Datuk Osman Hj.Jamal ( Presiden Persatuan Kebajikan Bugis Sabah ) |
Presiden PKBS Datuk Osman Hj.Jamal dalam ucapannya telah memberi tema khas dalam majlis tersebut iaitu " Perpaduan Kaum Transformasi Satu Malaysia". Datuk Osman Jamal menyeruh agar masyarakat bugis agar mengekalkan dan mengeratkan silatulrahim dengan suku kaun yang terdapat di daerah Tawau. Menurut Datuk, tanpa perpaduan kaum yang erat amat mustahil 1 Malaysia dapat dijayakan.
Datuk Osman Hj.Jamal juga telah menyarankan agar tiga perkara yang perlu diambil kira dalam merialisasikan 1 Malaysia iaitu ilmu, agama dan ekonomi. Tanpa ilmu yang cukup amat mustahil 1 Malaysia dapat dihayati dan dijayakan pada masa akan datang. Ilmu yang digunakan ditempat yang sebenarnya secara tidak langsung akan mempercepatkan hajat Dato' Sri Najib melihat 1 Malaysia dapat diterima oleh semua kaum yang terdapat dalam negara kita. Adalah diharapkan agar belanjawan ke-10 nanti, lebih menfokuskan pada kemajuan pendidikan.
Tanpa pendidikan yang baik, saluran untuk menjelaskan 1 Malaysia akan menjadi kekangan dan penyebarannya tidak berjalan dengan lancar.
Semua agama yang terdapat di negara kita menghendakkan perpaduan, toleransi dan berkerjasama agar tidak wujud konflik agama yang akhirnya boleh merosakkan asas perpaduan yang telah dibina sejak merdeka lagi. Kita tidak mahu melihat negara kita akan bergolak akibat tidak ada persefahaman dan perselisihan agama sesama sendiri. Datuk Osman mengajak masyarakat bugis khasnya bersama-sama menghayati betapa pentingnya agama sebagai satu landasan dan saluran dalam mengeratkan perpaduan kaum.
Datuk juga menyatakan hasrat satu Malaysia mestilah seiring dengan kemajuan ekonomi. Ekonomi yang baik sudah semestinya prejudis kaum akan dapat dielakkan. Masyarakat Bugis perlu berkerja kuat dan terus berusaha dari masa ke semasa agar mereka tidak terpinggir dalam arus perdana yang semakin laju.
En.Dolar Yakin ( Penolong Pegawai Persekitaran, Pejabat Kesihatan Daerah Kunak ) mencadangkan agar majlis seumpama ini mesitlah diteruskan dan diadakan setiap tahun. Dengan adanya majlis seumpama ini, kawan-kawan yang berlainan daerah dapat bertemu dan bertanyakan khabar.
Salam,selamat berhari raya di Tawau Pak Dolar dan Pak Zahari. Pak Djapri, ada ikut ka?
ReplyDeletesama2...SABTU NE JANGAN LUPA ADA LAGI RAYA TERBUKA
ReplyDeleteAssalamualikum,
ReplyDeletePertama tama saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Pak Zahari Lorong karena memuatkan ucapan yang telah di sampaikan oleh Presiden PKBS Datuk Hj Osman Jamal sewaktu rumah terbuka Selamat Hari raya Aidil Fitri di Tawau baru baru nie. Isi ucapan yang telah diberikan oleh Presiden PKBS yang bertemakan "Perpaduan Kaum Transformasi Satu Malaysia" sangat bertepatan dengan agenda Nasional. Saya selaku anak melayu berketurunan Bugis di Kunak menyokong penuh ucapan Datuk Presiden.
Terima kasih andi....Sama-samalah kita menyokong 1 Malaysia yang disarankan oleh Perdana Menteri Kita. Kalau bukan kita siapa lagi.
ReplyDeleteMohon Cadangan dari ahli PKBS ( Perlukah PKBS melakukan perubahan struktur oraganisasi yang sedia ada. Sebagai contohnya timbalan presiden 3 orang, Naib 5 orang dan AJK Tertinggi 25-30 orang.
ReplyDelete