Kunak-Sejak Kampung Getah wujud inilah kali pertama kampung ini dilanda banjir yang dahsyat. Kejadian ini berlaku pada 8/12/2010 pada tengah malam lebih kurang pukul 11 malam. Menurut En. Dahlan Anano ( Pengerusi JKK Kampung Getah ) kejadian banjir ini di luar jangkaan kerana pada masa kejadian itu air yang naik lebih kurang 3 kaki setengah. Lebih kurang 25 rumah terlibat dalam kejadian banjir ini.
Menurut beliau, kejadian banjir itu berpunca dari Sungai Langgas yang sumbat dan dan dasar sungai yang cetek. Bagi mengatasi masalah ini, perparitan yang sempurna yang perlu dibina sepanjang 400 meter bermula dari kedai Sian Ho ke sungai utama yang berhampiran dengan rumah Hj.Jadil.
En. Dahlan, mengharapkan agar pihak perancangan daerah yang terlibat akan memberi perhatian tentang masalah ini. Kejadian pertama ini memberi amaran kepada penduduk kampung Getah kerana ada kemungkinan banjir kedua akan berlaku lagi.
No comments:
Post a Comment