ESPN's Bottom Line Widget

CIPTALAH SEJARAH YANG TERBAIK UNTUK GENERASI KITA / JANGAN BIARKAN KITA TERSUNGKUR DI BUMI SENDIRI

bX-2nw74

Saturday, February 9, 2013

PILIHAN MASYARAKAT VS PILIHAN PARTI



PRU13, pertembungan idea golongan mudah dan pejuang kemerdekaan. Pemimpin dan ketua ahli  politik perlu menilai pola pemikiran kedua-dua golongan ini kerana memberi  kesan yang besar dalam penentuan kerajaan selepas ini.  Ada dalam kalangan politik berpandangan  dan yakin bahawa KEPENTINGAN PARTI dapat  menentukan kemenangan dalama pilihanraya kali ini

Dalam kalangan golongan muda, mereka berpandangan bahawa scenario akan berubah  dan kemungkinan akan terjadi beberapa kawasan akan jatuh jika tidak berhati-hati memilih calon. Mereka lebih yakin kepada calon yang akan bertanding daripada pilihan parti. Sejarah pilihanraya sudah banyak membuktikan pilihan calon dalam kalangan rakyat telah membawa banyak kemenangan dalam pilihanraya. 

Keadaan ini sudah pasti memberi kesan yang jelas  kepada parti untuk menentukan calon. Pilihan PARTI kadang –kadang diutamkan  bagi menstabilkan ketidakpuasan hati para senior yang mahukan jadi Yang Berhormat.

Pandangan orang muda yang kini mungkin melebihi 55 peratus sudah menjadi tsunami dalam penentuan kerajaan.  Mereka lebih senang untuk memilih calon yang berpotensi dalam kepimpinan masyarakat dan bukannya dalam kepimpinan PARTI.

Jika pilihan parti sudah pasti akan berlaku ketidak ikhlasan para pengundi untuk memilih calon tersebut. Ketidakpuasan penduduk  setempat pasti berlaku dan mod untuk memberi kepercayaan kepada kepimpinan parti akan menurun dan tidak yakin.

Jangan sampai  ada dalam kalangan masyarakat yang berpotensi akan diketepikan yang akhirnya akan menjadi milik parti lain. Situasi ini sudah mula berlaku dan kebijaksanaan ketua parti untuk membawa mereka bersama-sama dalam menentukan halatuju kerajaan.

Kadang-kadang menjadi Tanda Tanya juga, golongan senior yang tidak terpilih dikatakan cuba mesabotaj parti dalam pilihanraya raya ini. Nilai yang ditunjukkan seolah-olah menggambarkan mereka tidak berjuang untuk kepentingan parti dan rakyat tapi lebih mengutamakan status peribadi dalam masyarakat.

    " BARISAN NASIONAL TERUS MENJADI PILIHAN RAKYAT PRU13"

No comments:

Post a Comment

Islamic Widget

TV / RADIO ONLIE

Your IP and Google Map location

Mini Putt