IKHLAS
daeng zahari lorong
-------------------------------------------------------------------------------------
Klik


- Menyatakan atau mengadakan satu kurikulum untuk semua sekolah yang berbagai aliran.
- Bahasa Melayu atau Bahasa Malaysia digunakan sepenuhnya di semua peringkat sekolah hingga ke peringkat pengajian tinggi.
- Menggunakan satu kurikulum bagi mewujudkan perpaduan masyarakat Malaysia yang pelbagai kaum.
Implikasi dari dasar ini, degan merujuk penggunaan satu bahasa penghantar, Malaysia berharap akan dapat menghasilkan/melahirkan genarasi satu bangsa yang bersatu dan terjalin erat. Bahasa Malaysia diharap menjadi asas perpaduan rakyat, saluran yang jelas untuk pernyataan fikiran dan perasaan yang bersifat Malaysia.
- memperkenalkan kurikulum yang sama kepada semua sekolah.
- mengadakan peperiksaan yang sama kepada semua sekolah.
- mewajibkan pengajaran Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris di semua sekolah.
- memperkenalkan jadual waktu yang sama.
- menetapkan pakaian seragam kepada murid-murid rendah dan menengah.

Bertepatan dengan perkembangan pendidikan secara global, kurikulum sekolah menengah sedang dibuat kajian dan akan disesuaikan perkembangan tuntutan semasa supaya pindaan yang dibuat dapat membantu mempercepatkan pencapaian matlamat pendidikan. Sebagai contohnya cadangan pemansuhan peperiksaan UPSR dan PMR akan memberi kesan pada pendidikan kita. Perubahan sistem pendidikan sekolah menengah secara tidak langsung Kementerian Pendidikan akan mengkaji pula sistem pendidikan yang sedang berjalan di institusi-institusi pengajian tinggi yang ada sekarang.
Selain dari perubahan-perubahan kurikulum perubahan kokurikulum juga perlu ditegaskan dalam pembentukan perpaduan bangsa. Pelajar-pelajar digalakkan supaya lebih banyak melibatkan diri dalam sukan, olahraga, pasukan beruniform, perasatuan yang ditawarkan di sekolah-sekolah.
Pendidikan bukan sahaja dapat membantu mengurangkan masalah perkauman tetapi juga memperkayakan Bahasa Malaysia sebagai bahasa ilmu yang lengkap dan bahasa ilmiah. Usaha-usaha ini bukan sahaja akan dapat meletakkan taraf Bahasa Malaysia di tempat yang sewajarnya, tetapi akan membantu orang ramai mempunyai keyakinan yang lebih besar terhadap sistem Pendidikan Negara. Dengan kata lain situasi ini dapat mengurangkan bilangan pelajar-pelajar yang mencari pendidikan di luar negara.
Selain daripada memperkayakan Bahasa Malaysia, usaha-usaha yang tegas perlu diambil untuk menggalakkan penggunaan bahasa ini di semua peringkat dalam semua penghidupan masyarakat. Dengan penggunaan yang meluas oleh masyarakat, Bahasa Malaysia akan terus berkembang sebagai bahasa perantaraan yang sempurna dan dapat dibanggakan.


Pada umumnya punca masalah perpaduan berkait rapat dengan dasar ekonomi dan politik semasa. Peluang untuk mengurangkan masalah perpaduan di negara kita dapat dikurangkan dengan memberi sokongan tanpa berbelah bagi melalui pendidikan. Semua lapisan masyarakat perlu membantu dan memberi pandangan kepada Kementerian Pendidikan untuk memperbaiki sistem yang sedia ada.

