ESPN's Bottom Line Widget

CIPTALAH SEJARAH YANG TERBAIK UNTUK GENERASI KITA / JANGAN BIARKAN KITA TERSUNGKUR DI BUMI SENDIRI

bX-2nw74

Sunday, November 28, 2010

SRK MOSTYN - DALAM INGATAN DAN PENUH KEJAYAAN

"   Tempat Jatuh lagikan dikenang,  inikan pula tempat bermain " Sekolah Rendah Kebangsaan Mostyn yang terletak dalam ladang Sime Darby,Kunak yang dulunya dimiliki oleh syarikat Mostyn yang beribu pejabat di London. Teringat pula nak menulis cerita sedikit tentang kenangan dan ingatan tentang sekolah ini.

        Saya mengucapkan terima kasih kepada En.Samad Pengembong yang merupakan bekas pelajar tahun 60an yang telah memberikan gambar di atas. Gambar kenangan ini diambil bersama Guru Besar Mrs.Nerry pada masa itu dan  yang kini masih menetap di Kunak dan merupakan tokoh guru 2010.

       Ada beberapa tempat yang menarik berhampiran dengan sekolah ini dan kini sudah hilang akibat penanaman kelapa sawit dan pembangunan di ladang Sime Darby.

      Berhampiran dengan sekolah SRK Mostyn lebih kurang 200 meter bersebelahan dengan jalan v terdapat sebuah bangunan yang dibina oleh pihak Jepun. Bangunan kayu tersebut digunakan sebagai  panggung wayang.Setiap hujung minggu  Jabatan Penerangan atau Pihak Mostyn akan mengadakan tayangan wayang percuma di panggung tersebut.

      Panggung Wayang ini bukan sekadar panggung wayang sahaja, kerana dia dilengkapi dengan hospital Jepun ketika itu.  Dalam panggung ini pula terdapat sebuah bilik khas dan bersambung dengan lubang yang tidak pasti ke mana arahnya. Bagi saya panggung ini penuh misteri dan nilai sejarah dan kini sudah tiada dan digantikan pokok jati oleh pengusaha ladang ketika itu.

     Di belakang sekolah ini pula yang terletak sebuah bukit batu dan kita boleh melihat pekan dan laut apabila kita berada di puncak bukit ini.  Pada masa  itu bukit tersebut diliputi hutan dan terdapat banyak pokok buah-buah hutan seperti buah mata kucing dan maritam.

      Mengikut cerita orang tua-tua bukit tersebut digunakan oleh orang Jepun untuk menahan dan menyeksa pekerja yang tidak mengikut arahan tentera Jepun ketika itu. Namun kini bukit batu tersebut sudah ditarah dan semakin hilang ketinggiannya akibat pembangunan jalanraya di kawasan ladang.

      Kawasan Mostyn ketika itu merupakan milik tentera Jepun dan ditanami dengan pokok abaka. Banyak nilai sejarah yang boleh diperolehi di kawasan ini sekiranya ada pihak-pihak tertentu ingin membuat kajian tentang kesan peninggalan tentera Jepun.

      
      Selain itu berhampiran dengan sekolah ini juga terdapat sebuah gereja. Kawasan gereja tersebut dipenuhi dengan bunga-bungaan. Kawasan persekitaran gereja ini merupakan  tempat kami selalu bermain  sementara menunggu peralihan sesi persekolahan. Gereja ini pun sudah tiada.
    
     Ada satu lagi pokok yang dikatakan ditanam oleh pihak Jepun. Pokok ini terletak ditengah-tengah  pusingan bulat jalanraya di ladang Sime Darby. Pusingan ini mempunyai lebih daripada  8 simpang. Pusingan bulat ini merupakan pusingan bulat yang pertama di Daerah Kunak

      Kini ramai pelajar yang pernah bersekolah di Mostyn telah berjaya dalam pelajaran dan kini memegang jawatan tinggi di sektor awam dan swasta.

     

     

Thursday, November 25, 2010

PILIHANRAYA SARAWAK - BN BERSEDIA MANTAP

         Angin semakin kencang, ribut semakin hampir dan hujan yang turun tidak boleh dihalang lagi. Desas  desus pilihanraya Sarawak yang menjadi tanda tanya akhirnya terjawab apabila Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Abdul Taib Mahmud menyatakan pilihanraya Sarawak tidak lama lagi dan mungkin diadakan pada bulan Julai tahun depan. Berdasarkan tarikh tersebut pilihanraya mungkin berlaku pada Mac-April 2011.

     Beliau menyatakan telah mendapat 'inspirasi' setelah kembali dari Mekah untuk membubarkan Dewan Undangan Negeri  dan mengadakan pilihanraya Sarawak.

      Sudah pasti pilihanraya pada kali ini akan menjanjikan saingan yang sengit terutama dari PKR yang sudah bertapak di Sarawak.
 
      Sarawak mempunyai 71 kerusi Dewan Undangan Negeri, 62 daripadanya dikuasai oleh Barisan Nasional.

         Dalam masa yang sama Pengerusi Barisan Nasional,  Dato’ Seri Mohd. Najib Tun Abdul Razak telah memutuskan, tarikh konvensyen Barisan Nasional yang dijadualkan berlangsung pada 27 dan 28 November 2010 ditangguhkan kepada 4 dan 5 Disember 2010, ujar Setiausaha Agung BN, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor.

      Penangguhan ini dibuat bagi menghormati kematian Tun  Dr. Lim Chong Eu yang meninggal  pada  24 November di rumah kediamannya di Tanjung Bungah,Pulau Pinang.

    Kesempatan ini memberi ruang dan masa  para pemimpin dan ahli-ahli kompenan Barisan Nasional akan  memberi penghormatan kepada mendiang.

Konvensyen  ini  dijangkakan akan disertai seramai 2,100 perwakilan yang akan membincangkan mengenai 1Malaysia, ekonomi, pembangunan, pendidikan, kebajikan dan kedaulatan undang-undang.

   




Monday, November 22, 2010

BN PARTI INKLUSIF DAN TERBUKA

        Sikap terbuka perdana menteri Datuk Seri Najib membawa lembaran baru kepada Parti Barisan Nasional apabila parti BN membuka keanggotaan Bersekutu dan keanggotaan Bergabung. Pendekatan ini akan memberi ruang seluas-luasnya pada pertubuhan politik, persatuan dan pertubuhan bukan kerajaan boleh memohon menjadi anggota.

       Mereka yang menyertai BN boleh berkongsi perinsip, konsep dan dasar perjuangan dalam membincangkan hala tuju dasar dan perancangan kerajaan.  Tindakan ini mungkin sudah sampai masanya mereka yang selama ini ingin menyalurkan pandangan dan buah fikiran akan mempunyai saluran yang tepat untuk dibincangkan secara bersama.

       Mana-mana pertubuhan yang tidak berpuas hati dengan pendekatan BN, boleh berbincang secara terbuka atau secara kekeluargaan apabila mesyuarat BN diadakan. Secara tidak langsung ianya akan mengurangkan demontrasi jalanan, bantahan secara melulu dan ketidakpuasan hati secara berterusan. Peluang ini boleh dianggap sebagai satu pendekatan kolektif oleh semua pihak samada pihak BN atau keanggotaan bersekutu dan keanggiotaan bergabung.

      Ketulusan PM kita untuk membawa perubahan politik dan minda jelas dan tidak berselindung apabila BN meminda perlembagaanya dengan kedua-dua keanggotaan bersekutu dan bergabung.

      Dalam masa yang sama, Najib berkata pindaan perlembagaan itu juga melibatkan penubuhan Kelab Sahabat BN yang membuka  peluang kepada  sesiapa  yang mahu menjadi sahabat  dan   rakan  kepada BN. Selain itu, Kelab Rakan Muda BN juga akan diwujudkan dengan kumpulan sasaran adalah mereka yang berumur antara 18 dan 21 tahun yang ingin  menyokong dan menghayati perjuangan parti tetapi belum menjadi pengundi.

    Dewan tertinggi BN juga membincangkan kejayaan BN dalam pilihanraya di Galas dan Batu Sapi. Kejayaan berganda membuktikan dasar dan perinsip BN sudah diterima oleh rakyat apatah lagi sokongan rakyat dalam kedua-dua pilihanraya tersebut meningkat.








Friday, November 5, 2010

KEMENANGAN BN DI GALAS & BATU SAPI PERMULAAN YANG BAIK

         Kemenangan BN di Galas dan Batu Sapi sudah menunjuukan kekuatan BN sudah berada di landasan yang betul. Para penganalisis politik menjangkakan BN akan kalah di Galas atas isu  calon dan Batu Sapi dikaitkan dengan " Sabah Untuk Sabah ". Kedua-dua isu ini dapat ditangani dengan baik oleh jentera BN yang akhirnya mendapat kejayaan berganda.

      Apa yang menarik perhatian saya dalam kedua-dua pilihanraya ialah penglibatan golongan muda sudah diambil perhatian pandangan mereka. Mereka tidak lagi diketepikan dalam arus pergolakan politik. Saya penuh yakin jika  golongan ini terus diberi perhatian dan saya menjangkakan BN akan menang besar dalam pilihanraya ke-13.
     Kerjasama dalam parti BN sudah terbukti kukuh dan nampak jelas bahawa  perpecahan dalam BN sudah dapat diatasi. Isu perpecahan dalam BN bukan lagi menjadi isu utama dalam kempen parti-parti PKR dan PAS. Ini mungkin jentera BN sudah menyedari bahawa mereka perlu memperbaiki masalah dalaman sebelum datang ke Galas dan batu Sapi sebagai jentera yang kukuh.

        Keyakinan rakyat di bawah pimpinan Dato' Seri Najib sudah dapat diterima semenjak PM memperkenalkan Satu Malaysia.  Kesungguhan PM membawa peubahan kepada kepimpinan negara sudah dapat diterima oleh semua kaum. PM yang penuh berwawasan dan berfokus merupakan satu tunggak kepada kemenangan BN dalam pilihanraya ke-13 nanti. 

       Saya mengucapkan tahniah kepada semua jentera BN yang bekerja tanpa mengira masa di Galas dan Batu  Sapi yang akhirnya membawa kejayaan berganda.Setiap ada pertandingan mesti ada pemenangnya.

      Kelab Penyokong Maya UMNO menyatakan ada 4 faktor yang membawa kejayaan BN dalam pilihanraya ini dan " Ramuan  Kemenangan BN  Sudah dijumpai "

      



  

Monday, November 1, 2010

SEJARAH MELAYU - NUSANTARA

( gambar hiasan )

Penghijrahan manusia purba masuk ke wilayah Nusantara terjadi antara 100,000 - 160,000 tahun yang lalu sebagai sebahagian penghijrahan "keluar dari Afrika". Selanjutnya, kira-kira Abad ke-20 SM, 2000 SM, penghijrahan besar-besaran masuk ke Kepulauan Nusantara dilakukan oleh ras Austronesia dari Yunnan dan mereka menjadi nenek moyang2500 SM dan 1500 SM. kepada suku-suku di wilayah Nusantara barat. Mereka datang dalam dua gelombang, iaitu sekitar tahun

Bangsa nenek moyang ini telah memiliki peradaban yang cukup baik. Mereka faham akan cara bertani yang lebih baik, ilmu pelayaran bahkan astronomi. Mereka juga sudah memiliki sistem tata pemerintahan sederhana serta memiliki pemimpin (raja kecil). Ketibaan pendatang-pendatang dari India pada abad-abad akhir sebelum masihi memperkenalkan sistem tata pemerintahan yang lebih maju (kerajaan) kepada mereka, dengan Dewawarman merupakan orang pertama yang memperkenalkan model tata pemerintahan yang lebih maju itu. Dewawarman juga melanjutkan dan memajukan wilayah kekuasaan di bawah Aki Tirem.


( SEJARAH NUSANTARA )
(MIGRASI MANUSIA )
( SEJARAH PENYEBARAN ORANG MELAYU )

Islamic Widget

TV / RADIO ONLIE