ESPN's Bottom Line Widget

CIPTALAH SEJARAH YANG TERBAIK UNTUK GENERASI KITA / JANGAN BIARKAN KITA TERSUNGKUR DI BUMI SENDIRI

bX-2nw74

Wednesday, September 1, 2010

POLITIK DAN TEORI HUMANIS


Ikhlas
Daeng Zahari Bin Lorong




============================================================

" BERILAH SUMBANGAN YANG TERBAIK UNTUK
NEGARAKU MALAYSIA "



            Teori humanistik atau kemanusiaan dikenali sebagai kuasa ketiga di alam psikologi. Teori ini menumpukan perhatian kepada manusia sebagai insan yang baik, murni dan sentiasa berkembang ke arah kebaikan. Pakar – pakar psikologi kemanusiaan seperti Carl Ransom Rogers dan Abraham H. Maslow selalu menekankan yang perkembangan diri ke arah kesempurnaan kendiri individu sebagai pengacara bagi pelbagai tenaga yang bertugas untuk membentuk personaliti seseorang.


            Dalam perbincangan ini saya nak hubungkaitkan antara Teori Maslow dan politik. Pengundi/rakyat seperti yang diketahui umum ingin perubahan pembangunan dari semua sudut iaitu sudut ekonomi,sosial dan politik. Sekiranya perkara ini digabungkan ada kemungkinan parti yang memerintah boleh mengekalkan kedudukan mereka untuk terus menjalankan kuasa kerajaan


             Maslow melihat individu sebagai sesuatu yang berintergrasi dan penyusuan keseluruhan. Contohnya, seorang insan yang lapar, ianya bukan sebahagian daripada diri individu tersebut, sebaliknya keseluruhan diri individu menunjukkan rasa lapar. Teori Maslow ini ada berkaitan dengan personaliti, dan menitikberatkan beberapa andaian yang berkaitan dengan motivasi. Beliau menekankan keseluruhan diri individu bergerak, bukan hanya sebahagian daripada individu.


           Maslow menganggap motivasi sebagai sesuatu yang kompleks, dimana tingkah laku luaran yan diperlihatkan oleh manusia. Beliau juga menganggap, individu akan terus bermotivasi oleh kerana sesuatu matlamat. Matlamat ini dianggap sebagai keperluan yang perlu dipenuhi oleh semua manusia tanpa mengambil kira budaya, persekitaran dan perbezaan generasi.


             Personaliti yang dibincangkan oleh Maslow lebih kepada keperluan individu. Maslow sering mengaitkan perkembangan personaliti dengan motivasi. Motivasi lahir dari keperluan yang diperolehi oleh setiap individu. Maslow berpendapat sebilangan keperluan dalaman yang menggerak serta mengarahkan perlakuan yang dipamerkan oleh individu. Keperluan yang ditunjukkan oleh Maslow boleh dilihat dalam bentuk hieraki.


             Menurut beliau keperluan di tahap yang paling bawah/keperluan fisiologi harus dipenuhi terlebih dahulu sebelum seseorang individu memikirkan tahap kedua. Dengan kata lain keperluan di peringkat kedua tidak akan wujud jika keperluan diperingkat pertama tidak mencapai tahap kesempurnaan.


              Maslow juga menyebut terdapat perbezaan diantara keperluan peringkat bawah dengan keperluan di peringkat tinggi. Antaranya :


 Keperluan di peringkat tinggi wujud lewat di dalam pertumbuhan diri kita dan kewujudannya secara beransur – ansur. Oleh kerana lebih tinggi keperluan itu ianya lebih istimewa kepada individu tersebut.

 Keperluan fisiologi wujud sebaik sahaja individu lahir di dunia.

 Keperluan penghargaan kendiri timbul di peringkat remaja dan dewasa. Manakala keperluan kesempurnaan kendiri wujud selepas pertengahan umur.

 Kepuasan memenuhi keperluan di peringkat tinggi akan membawa erti yang mendalam kepada diri individu tersebut, seperti gembira. Keperluan di peringkat tertinggi (keperluan kesempurnaan kendiri) dianggap sebagai keperluan pertumbuhan.

 Keperluan – keperluan di peringkat rendah, adalah keperluan yang semestinya dilalui oleh setiap individu bagi mengekalkan kestabilan.

Hirarki Maslow

 

1. Keperluan Fisiologi

            Keperluan manusia yang paling asas adalah untuk hidup. Manusia perlukan udara, air, makanan dan tempat tinggal bagi memenuhkan kehendak pertama dan utama ini. Pada masa ini, keperluan lain tidak sama sekali menjadi tumpuan selagi kehendak asas ini dipenuhi.




Dimana letaknya nilai kemanusiaan

          Dalam politik pula, pengundi / rakyat amat memerlukan keperluan asas yang sempurna seperti contoh yang jelas ialah air. Sudah berapa tahun kita merdeka namun terdapat banyak lagi kampung yang masih menggunakan air perigi, sungai dan air hujan. Adakah perkara ini telah disedari oleh parti poltik atau memandangkan perkara ini sebagai isu yang kecil sahaja. Bayangkan kalau perkara ini berterusan pada pemimpin yang silih berganti dan perkara projek mega menjadi fokus utama pada pemimpin politik.

            Dari aspek makanan pula, adakah rakyat / pengundi dalam kawasan kita sudah mempenyai keperluan makanan yang mencukupi. Saban hari dalam media massa dipaparkan anak mereka terpaksa berhenti sekolah bagi membantu ibu bapa mereka kerja bagi meneruskan kehidupan mereka. Makanan seimbang yang diperlukan tidak dinikmati akibat pengetahuan yang kurang dan nilai ringgit mereka yang tidak mencukupi.


2. Keperluan Keselamatan

           Setelah keperluan ini dicapai, manusia akan mencari keselamatan hidup, kestabilan kerja, jagaan masyarakat, undang – undang serta membebaskan diri daripada ancaman luaran mahupun dalaman. Tahap keselamatan ini amat diperlukan bagi menjamin kesejahteraan hidup

            Jenayah berlaku di mana-mana dan seperti kata orang ’malang tidak berbau ’. Walaupun pihak keselamatan telah berusaha mengurangkan kadar jenayah tapi jenayah seperti satu benda yang hidup tanpa putusnya. Dalam perkara ini bagaimana pihak politik /wakil calon boleh berkerjasama secara komprehensif untuk menangani perkara ini. Kekeuatan poltik sebenrnya juga bergantung dengan keselamatan para pengundi. Cetusan trgedi yangt berkaitan jenayah dan tindakan pihak keselamatan sering hangat diperkatakan apabila berlaku isu yang tidak diterima oleh kedua-dua pihak.

           Desakan ini akhirnya di bawah ke perlimen untuk dibincangkan. Biasanaya pihak parti lawan mengambil kesempatan untuk membincangkna isu ini. Sekiranya tidak ditangani dengan bijaksana ianya boleh membawa desakan pada parti yang memerintah. Diperingkat mikro pula, para pengundi/masyarakat perlu memerlukan keselamatan 24 jam bagi membolehkan mereka keluar mencari rezeki dengan selamat. Kestabilan keselamatan pasti mempunyai hubungan kuat dengan kemantapan poltik bagi parti yang memerintah.

3. Keperluan Kasih Sayang dan Kepunyaan
            Dalam memenuhkan keperluan kasih sayang pula, manusia perlukan hubungan dengan insan lain. Kita semua pada asasnya ialah haiwan yang bersosial, iaitu kita perlukan kasih sayang daripada orang lain. Oleh itu manusia ini sememangnya tidak boleh wujud bersendirian.

          Hubungan yang erat antara kaum bagaikan ’kuku dan kulit’ atau ’lagu dan irama’. Kasih sayang dan saling menghormati perlu ada dalam antara kaum terutama sekali di negara kita yang telah dikenali mempunyai masyarakat majmuk. Isu ini boleh diterjemahkan dalam Satu Malaysia yang diperkenalkan oleh perdana menteri kita.

            Jika para pemimpin kita menerapkan betapa petingnya hubungan anatara kaum sudah pasti kedudukan parti yang memerintah tidak mempuyai halangan untuk meneruskan agenda dan polisi pembangunan mereka. Rusuhan kaum pada 13 Mei sudah pasti merupakan sejarah hitam dalam negara kita. Semua kaum tidak mahu peristiwa ini akan berlaku pada masa depan.

       Tugas ini memang berat untuk di atasi oleh parti politik majmuk. Ianya memerlukan kebijaksanaan untuk menyelesaikan semua isu kaum agar tidak menyinggung mana-mana kaum. Parti politik mesti peka dalam perkara ini, contohnya parti UMNO,MIC dan MCA. Apabila berlaku isu kaum sudah pasti para pemimpin bertindak dengan segera agar tidak sampai ke akar umbi.

4. Keperluan Penghargaan Kendiri

Tahap seterusnya adalah kehendak untuk penghargaan kendiri. Kita mahu berkuasa, sekurang – kurangnya ke atas diri kita sendiri. Pada masa yang sama, kita juga perlukan kekuatan, kebolehan, kepakaran serta kebebasan. Seterusnya manusia ingin dihormati, disanjungi dan kehendak status dalam hidup.

            Dalam politik penghargaan kendiri apabila seseorang telah mencapai apa yang dihajati dalam politik seperti Ketua Bahagian, Menjadi ADUN atau wakil Perlimen. Perkara yang penting adakah kuasa yang diberi dapat digunakan dengan sebaiknya agar tidak berlaku kecacatan dalam politik. Bagi pengundi kuasa mestilah dikongsi bersama bagi melaksanakan polisi-polis parti. Kepuasan pengundi apabila mereka diwakili oleh wakil calon yang bertanggungjawab, bertoleransi mempunyai wawasan yang jauh dan pandai mencorak ekonomi di sesuatu kawasan.

            Sudah menjadi lumrah manusia suka membandingkan wakil calon yang terpilih dengan calon yang terdahulu. Kekuatan calon terletak pada kekuatan rakyat dan calon perlu tahu bahawa kuasa yang diberi akan berakhir dalam tempoh masa 5 tahun.

           Apabila kedengaran DEWAN akan bubar maka sudah pasti kedai kopi akan menjadi tempat tumpuan pengundi untuk mendenganr isu-isu kecacatan wakil calon dan kehebatan para pelobi yang ingin menawarkan diri menjadi calon.

5. Keperluan Kesempurnaan

           Akhir sekali usaha manusia yang teragung adalah untuk mencapai kesempurnaan kendiri. Semua tahap kehendak sebelum ini perlu dipenuhi terlebih dahulu sebelum seseorang itu inginkan kesempurnaan kendiri.

          Diperingkat ini seseorang telah mendapat apa yang dihajati. Bagi saya calon yang terpilih sudah memegang jawatan penting dalam kementerian. Calon yang dilantik menjadi menteri, exco telah mencapai tahap yang tertinggi dalam kerjaya politik seseorang. Untuk menjadi Ketua Menteri dan Perdana Menteri adalah satu tingkap kesempurnaan diri yang tertinggi sekali.

           Atas dasar perkara ini setiap kali menjelang pilihanraya semua parti politik akan melebarkan pengaruhnya dan menjanjikan polisi-polisi yang terbaik untuk rakyat/pengundi. Siapa saja yang memegang jawatan tertinggi dalam parti seseorang telah mencapai kesempurnaan dan personaliti yang tertinggi dalam kehidupan mereka. Mereka perlu ingat adakah taburan janji masa berkempen telah dilaksanakan atau ianya akan menjadi igauan pada rakyat.

Ciri – Ciri Individu Yang Telah Mencapai Kesempurnaan Kendiri

           Mengikut Maslow manusia yang mempunyai kesempurnaan kendiri merupakan manusia yang telah mencapai perkembangan personaliti tertinggi dan telah dapat menrealisasikan pontesinya. Ciri – ciri personaliti manusia yang telah mencapai tahap kesempurnaan kendiri ialah, antaranya :

  • Mencapai perkembangan moral yang tinggi iaitu lebih mengutamakan kebajikan orang lain.  

  • Mempunyai komitmen yang tinggi terhadap tugas dan pekerjaan.

  • Mempunyai pegangan hidup yang kukuh, jujur, bertindak berdasarkan kepada apa yang dipercayainya walaupun tidak popular.

  • Tidak berminat untuk menjadi pengikut kepada suasana semasa seperti fesyen, adat resam, dan seumpamanya.

  • Seronok bersama kawan – kawan tetapi tidak bergantung kepada merekaSeronok dengan kehidupan yang mencabar dan yang baru.

  • Bersikap objektif.

           Maslow (1968) melihat manusia sebagai insan yang baik serta mulia dan mempunyai dorongan sejadi untuk berkembang ke arah kesempurnaan kendiri. Pencapaian keperluan penghargaan kendiri akan membolehkan manusia rasa punyai harga diri, berkebolehan, berguna dan boleh berjasa kepada masyarakat (Maslow, 1954).Maslow (1954) menyatakan bahawa jikalau seseorang berupaya mencapai tahap kesempurnaan kendiri tetapi tidak berusaha ke arahnya, maka ia akan mengalami kegelisahan dan keresahan dalam hidup.

           Dari segi ideologi politik, walaupun parti mempunyai ideologi yang berlainan tetapi matlamatnya tetap sama.  Kita perlu fikirkan peranan dan tanggung jawab utama parti poltik adalah membawa pembangunan kepada rakyat tidak kira samada ianya parti kerajaan atau pembangkang. Peranan ini boleh di mainkan bersama dan bukanya menggunakan rakyat untuk kepentingan peribadi.


           Alangkah baiknya kita bersikap lebih matang sedikit dan berfikiran terbuka apabila selepas pilihanraya parti yang kalah sama-sama bergambung dengan parti yang menang untuk melaksanakan tugas masing-masing dengan kata lain membantu rakyat secara komprehensif tanpa memikirkan siapa yang silap dalam pilihanraya yang dah berlalu.

         Trend sekarang seolah-olah kita menyediakan persekitaran dan iklim yang tidak baik kepada generasi kita  dengan  menyediakan satu drama yang sukar diterima apabila nilai-nilai tidak diambil kira. Lihat saja blog yang tumbuh macam cendawan dan blog yang dipengaruhi oleh parti tertentu mengeluarka tulisan yang kurang elok dan manis untuk dibaca oleh generasi kita. Perkataan seperti CELAKA, BODOH, PERGI MAMPUS, LAKNAT dan sebagainya sudah menjadi bahasa diterima dalam penulisan blog.


           Saya risau kalau perkara ini berlaku ada kemungkinan generasi kita akan kehilangan nilai  dan saling menghormati tidak menjadi amalan biasa.  Untuk menjadi kesempurnaan diri nilai-nilai bahasa perlu selari dengan arus perdana dan kehendak masyarakat sekarang.


         Jangan salahkan generasi kita apabila mereka tidak ada satu lagi pegagan adat yang kukuh.  Tulisan yang dilontarkan sudah tidak boleh digunakan pada masa sekarang apatah lagi kita sudah pun mempunyai temadun dan budaya yang tinggi. Oleh itu tahap kesempurnaan dan penghormatan yang tinggi sudah hilang nilai-nilainya dan akhirnya kita berada dalam negara yang maju,celik komputer tapi budaya kita telah jauh ketinggalan dalan erti kata ' BUDAYA YANG HILANG SENINYA ' atau  'JANGAN SEPERTI PAK KADOK AYAMNYA MENANG KAMPUNG TERGADAI '


1 comment:

  1. Salam Kunak klasik
    saya sentuh dsedikit di sini berkaitan blog. Blog adalah medium sosial berbeza jauh dengan akhbar.
    sebab itu blog tumbuh bagai cendawan dan sesiapa pemilik blog berhak untuk menulis apa yang ada atau mahu ditulisnya.

    Pasal nilai-nilai bahasa itu. ia bergantung kpd seseorang individu krn sudah lama masyarakat kita berbudi bahasa tetapi kadangkala di peringkat pentadbiran atau kepimpinan terdapat 'satu persembunyian fakta' atau erti kata lain sengaja tidak mahu beri kerjasama dgn rakyat, mereka berbohong, karenah birokrasi dll.
    Oleh itu, saya setuju dgn sedikit pendapat di atas:
    jangan salahkan rakyat jika tidak hormat dgn pemimpin krn pemimpin perlu muhasabah diri dahulu dan kenalpsti kelemahan dan sedia seadanya mendengar rintihan rakyat. Bukan membohongi mereka dengan pelbagai alasan.

    ReplyDelete

Islamic Widget

TV / RADIO ONLIE