Gambar Hiasan |
Kesedaran betapa pentingnya mendaftar mengundi dalam kelangan rakyat Malaysia begitu merunsingkan. Setiap kali pilihanraya berlaku, golongan umur 40an ke atas yang berminat untuk menjalankan kewajipan. Belia yang layak untuk mengundi belum memainkan peranan penting dalam perkara ini.
Walaupun kempen sering dijalankan tetapi tahap kesedaran belum begitu memuaskan. Tanggungjawab untuk menentukan hala tuju negara secara demokrasi belum begitu berkesan.

Bagi pandangan saya, tidak lengkap menjadi seorang warganegara Malaysia sekiranya belum mendaftar sebagai pengundi. SPR perlu membuat satu tindakan yang tegas dalam perkara ini. Saya yakin jika semua rakyat Malaysia dapat melaksanakan tanggungjawab ini, maka gambaran demokrasi yang sebenarnya dapat dilakukan dalam pilihanraya dan penentuan kerajaan pada masa hadapan menjadi milik bersama.
Dalam perkara ini semua pihak perlu bersama-sama untuk menyelesaikan perkara ini. Bagi parti politik alangkah baiknya perkara ini menjadi satu agenda bersama bagi memastikan penyokong atau belia dapat dipandu untuk mendaftar sebagai pengundi. Jika kita melakukan tindakan yang drastik sudah pasti generasi akan datang akan lalai dan keliru untuk menentukan kerajaan.
No comments:
Post a Comment