur yang kerajaan selama ini terlalu banyak memberi sabsidi bagi barang-barang keperluan kepada rakyat. Bantuan-bantuan kerajaan yang disumbangkan  kepada rakyat  tidak persoalkan. Apa yang dipersoalkan ialah  isu-isu kecil diperbesarkan bagi menggelirukan rakyat. Bersyukurlah lebih banyak sumbangan telah diberikan kepada rakyat oleh kerajaan yang sedia ada daripada  mereka yang suka melenting di luar sana. Mereka hanya pandai melenting, sumbangan belum pasti dapat diberikan kepada rakyat. Lebih banyak bercakap daripada menghulurkan bantuan.

     Jika kita mempunyai jati diri yang tinggi, kita akan sentiasa berusaha dari masa ke semasa untuk mempertingkatkan kedudukan ekonomi kita. Kita boleh membuat dua kerja dalam seminggu untuk menambahkan pendapatan keluarga.

      Harga barang tetap akan naik. Usaha kita untuk berhadapan dengan masalah ini bagaimana pula? Adakah kita kana melenting pada tahun hadapan apabila harga barang akan naik. Tindakaan yang bijak dan proaktif mesti ada. Kita kena kreatif dalam kehidupan untuk terus maju. Pandangan yang negatif perlu dielakkan. Carilah, dengarlah pandangan  dan sokongalah pejuang dan pembela rakyat yang sebenar.
       

      

Monday, December 6, 2010

BARISAN NASIONAL PERLUKAN KEMANTAPAN KEPIMPINAN

         Dalam dunia politik perubahan adalah fokus dan agenda utama samada untuk rakyat atau negara.  Konvensyen Barisan Nasional pada 4 November, penuh bermakna bagi pemimpin yang dapat menghayati ucapan perdana menteri.  Persoalannya adakah selepas konvensyen ini, para pejuang dan pendekar rakyat akan merialisasikan apa yang telah dipersetujui bersama.

     Dato'Seri Najib begitu yakin semasa memberi ucapan dihadapan pemimpin dan parti komponen Barisan Nsional. Semua rakyat akar umbi akan menunggu tindakan susulan daripada pemimpin yang hadir pada konvensyen tersebut. Kita akan lihat sejauh mana perubahan itu dapat dimiliki bersama.

    Apa yang menarik sekali dalam ucapan Dato' Seri adalah tentang 4 perkara  negatif yang diharapkan tidak terus berlaku dalam pucuk kepimpinan Barisan Nasional. Bagi pandangan saya 4 perkara ini sepatutnya telah dilakukan sebelum pilihanraya dahulu atau dengan kata lain ianya sudah diambil tindakan 10 tahun yang lalu.  SEMOGA para pemimpin pada masa depan akan meninggalkan perkara negatif ini.

       Pertama, ada dalam kalangan pemimpin yang sudah memenangi pilihanraya di buai mimpi seperti lagu D'lyod. Mereka berkhayal dan lamunan yang tiada hentinya. Rakyat yang menunggu harapan yang menggunung akhirnya tertidur menunggu perubahan pembangunan. Ucapan dan janji pada rakyat bukan lagi di alam nyata tetapi lebih bersikap seperti 'menunggu kucing bertanduk'.

         Kedua, amat sesuai bagi para pemimpin  senior dalam politik. Mereka yang memegang jawatan sebagai Yang Berhormat terutamanya 2 penggal akhirnya mereka berada dalam zon selesa.  Keadaan ini berlaku apabila kawasan yang mereka menangi amat sukar digugat oleh parti-parti lain. Bagi mereka rakyat tetap akan memilih parti yang diwakilinya.

      Sebab itu kita sering terdenganr pemimpin tidak lagi banyak melakukan banyak perubahan atau kurang sudah mendampingi masyarakat.  Kekuatan motivasi dalaman sudah kurang. Zon selesa ini seperti 'arnab berlumba dengan kura-kura'.

     Ketiga para pemimpin tidak mau berubah. Kita boleh andaikan penggunaan mesin taip masih lagi sesuai untuk mereka  daripada menggunakan komputer untuk komunikasi mereka.  Tidak mau  berubah ianya amat berkaitan dengnan sikap. Sekiranya parti menggunakan pendekatan ini sudah pasti kita berlari menggunakan stim enjim daripada menggunakan tenaga elektrik.

     Kekangan memang berlaku sebab mereka yang berada dalam lingkungan ini mempunyai persahabatan yang kuat dalam kalangan parti. ' Hendak di buang kawan tidak dibuang jadi lawan '
    
      Keempat, tidak mau atau sukar menerima pandangan orang lain. Sudah menjadi lumrah manusia, mereka yang berkuasa apa pun tindakan mereka adalah benar. Ini kadang-kadang terjadi apabila genarasi muda bertembung idea dengan genarasi senior.  Para pemimpin senior mempunyai pegagan sendiri seperti orang tua kita, apabila mereka kata A, maka A tidak boleh berubah.

       Akhirnya terjadilah desakan generasi muda untuk mengeluarkan buah fikiran bagi mencuba idea mereka digunakan.

      Sekiranya perkara ini kita ambil ikhtibar dan digunakan dalam kepimpinan, insyaalah segalanya akan berubah ke arah positif dan rakyat tidak lagi sangsi dengan kemampuan  kita sebagai PEWARIS kepimpinan pada masa hadapan.








Friday, December 3, 2010

BENARKAH CALON DIPILIH OLEH KETUA PARTI


       Pilihanraya semangkin hampir dan pilihan calon bagi kawasan ADUN bagaimana pula?  Saya sempat menerima pendapat seorang yang mengatakan calon ADUN adalah pilihan puncuk kepimpinan parti  bukanya pilihan rakyat. Pendapat ini ada kebenaran berdasarkan sejarah calon yang dipilih dalam pilihanraya.

    Hampir semua calon ADUN pada masa kini  adalah pilihan pihak pemimpin tertinggi parti  sama ada peringkat bahagian atau negeri.  Sudah jelas ADUN yang terpilih mempunyai rangkaian yang baik dengan ketua parti.

      Amat jarang sekali kita dapati ADUN yang ada adalah pilihan rakyat. Semua adalah pilihan pucuk kepimpinan parti. Walau bagaimanapun atas kesetiaan RAKYAT pada parti seseorang sanggup menerima calon pilihan parti yang akhirnya mendapat kemenagan. Undian perdasarkan parti bukannya ADUN yang dilantik oleh parti.

     Mungkin salah satu sebab ramai ADUN tidak berkerja keras setelah memenangi pilihanraya ADALAH disebabkan oleh masalah ini. Mereka berkerja untuk  ketua parti  bukannya untuk rakyat.  Bagai mereka/ADUN perhubungan yang baik dengan ketua parti memberi ruang kepada mereka untuk dipilih dalam pilihanraya seterusnya. Rakyat bagi mereka adalah penyokong saja untuk kemenangan parti.

     Sebab itu kita dapati ramai ADUN sentiasa menghampiri  ketua parti dalam mana-mana majlis  atau lawatan kerja ketua parti. Perkara ini memang baik, tetapi ADUN  terlupa rakyat yang mengundi pada masa pilihanraya. Kawasan sendiri terabai dan jarang dilawatai.

      Ada kawasan yang hanya dilawati setahun sekali oleh ADUN yang dilantik. Masalah rakyat terpinggir dan bagi ADUN hubungan yang intim dengan ketua parti perlu diutamakan. ' KETUA PARTI DIUTAMAKAN RAKYAT  DIKEMUDIANKAN '






Sunday, November 28, 2010

SRK MOSTYN - DALAM INGATAN DAN PENUH KEJAYAAN

"   Tempat Jatuh lagikan dikenang,  inikan pula tempat bermain " Sekolah Rendah Kebangsaan Mostyn yang terletak dalam ladang Sime Darby,Kunak yang dulunya dimiliki oleh syarikat Mostyn yang beribu pejabat di London. Teringat pula nak menulis cerita sedikit tentang kenangan dan ingatan tentang sekolah ini.

        Saya mengucapkan terima kasih kepada En.Samad Pengembong yang merupakan bekas pelajar tahun 60an yang telah memberikan gambar di atas. Gambar kenangan ini diambil bersama Guru Besar Mrs.Nerry pada masa itu dan  yang kini masih menetap di Kunak dan merupakan tokoh guru 2010.

       Ada beberapa tempat yang menarik berhampiran dengan sekolah ini dan kini sudah hilang akibat penanaman kelapa sawit dan pembangunan di ladang Sime Darby.

      Berhampiran dengan sekolah SRK Mostyn lebih kurang 200 meter bersebelahan dengan jalan v terdapat sebuah bangunan yang dibina oleh pihak Jepun. Bangunan kayu tersebut digunakan sebagai  panggung wayang.Setiap hujung minggu  Jabatan Penerangan atau Pihak Mostyn akan mengadakan tayangan wayang percuma di panggung tersebut.

      Panggung Wayang ini bukan sekadar panggung wayang sahaja, kerana dia dilengkapi dengan hospital Jepun ketika itu.  Dalam panggung ini pula terdapat sebuah bilik khas dan bersambung dengan lubang yang tidak pasti ke mana arahnya. Bagi saya panggung ini penuh misteri dan nilai sejarah dan kini sudah tiada dan digantikan pokok jati oleh pengusaha ladang ketika itu.

     Di belakang sekolah ini pula yang terletak sebuah bukit batu dan kita boleh melihat pekan dan laut apabila kita berada di puncak bukit ini.  Pada masa  itu bukit tersebut diliputi hutan dan terdapat banyak pokok buah-buah hutan seperti buah mata kucing dan maritam.

      Mengikut cerita orang tua-tua bukit tersebut digunakan oleh orang Jepun untuk menahan dan menyeksa pekerja yang tidak mengikut arahan tentera Jepun ketika itu. Namun kini bukit batu tersebut sudah ditarah dan semakin hilang ketinggiannya akibat pembangunan jalanraya di kawasan ladang.

      Kawasan Mostyn ketika itu merupakan milik tentera Jepun dan ditanami dengan pokok abaka. Banyak nilai sejarah yang boleh diperolehi di kawasan ini sekiranya ada pihak-pihak tertentu ingin membuat kajian tentang kesan peninggalan tentera Jepun.

      
      Selain itu berhampiran dengan sekolah ini juga terdapat sebuah gereja. Kawasan gereja tersebut dipenuhi dengan bunga-bungaan. Kawasan persekitaran gereja ini merupakan  tempat kami selalu bermain  sementara menunggu peralihan sesi persekolahan. Gereja ini pun sudah tiada.
    
     Ada satu lagi pokok yang dikatakan ditanam oleh pihak Jepun. Pokok ini terletak ditengah-tengah  pusingan bulat jalanraya di ladang Sime Darby. Pusingan ini mempunyai lebih daripada  8 simpang. Pusingan bulat ini merupakan pusingan bulat yang pertama di Daerah Kunak

      Kini ramai pelajar yang pernah bersekolah di Mostyn telah berjaya dalam pelajaran dan kini memegang jawatan tinggi di sektor awam dan swasta.

     

     

Thursday, November 25, 2010

PILIHANRAYA SARAWAK - BN BERSEDIA MANTAP

         Angin semakin kencang, ribut semakin hampir dan hujan yang turun tidak boleh dihalang lagi. Desas  desus pilihanraya Sarawak yang menjadi tanda tanya akhirnya terjawab apabila Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Abdul Taib Mahmud menyatakan pilihanraya Sarawak tidak lama lagi dan mungkin diadakan pada bulan Julai tahun depan. Berdasarkan tarikh tersebut pilihanraya mungkin berlaku pada Mac-April 2011.

     Beliau menyatakan telah mendapat 'inspirasi' setelah kembali dari Mekah untuk membubarkan Dewan Undangan Negeri  dan mengadakan pilihanraya Sarawak.

      Sudah pasti pilihanraya pada kali ini akan menjanjikan saingan yang sengit terutama dari PKR yang sudah bertapak di Sarawak.
 
      Sarawak mempunyai 71 kerusi Dewan Undangan Negeri, 62 daripadanya dikuasai oleh Barisan Nasional.

         Dalam masa yang sama Pengerusi Barisan Nasional,  Dato’ Seri Mohd. Najib Tun Abdul Razak telah memutuskan, tarikh konvensyen Barisan Nasional yang dijadualkan berlangsung pada 27 dan 28 November 2010 ditangguhkan kepada 4 dan 5 Disember 2010, ujar Setiausaha Agung BN, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor.

      Penangguhan ini dibuat bagi menghormati kematian Tun  Dr. Lim Chong Eu yang meninggal  pada  24 November di rumah kediamannya di Tanjung Bungah,Pulau Pinang.

    Kesempatan ini memberi ruang dan masa  para pemimpin dan ahli-ahli kompenan Barisan Nasional akan  memberi penghormatan kepada mendiang.

Konvensyen  ini  dijangkakan akan disertai seramai 2,100 perwakilan yang akan membincangkan mengenai 1Malaysia, ekonomi, pembangunan, pendidikan, kebajikan dan kedaulatan undang-undang.

   




Monday, November 22, 2010

BN PARTI INKLUSIF DAN TERBUKA

        Sikap terbuka perdana menteri Datuk Seri Najib membawa lembaran baru kepada Parti Barisan Nasional apabila parti BN membuka keanggotaan Bersekutu dan keanggotaan Bergabung. Pendekatan ini akan memberi ruang seluas-luasnya pada pertubuhan politik, persatuan dan pertubuhan bukan kerajaan boleh memohon menjadi anggota.

       Mereka yang menyertai BN boleh berkongsi perinsip, konsep dan dasar perjuangan dalam membincangkan hala tuju dasar dan perancangan kerajaan.  Tindakan ini mungkin sudah sampai masanya mereka yang selama ini ingin menyalurkan pandangan dan buah fikiran akan mempunyai saluran yang tepat untuk dibincangkan secara bersama.

       Mana-mana pertubuhan yang tidak berpuas hati dengan pendekatan BN, boleh berbincang secara terbuka atau secara kekeluargaan apabila mesyuarat BN diadakan. Secara tidak langsung ianya akan mengurangkan demontrasi jalanan, bantahan secara melulu dan ketidakpuasan hati secara berterusan. Peluang ini boleh dianggap sebagai satu pendekatan kolektif oleh semua pihak samada pihak BN atau keanggotaan bersekutu dan keanggiotaan bergabung.

      Ketulusan PM kita untuk membawa perubahan politik dan minda jelas dan tidak berselindung apabila BN meminda perlembagaanya dengan kedua-dua keanggotaan bersekutu dan bergabung.

      Dalam masa yang sama, Najib berkata pindaan perlembagaan itu juga melibatkan penubuhan Kelab Sahabat BN yang membuka  peluang kepada  sesiapa  yang mahu menjadi sahabat  dan   rakan  kepada BN. Selain itu, Kelab Rakan Muda BN juga akan diwujudkan dengan kumpulan sasaran adalah mereka yang berumur antara 18 dan 21 tahun yang ingin  menyokong dan menghayati perjuangan parti tetapi belum menjadi pengundi.

    Dewan tertinggi BN juga membincangkan kejayaan BN dalam pilihanraya di Galas dan Batu Sapi. Kejayaan berganda membuktikan dasar dan perinsip BN sudah diterima oleh rakyat apatah lagi sokongan rakyat dalam kedua-dua pilihanraya tersebut meningkat.








Friday, November 5, 2010

KEMENANGAN BN DI GALAS & BATU SAPI PERMULAAN YANG BAIK

         Kemenangan BN di Galas dan Batu Sapi sudah menunjuukan kekuatan BN sudah berada di landasan yang betul. Para penganalisis politik menjangkakan BN akan kalah di Galas atas isu  calon dan Batu Sapi dikaitkan dengan " Sabah Untuk Sabah ". Kedua-dua isu ini dapat ditangani dengan baik oleh jentera BN yang akhirnya mendapat kejayaan berganda.

      Apa yang menarik perhatian saya dalam kedua-dua pilihanraya ialah penglibatan golongan muda sudah diambil perhatian pandangan mereka. Mereka tidak lagi diketepikan dalam arus pergolakan politik. Saya penuh yakin jika  golongan ini terus diberi perhatian dan saya menjangkakan BN akan menang besar dalam pilihanraya ke-13.
     Kerjasama dalam parti BN sudah terbukti kukuh dan nampak jelas bahawa  perpecahan dalam BN sudah dapat diatasi. Isu perpecahan dalam BN bukan lagi menjadi isu utama dalam kempen parti-parti PKR dan PAS. Ini mungkin jentera BN sudah menyedari bahawa mereka perlu memperbaiki masalah dalaman sebelum datang ke Galas dan batu Sapi sebagai jentera yang kukuh.

        Keyakinan rakyat di bawah pimpinan Dato' Seri Najib sudah dapat diterima semenjak PM memperkenalkan Satu Malaysia.  Kesungguhan PM membawa peubahan kepada kepimpinan negara sudah dapat diterima oleh semua kaum. PM yang penuh berwawasan dan berfokus merupakan satu tunggak kepada kemenangan BN dalam pilihanraya ke-13 nanti. 

       Saya mengucapkan tahniah kepada semua jentera BN yang bekerja tanpa mengira masa di Galas dan Batu  Sapi yang akhirnya membawa kejayaan berganda.Setiap ada pertandingan mesti ada pemenangnya.

      Kelab Penyokong Maya UMNO menyatakan ada 4 faktor yang membawa kejayaan BN dalam pilihanraya ini dan " Ramuan  Kemenangan BN  Sudah dijumpai "

      



  

Monday, November 1, 2010

SEJARAH MELAYU - NUSANTARA

( gambar hiasan )

Penghijrahan manusia purba masuk ke wilayah Nusantara terjadi antara 100,000 - 160,000 tahun yang lalu sebagai sebahagian penghijrahan "keluar dari Afrika". Selanjutnya, kira-kira Abad ke-20 SM, 2000 SM, penghijrahan besar-besaran masuk ke Kepulauan Nusantara dilakukan oleh ras Austronesia dari Yunnan dan mereka menjadi nenek moyang2500 SM dan 1500 SM. kepada suku-suku di wilayah Nusantara barat. Mereka datang dalam dua gelombang, iaitu sekitar tahun

Bangsa nenek moyang ini telah memiliki peradaban yang cukup baik. Mereka faham akan cara bertani yang lebih baik, ilmu pelayaran bahkan astronomi. Mereka juga sudah memiliki sistem tata pemerintahan sederhana serta memiliki pemimpin (raja kecil). Ketibaan pendatang-pendatang dari India pada abad-abad akhir sebelum masihi memperkenalkan sistem tata pemerintahan yang lebih maju (kerajaan) kepada mereka, dengan Dewawarman merupakan orang pertama yang memperkenalkan model tata pemerintahan yang lebih maju itu. Dewawarman juga melanjutkan dan memajukan wilayah kekuasaan di bawah Aki Tirem.


( SEJARAH NUSANTARA )
(MIGRASI MANUSIA )
( SEJARAH PENYEBARAN ORANG MELAYU )

Tuesday, October 5, 2010

PERPADUAN KAUM TRANSFORMASI 1 MALAYSIA


       
Datuk Osman Hj.Jamal
( Presiden Persatuan Kebajikan Bugis Sabah )





   Tawau - Persatuan Kebajikan Bugis Sabah telah mengganjurkan sambutan hari raya di Stadium Tawau yang dihadiri lebih kurang 1200 ahli PKBS  dan beberapa jemputan khas dari suku kaum yang terdapat di daerah Tawau. Datuk Osman dalam ucapannya memaklumkan Hari Raya terbuka juga akan diadakan di Daerah Lahad Datu dan Sandakan dalam masa yang terdekat.

    Presiden PKBS Datuk Osman Hj.Jamal dalam ucapannya telah memberi tema khas dalam majlis tersebut iaitu " Perpaduan Kaum Transformasi Satu Malaysia". Datuk Osman Jamal menyeruh agar masyarakat bugis  agar mengekalkan  dan  mengeratkan silatulrahim dengan suku kaun yang terdapat  di daerah Tawau.  Menurut Datuk, tanpa  perpaduan  kaum yang erat amat mustahil 1 Malaysia dapat dijayakan.

       Datuk Osman Hj.Jamal juga telah menyarankan agar tiga perkara yang perlu diambil kira  dalam merialisasikan 1 Malaysia iaitu ilmu, agama dan ekonomi.  Tanpa ilmu yang cukup amat mustahil 1 Malaysia dapat dihayati dan dijayakan pada masa akan datang. Ilmu yang digunakan ditempat yang sebenarnya secara tidak langsung akan mempercepatkan hajat Dato' Sri Najib melihat 1 Malaysia dapat diterima oleh semua kaum yang terdapat dalam negara kita. Adalah diharapkan agar belanjawan ke-10 nanti, lebih menfokuskan pada kemajuan pendidikan.


        Tanpa pendidikan yang baik, saluran untuk menjelaskan 1 Malaysia akan menjadi kekangan dan penyebarannya tidak berjalan dengan lancar.

        Semua agama yang terdapat di negara kita menghendakkan perpaduan, toleransi dan berkerjasama agar tidak wujud konflik agama yang akhirnya boleh merosakkan asas perpaduan yang telah dibina sejak merdeka lagi.  Kita tidak mahu melihat negara kita akan bergolak akibat tidak ada persefahaman dan perselisihan  agama sesama sendiri. Datuk Osman mengajak masyarakat bugis khasnya bersama-sama menghayati betapa pentingnya agama sebagai satu landasan dan saluran dalam mengeratkan perpaduan kaum.


         Datuk juga menyatakan hasrat satu Malaysia mestilah seiring dengan kemajuan ekonomi. Ekonomi yang baik sudah semestinya prejudis kaum akan dapat dielakkan. Masyarakat Bugis perlu berkerja kuat dan terus berusaha dari masa ke semasa agar mereka tidak terpinggir dalam arus perdana yang semakin laju. 

        En.Dolar Yakin (  Penolong Pegawai Persekitaran, Pejabat  Kesihatan Daerah Kunak ) mencadangkan agar majlis seumpama ini mesitlah diteruskan dan diadakan setiap tahun. Dengan adanya majlis seumpama ini, kawan-kawan yang berlainan daerah dapat bertemu dan bertanyakan khabar.

      

Friday, October 1, 2010

BENARKAH GENERASI MUDA TIDAK MINAT BERPOLITIK - PART 1



ikhlas
zahari lorong


          " Melentur buluh biarlah dari rebungnya ". Perkataan  ini amat sesuai digunakan untuk  generasi kita agar mereka minat dalam arena politik. Ada yang mengatakan  hampir 70 peratus generasi muda tidak minat dalam poltik.  Adakah ini satu kebenaran atau ada faktor lain yang menyebabkan generasi muda begitu daif tentang perkembangan politik?

          Jika ditinjau daripada perkembangan politik semasa dalam negara kita,  amat  rancak sekali terutamnya selepas pilihanraya ke-12.  Pembangkan / parti anternatif hampir menguasai perlimen sehingga suasana dewan rakyat begitu rancak apabila bersidang yang akhirnya tiada keputusan dapat diambil.


Generasi muda bakal pewaris kepimpinan
         Ada dalam kalangan generasi muda tidak minat dalam perkara ini setelah mengambil kira suasana politik yang begitu keliru bagi mereka.  Bermula dari janji masa pilihanraya sehingga pilihanraya seterusnya,  isunya hampir sama  iaitu memberi perkhidmatan yang terbaik bagi kawasan ADUN mereka. bagi ADUN yang dapat menunaikan janji semasa pilihanraya  sudah mendapat merit daripada rakyat dan bagaimana pula dengan ADUN yang banyak melemparkan janjinya sehingga tidak tertunai?

        Bagi generasi muda yang mempunyai bakat yang dapat  digilap dari awal lagi.  Mereka tidak di bawah bersama untuk menyumbangkan idea dalam menentukan corak pembangunan dalam daerah tersebut. Mereka disisihkan dan akhirnya bakat mereka terkubur begitu saja.

        Mungkin keadaan politik itu sendiri,  saingan adalah musuh yang utama dalam politik.  Ini biasanya berlaku, mereka yang berminat dalam politik dan difikirkan akan memberi saingan perlu dijantas awal-awal lagi untuk mengukuhkan kedudukan mereka.
       
         " BERILAH PELUANG PADA GOLONGAN MUDA KERANA MEREKA BOLEH BERLARI BERIBU BATU "  Ungkapan ini merujuk pada kekuatan generasi muda daripada beberapa aspek.  Saya yakin generasi yang mempunyai pendidikan yang baik boleh mengubah corak pembangunan dan suasana dalam deerah tersebut.  Sumbangan mereka boleh pergi jauh dan pengalaman awal perlu didedahkan agar mereka berada dalam landasan yang betul.

          Saya yakin corak politik pada masa hadapan  akan berubah  tertamanya dari aspek penerimaan politik dalam kalangan rakyat.  Politik tidak lagi bersifat mencari kelemahan parti secara berterusan tetapi alangkah baiknya ianya bersifat sementera.  ADUN yang menang boleh bersama-sama dengan parti pembangkang untuk duduk semeja bagi membincangkan isu yang sama ( pembangunan ). Tidak ada lagi perbezaan kedai kopi, masjid dan sebagainya bagi parti-parti yang bertanding. 

         Sebenarnya ramai generasi muda pada masa sekarang bercerita perkembangan politik semasa. Apa yang merisaukan,  mereka disajikan dengan keadaan politik yang mempunyai tafsiran yang berbeza.   Perlu diingat generasi sekarang inginkan perubahan dan mereka cuba mencipta sejarah.  Peluang untuk bertanding dalam pilihanraya semakin terbuka kerana ilmu tentang politik semakin dapat difahami. Mereka tidak lagi mahu dikonkong dalam parti mana yang perlu diikuti. Tekanan daripada pihak orang tertentu bukan jadi penghalang untuk golongan muda untuk meneruskan perjuangan dalam berpolitik. Alhamdulillah mereka sudah maju setapak dan kita kena akur bahawa peranan mereka tidak perlu disisihkan.

                   Jika ditinjau golongan senior / orang lama yang terlibat dalam poltik tidak bertambah dengan kata lain orang yang sama. Isu yang dibincangkan sama saja berdasarkan pengalaman  dan jawatan-jawatan yang pernah  mereka pegang dalam politik. Walau bagaimanapun orang kata " berpolitik bermula dari kedai kopi "

        Tapi perlu diingat peranan kedai kopi sudah berkurangan dalam mempengaruhi corak poltik dan aliran pengundi.  Kemajuan ICT contohnya melalui SMS, Internet dan penulisan blog adalah cara yang paling mudah untuk mendapatkan kepercayaan dalam pilihanraya.  Keadaan ini tidak dapat dielakkan dan contoh yang terdekat PKR yang menang banyak kawasan dalam pilihanraya ke-12  banyak dipengeruhi oleh kecanggihan ICT.

          Kita tidak perlu lagi membuang masa bercerita isu yang sama dikedai kopi. Generasi sekarang perlu mengetahui isu-isu semasa yang lebih pantas dan tidak perlu menoleh kebelakang lagi. 

         Generasi muda perlu juga diingat, mereka merupakan golongan pengundi yang banyak dalam mana-mana kawasan pilihanraya. Mereka golongan yang aktif masa kempen pilihanraya dan turun mengundi, jangan sampai seperti " Empangan Yang Pecah " akhirnya baru kita membuat persediaan.

        Apa yang jelas sekali apabila berlaku pemilihan dalam parti sudah semestinya konsperasi seirang dengan permainan calon.  Rangkaian dalam parti mesti ada untuk mengukuhkan kedudukan. Kadang-kadang kita tidak mahu menerima kekalahan secara terbuka yang akhirnya membawa kekecohan, pergaduhan semasa berlakunya pertandingan dalam parti.



       
  

       

         

      
         
       

Wednesday, September 29, 2010

SAMBUTAN HARI RAYA PERDANA - SMK KUNAK

    
                                                                 
ikhlas
zahari lorong



SAMBUTAH HARI RAYA PERDANA / SEMBAHYANG HAJAT PELAJAR TINGKATAN 3/
MOTIVASI PELAJAR YANG MENDUDUKI PEPERIKSAAN AWAM PMR, SPM, STPM


Tarikh : 24 Sepember 2011
Masa  : 7.30am - 12.00 Tengahari
Hari    : Jumaat

Tetamu Khas

01. YB Datuk Nilwan Kabang ( ADUN N.51 Kunak )
02. YB.EN.HJ.Salleh Kalbi ( MP.188 Silam )
03. EN.Zamri Pehakam ( Pegawai Pendidikan daerah )
04  En.Masnon Maswan  ( Pengetua SMK Madai )
05  En.Nor Aslam Mano ( Pengetua SMK Kunak Jaya )
05 En.Rahim Wahab ( Pengerusi PIBG SMK Kunak )

Tetamu

Ibu Bapa pelajar

Persatuan Yang menyediakan Hidangan Hari Raya

01. Kedet Polis
02. Kadet Bomba
03  ST.Jhon
04. Bulan Sabit Merah
05. Pandu Putri
06. Putri Islam      
07. Persatuan Pencaragam
08. Pengakap
09.  Kedet Remaja Sekolah
10.  Pertahanan Awam


Pengarah Projek    : En. Ali Hussin ( Penolong Kanan Ko-Kurikulum )
                               Pn.Norsima Simon ( Kaunselor )
                               Ust. Syakir Zokeri( Ketua Panitia Pendidikan Islam )

Setiuasaha : Norfadhilah Muda ( Setiausaha Ko-Kurikulum )


 
En.Zahari Lorong ( Penolong Kanan Pentadbiran )
        SMK Kunak - pada tahun ini seramai 261 pelajar akan menduduki peperiksaan PMR,   237 pelajar SPM dan 56 pelajar STPM. Pihak sekolah mengharapkan agar para pelajar yang menduduki peperiksaan awam pada tahun ini akan berkerja keras dan berusaha bersungguh-sungguh agar pelajar mendapat keputusan yang cemerlang.  Pihak guru sentiasa berkerja keras bagi memastikan para pelajar mendapat pendidikan yang sepenuhnya semasa berada di sekolah.

     Kejayaaan para pelajar bukan sahaja bergantung  di bahu para pendidik. Ianya juga perlu sokongan yang padu daripada ibu pada.  Ibu bapa sudah semestinya memastikan anak mereka menggunakan masa yang terluang untuk belajar.  Ibu bapa perlu memantau anak mereka terutamanya pada hari-hari cuti sekolah atau di sebelah malam. Tanpa bantuan dan sokongan ibu bapa perkembangan pendidikan anak mereka tidak  ada kesenambungan. Semoga ibu  bapa tahu dimanakah letaknya peranan mereka dalam membantu pihak sekolah untuk peningkatan kurikulum anak mereka.

        Kepada anak-anak didik saya semoga pada tahun ini keputusan peperiksaan awam akan meningkat dan kejayaaan SMK Kunak dapat dikekalkan.  Saya penuh yakin pada tahun ini ramai pelajar yang akan mendapat keputusan yang cemerlang berdasarkan post-moterm peperiksaan yang telah dilakukan di sekolah.

        Akhir kata semoga para guru, ibu bapa dan pelajar sama-sama berjuang dan bangun untuk meneruskan tradisi kecemerlangan SMK Kunak. Selamat hari Raya, Maaf zahir dan Batin.



Ucapan motivasi oleh YB.En.Salleh Hj.Kalbi ( MP.188-Silam )

YB  memberi ucapan motivasi pada pelajar yang akan menduduki PMR/SPM/SP tahun 2010

Bacaan doa oleh adik  Sarifuddin Mapiasse

Kata alu-aluan oleh En.Thangavellu Subramaniam
Pengetua Cemerlang SMK Kunak



Tandatan Buku Lawatan Oleh YB.Datuk Nilwan Kabang ( berdiri di belakang : En.Zamri Pehakan-Pegawai Pendidikan Daerah / En.Thangavellu Subramaniam-Pengetua Cemerlang / En.Zahari Lorong- Penolong Kanan Pentadbiran / En.Mustari Mad.Said-Penolong Kanan Tingkatan 6 )
                              
                                                 
Cendera kenangan kepada YB

YB.Hj. Salleh Hj.Kalbi menandatangani buku lawatan di bilik Pengetu  bersama En.Zamri Pehakam Pegawai Pendidikan Daerah Kunak dan En.Thangavellu Subramaniam ( Pengetua Cemerlang SMK Kunak )

                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                             


Pelajar
 Kelab Kompang Asrama SMK Kunak









































































Pelajar mohon restu bersama ibu bapa





Cikgu Low See Hon -Ketua Bidang Sains dan Matematik
Cikgu Teoh - Penyelaras Projek Emas


Cikgu Rabaya ( Guru Data )

Ustazah Balqis, Noor Aziah, Ustz.Azizah dan Ustz Haslinda

Cikgu Ramli ( Ketua Panitia Geografi )


Cikgu Norazurah ( Warden Aspuri )

Pn.Rabaya, Pn.Ismayun ,Pn Sauna dan Pn.Maimunah ( Ketua Kerani )

Ust.Syakir Zokeri  ( Ketua Panitia Pendidikan Islam ) dan
 Al-Faizal - Penerima Anugerah Pakaian Tercantik

Pn.Rabaya, Cik Nahria, Cik Nor Azizah dan Cik Norsiah
Cikgu Julani-Berbaju Kuning ( Guru Sukan )

Cik.Rasnah Radji ( PK.HEM)

Adik menerima hadiah ( Aimei Syahirah -Pakaian Tercantik )


Kek PBSM

Guru sedang menyediakan jamuan bersama pelajar

Gaspar Gabra- Pengawas
Cendera Kenangan kepadaYB
Pelajar Tingkatan 6

  
Cik.Norsiah (Mantan PK.KOKUM -hakim khas penilaian kelab/persatuan)
 Cik Norfadilah Muda ( Setiausaha Khas KOKUM )



En.Thangavellu Subramaniam bersama Cikgu Engku Kangon ( PK.Petang )

Cik.Ashwini, Cik Nor azirah dan Cik Samsuriani

Para tetamu khas bersama YB

Ibu Bapa bersama pelajar


En.Zamri Pehakam ( Pegawai Pendidikan Daerah
bersama En.Masnon Maswan (Pengetua SMK Madai )





Islamic Widget

TV / RADIO ONLIE