ESPN's Bottom Line Widget

CIPTALAH SEJARAH YANG TERBAIK UNTUK GENERASI KITA / JANGAN BIARKAN KITA TERSUNGKUR DI BUMI SENDIRI

bX-2nw74

Wednesday, December 8, 2010

RAKYAT MALAYSIA SUKA MELENTING - KURANG JATI DIRI


    Saya tidak terkejut apabila ramai pemimpin  dan bembela masyarakat melenting apabila harga barang naik pada bulan lalu.  Setiap kali harga barang naik, mereka inilah yang terus tidak berpuas hati dan melenting untuk menyatakan ketidakpuasan hati dengan tindakan kerajaan.

     Kenaikan harga barang bersifat global dan amat dipengaruhi oleh iklim ekonomi sedunia. Tidak semestinya kenaikan harga barang ini, kita menganggap kerajaan kejam, tidak bertimbangrasa kepada rakyat, tidak mendahulukan kehendak rakyat atau menindas rakyat. Kita lupa bahawa kerajaan yang sedia ada sedaya upaya mencari jalan untuk menyelesaikan masalah ini. Kita hanya pandai berkokok saja tanpa memberi kerjasama untuk mengatasi masalah ini.  Seolah-olah peluang ini dinanti-nantikan untuk menjadi pembela kepada rakyat.

      Mereka yang dikatakan pembela rakyat kebanyakan tinggal di bandar dengan bermandikan kemewahan dan asyik memikirkan keadaan rakyat di kampung pada waktu-waktu tertentu sahaja. Kalau di lihat dari mata kasar, para pemimpin lebih banyak bercerita tentang kesusahan rakyat dalam masa yang sama mereka tinggal di bandar  dari turun padang untuk melihat keadaan sebenar keadaan rakyat.

     Apabila ada isu yang tidak sesuai dengan kehendak parti, ideologi dan pendapat mereka, yang jadi mangsanya ialah rakyat. Mereka sudah pasti akan mengaitkan isu ini dengan rakyat yang berada di kampung atau rakyat yang kurang kefahaman tentang iklim ekonomi dan kecetekan politik.

      Kita tidak nampak pun pemimpin  yang mempunyai  kereta mewah akan menaiki motorsikal atau menggunakan bas awam untuk ke tempat kerja atau ke majlis-majlis formal setelah harga barang/minyak naik.  Tetapi kita tidak perlu terkejut yang mereka inilah sebenarnya yang dikatakan sentiasa membela nasib rakyat di kampung. Belum ada lagi rakyat Malaysia  yang mati  kebuluran atau tidak boleh ke tempat kerja jika harga barang naik.

      Manusia yang normal akan mencari penyelesaian bagi semua masalah yang timbul. Pendekatan secara santun dan beradab serta bermuafakat  menjadi pilihan bagi rakyat yang mempunyai jati diri yang tinggi.
     
      Bagi rakyat di kampung, mereka sudah terdidik dengan jati diri yang kuat dan tinggi. Mereka masih boleh berdikari walaupun tanpa bantuan dari pihak kerajaan. Sebagai contohnya, kalau harga gula naik mereka akan menggunakan gula merah buatan sendiri untuk keperluan harian. Bagi pemimpin pula, jati diri yang suka melenting apa yang mereka boleh  lakukan kalau harga barang naik?. Mereka akan tetap  menggunakan kesempatan ini sebagai ruang untuk menonjolkan diri sebagai pembela rakyat.

      Kita seharusnya bersyukur yang kerajaan selama ini terlalu banyak memberi sabsidi bagi barang-barang keperluan kepada rakyat. Bantuan-bantuan kerajaan yang disumbangkan  kepada rakyat  tidak persoalkan. Apa yang dipersoalkan ialah  isu-isu kecil diperbesarkan bagi menggelirukan rakyat. Bersyukurlah lebih banyak sumbangan telah diberikan kepada rakyat oleh kerajaan yang sedia ada daripada  mereka yang suka melenting di luar sana. Mereka hanya pandai melenting, sumbangan belum pasti dapat diberikan kepada rakyat. Lebih banyak bercakap daripada menghulurkan bantuan.

     Jika kita mempunyai jati diri yang tinggi, kita akan sentiasa berusaha dari masa ke semasa untuk mempertingkatkan kedudukan ekonomi kita. Kita boleh membuat dua kerja dalam seminggu untuk menambahkan pendapatan keluarga.

      Harga barang tetap akan naik. Usaha kita untuk berhadapan dengan masalah ini bagaimana pula? Adakah kita kana melenting pada tahun hadapan apabila harga barang akan naik. Tindakaan yang bijak dan proaktif mesti ada. Kita kena kreatif dalam kehidupan untuk terus maju. Pandangan yang negatif perlu dielakkan. Carilah, dengarlah pandangan  dan sokongalah pejuang dan pembela rakyat yang sebenar.
       

      

2 comments:

  1. salam KK,
    saya ulas hanya sedikit tetapi banyak pengertiannya.
    Sebelum sy ulas lanjut, saya pun dah maklum penulis blog ini orangnya cikgu dan bergaji tinggi bukan macam penduduk kampung yg masih berpendapatan rendah atau sekadar gaji kurang RM700 sebulan.

    Sudah maklum juga org yg bergaji tinggi masih tidak merasa bebanan dengan kenaikan harga petrol atau bahan api yg lain. Saya juga selidik di beberapa kedai di pekan Kunak dan dapati ada sudah peniaga naikkan harga barang 30 sen berbanding yg dulu. Misalnya harga bawang putih sudah RM5 kalau dulu hanya RM4.70.Inilah disebabkan harga minyak bahan api naik maka peniaga ambil kesempatan tetapi PEMIMPIN yg dah kaya atau penggubal dasar tidak memikirkan soal kepentingan rakyat berpendapatan rendah!

    Memang senang saja nak cakap terima apa saja dasar dan pengumuman kerajaan tapi sedarkah anda bahwa rakyat yg miskin atau berpendapatan rendah juga adalah pengundi.
    ini baru kes naik harga barang belum lagi kes naik wang hantaran gara-gara minyak bahan api sudah naik.

    Kalau kerajaan sanggup beri imbuhan RM500 kpd kakitangan awam memang itu sudah menyenangkan kakitangan awam seperti penulis blog ini tapi adakah anda masih berfikir nasib orang-orang yg bergaji rendah di sektor swasta dan pekerja kedai yg bergaji RM150 sebulan di Kunak. mana lagi mau menyara adik-adik dan membantu ibubapa mereka?
    Fikir-fikirkan.
    Undi rakyat jangan dilupa. BN @ BARANG NAIK sentiasa
    terima kasih.

    ReplyDelete
  2. saya nak Kunak Klasik huraikan terperinci apa maksud "membela nasib rakyat".

    Harga bahan api naik kononnya untuk elak penyelewengan subsidi minyak atau penyeludupan minyak bahan api keluar negara. Siapa yg seludup?
    Bukan penyanggak kah Tuuut...??
    Berfikir sebelum bertindak anda mampu memperbaikinya/

    Jadilah pemimpin yg boleh dipercayai oleh rakyat.Kerana pemimpin itu datangnya dari rakyat dan rakyat juga yang boleh menghukum mereka di hari PRU.

    ReplyDelete

Islamic Widget

TV / RADIO ONLIE

Your IP and Google Map location

Mini Putt