ESPN's Bottom Line Widget

CIPTALAH SEJARAH YANG TERBAIK UNTUK GENERASI KITA / JANGAN BIARKAN KITA TERSUNGKUR DI BUMI SENDIRI

bX-2nw74

Sunday, December 12, 2010

KETUANAN MELAYU - MELAYU LUPA IDENTITI

       Sejak zaman Kesultanan Melaka lagi orang Melayu sanggup berjuang menentang penjajah bagi memertabatkan bangsa dan Tanah Melayu. Perjuangan tanpa henti, penjajah selih berganti, suasana politik bergolak, komunis dan Jepun dengan keganasan, begitu hebat sekali sehinggalah kita mencapai kemerdekaan.

      Berapa ramai pejuang tanah air yang gugur dan sanggup berkorban bagi menyelamatkan Tanah Melayu. Setiap hari bermandikan peluh dan setiap hari ubi menjadi makanan utama, dan semua ini demi Tanah  Melayu.

      Beribu tahun kita menanti kemerdekaan, akhirnya tercapai. Nenek moyang kita mengharapkan agar Tanah Melayu terus dipelihara agar anak cucuk mereka akan menikmati sepenuhnya apa erti kemerdekaan. 

    Demi perjuangan politik dan kepentingan individu, ketuanan Melayu sudah menjadi permainan dan tidak lagi dihormati .  Kita sendiri yang merosakkan ketunan Melayu, yang akhirnya mereka yang duduk diluar menjadi batu api untuk kita terus tenggelam dan tiada lagi bangsa Melayu yang perlu dibanggakan.

      Kita yang dilahirkan sebagai bangsa Melayu,  keturunan Melayu sanggup mempertikaikan ketuanan Melayu, sanggup menghina bangsa sendiri, sanggup menjual marwah bangsa sendiri. Kalau beginilah bangsa Melayu yang ada pada masa kini, bagaimana dengan generasi kita pada masa hadapan.

    Perlukah ketuanan melayu dipolitikan?.  Politik ianya berkaitan dengan ideologi seseorang /pertubuhan  dan kenapakah ketuanan melayu perlu dicampur adukkan dengan politik?

      Sebagai Bangsa Melayu kita perlu berbangga kerana dilahirkan dalam kalangan orang melayu. Melayu adalah emak,bapa, nenek dan moyang kita.     

      Sebagai pemimpin yang berkelibar dan mempunyai aura yang menarik, kesempatan inilah kita gunakan untuk menjadi contoh yang baik kepada  generasi kita. Jangan kelirukan generasi kita untuk kepentingan peribadi "  marahkan nyamuk kelambu dibakar"

    Sayang seribu kali sayang, ilmu yang ada disalahgunakan dan disalurkan ditempat yang tidak sepatutnya. Semua pemimpin yang ada walaupun berlainan politik sudah maklum tentang ketuana Melayu. Kita tidak melarang bangsa-bangsa lain untuk meneruskan ketuanan bangsa mereka dalam pelbagai aspek termasuk politik,ekonomi dan sosial. 

    Siapa lagi yang perlu bangkit untuk memperjuangkan bangsa melayu, siapa  yang akan membantu kita sekiranya bangsa dan ketuanan Melayu tidak lagi bersatu. Hancur bangsa Melayu maka hilanglah bangsa melayu dalam identiti yang sebenarnya.




    

No comments:

Post a Comment

Islamic Widget

TV / RADIO ONLIE