ESPN's Bottom Line Widget
CIPTALAH SEJARAH YANG TERBAIK UNTUK GENERASI KITA / JANGAN BIARKAN KITA TERSUNGKUR DI BUMI SENDIRI
bX-2nw74
Sunday, October 31, 2010
Monday, October 25, 2010
Sunday, October 24, 2010
Friday, October 22, 2010
Tuesday, October 5, 2010
PERPADUAN KAUM TRANSFORMASI 1 MALAYSIA
| Datuk Osman Hj.Jamal ( Presiden Persatuan Kebajikan Bugis Sabah ) |
Presiden PKBS Datuk Osman Hj.Jamal dalam ucapannya telah memberi tema khas dalam majlis tersebut iaitu " Perpaduan Kaum Transformasi Satu Malaysia". Datuk Osman Jamal menyeruh agar masyarakat bugis agar mengekalkan dan mengeratkan silatulrahim dengan suku kaun yang terdapat di daerah Tawau. Menurut Datuk, tanpa perpaduan kaum yang erat amat mustahil 1 Malaysia dapat dijayakan.
Datuk Osman Hj.Jamal juga telah menyarankan agar tiga perkara yang perlu diambil kira dalam merialisasikan 1 Malaysia iaitu ilmu, agama dan ekonomi. Tanpa ilmu yang cukup amat mustahil 1 Malaysia dapat dihayati dan dijayakan pada masa akan datang. Ilmu yang digunakan ditempat yang sebenarnya secara tidak langsung akan mempercepatkan hajat Dato' Sri Najib melihat 1 Malaysia dapat diterima oleh semua kaum yang terdapat dalam negara kita. Adalah diharapkan agar belanjawan ke-10 nanti, lebih menfokuskan pada kemajuan pendidikan.
Tanpa pendidikan yang baik, saluran untuk menjelaskan 1 Malaysia akan menjadi kekangan dan penyebarannya tidak berjalan dengan lancar.
Semua agama yang terdapat di negara kita menghendakkan perpaduan, toleransi dan berkerjasama agar tidak wujud konflik agama yang akhirnya boleh merosakkan asas perpaduan yang telah dibina sejak merdeka lagi. Kita tidak mahu melihat negara kita akan bergolak akibat tidak ada persefahaman dan perselisihan agama sesama sendiri. Datuk Osman mengajak masyarakat bugis khasnya bersama-sama menghayati betapa pentingnya agama sebagai satu landasan dan saluran dalam mengeratkan perpaduan kaum.
Datuk juga menyatakan hasrat satu Malaysia mestilah seiring dengan kemajuan ekonomi. Ekonomi yang baik sudah semestinya prejudis kaum akan dapat dielakkan. Masyarakat Bugis perlu berkerja kuat dan terus berusaha dari masa ke semasa agar mereka tidak terpinggir dalam arus perdana yang semakin laju.
En.Dolar Yakin ( Penolong Pegawai Persekitaran, Pejabat Kesihatan Daerah Kunak ) mencadangkan agar majlis seumpama ini mesitlah diteruskan dan diadakan setiap tahun. Dengan adanya majlis seumpama ini, kawan-kawan yang berlainan daerah dapat bertemu dan bertanyakan khabar.
Friday, October 1, 2010
BENARKAH GENERASI MUDA TIDAK MINAT BERPOLITIK - PART 1
ikhlas
zahari lorong
" Melentur buluh biarlah dari rebungnya ". Perkataan ini amat sesuai digunakan untuk generasi kita agar mereka minat dalam arena politik. Ada yang mengatakan hampir 70 peratus generasi muda tidak minat dalam poltik. Adakah ini satu kebenaran atau ada faktor lain yang menyebabkan generasi muda begitu daif tentang perkembangan politik?
Jika ditinjau daripada perkembangan politik semasa dalam negara kita, amat rancak sekali terutamnya selepas pilihanraya ke-12. Pembangkan / parti anternatif hampir menguasai perlimen sehingga suasana dewan rakyat begitu rancak apabila bersidang yang akhirnya tiada keputusan dapat diambil.
Ada dalam kalangan generasi muda tidak minat dalam perkara ini setelah mengambil kira suasana politik yang begitu keliru bagi mereka. Bermula dari janji masa pilihanraya sehingga pilihanraya seterusnya, isunya hampir sama iaitu memberi perkhidmatan yang terbaik bagi kawasan ADUN mereka. bagi ADUN yang dapat menunaikan janji semasa pilihanraya sudah mendapat merit daripada rakyat dan bagaimana pula dengan ADUN yang banyak melemparkan janjinya sehingga tidak tertunai?
Bagi generasi muda yang mempunyai bakat yang dapat digilap dari awal lagi. Mereka tidak di bawah bersama untuk menyumbangkan idea dalam menentukan corak pembangunan dalam daerah tersebut. Mereka disisihkan dan akhirnya bakat mereka terkubur begitu saja.
Mungkin keadaan politik itu sendiri, saingan adalah musuh yang utama dalam politik. Ini biasanya berlaku, mereka yang berminat dalam politik dan difikirkan akan memberi saingan perlu dijantas awal-awal lagi untuk mengukuhkan kedudukan mereka.
" BERILAH PELUANG PADA GOLONGAN MUDA KERANA MEREKA BOLEH BERLARI BERIBU BATU " Ungkapan ini merujuk pada kekuatan generasi muda daripada beberapa aspek. Saya yakin generasi yang mempunyai pendidikan yang baik boleh mengubah corak pembangunan dan suasana dalam deerah tersebut. Sumbangan mereka boleh pergi jauh dan pengalaman awal perlu didedahkan agar mereka berada dalam landasan yang betul.
Saya yakin corak politik pada masa hadapan akan berubah tertamanya dari aspek penerimaan politik dalam kalangan rakyat. Politik tidak lagi bersifat mencari kelemahan parti secara berterusan tetapi alangkah baiknya ianya bersifat sementera. ADUN yang menang boleh bersama-sama dengan parti pembangkang untuk duduk semeja bagi membincangkan isu yang sama ( pembangunan ). Tidak ada lagi perbezaan kedai kopi, masjid dan sebagainya bagi parti-parti yang bertanding.
Sebenarnya ramai generasi muda pada masa sekarang bercerita perkembangan politik semasa. Apa yang merisaukan, mereka disajikan dengan keadaan politik yang mempunyai tafsiran yang berbeza. Perlu diingat generasi sekarang inginkan perubahan dan mereka cuba mencipta sejarah. Peluang untuk bertanding dalam pilihanraya semakin terbuka kerana ilmu tentang politik semakin dapat difahami. Mereka tidak lagi mahu dikonkong dalam parti mana yang perlu diikuti. Tekanan daripada pihak orang tertentu bukan jadi penghalang untuk golongan muda untuk meneruskan perjuangan dalam berpolitik. Alhamdulillah mereka sudah maju setapak dan kita kena akur bahawa peranan mereka tidak perlu disisihkan.
Jika ditinjau golongan senior / orang lama yang terlibat dalam poltik tidak bertambah dengan kata lain orang yang sama. Isu yang dibincangkan sama saja berdasarkan pengalaman dan jawatan-jawatan yang pernah mereka pegang dalam politik. Walau bagaimanapun orang kata " berpolitik bermula dari kedai kopi "
Tapi perlu diingat peranan kedai kopi sudah berkurangan dalam mempengaruhi corak poltik dan aliran pengundi. Kemajuan ICT contohnya melalui SMS, Internet dan penulisan blog adalah cara yang paling mudah untuk mendapatkan kepercayaan dalam pilihanraya. Keadaan ini tidak dapat dielakkan dan contoh yang terdekat PKR yang menang banyak kawasan dalam pilihanraya ke-12 banyak dipengeruhi oleh kecanggihan ICT.
Kita tidak perlu lagi membuang masa bercerita isu yang sama dikedai kopi. Generasi sekarang perlu mengetahui isu-isu semasa yang lebih pantas dan tidak perlu menoleh kebelakang lagi.
Generasi muda perlu juga diingat, mereka merupakan golongan pengundi yang banyak dalam mana-mana kawasan pilihanraya. Mereka golongan yang aktif masa kempen pilihanraya dan turun mengundi, jangan sampai seperti " Empangan Yang Pecah " akhirnya baru kita membuat persediaan.
Apa yang jelas sekali apabila berlaku pemilihan dalam parti sudah semestinya konsperasi seirang dengan permainan calon. Rangkaian dalam parti mesti ada untuk mengukuhkan kedudukan. Kadang-kadang kita tidak mahu menerima kekalahan secara terbuka yang akhirnya membawa kekecohan, pergaduhan semasa berlakunya pertandingan dalam parti.
Apa yang jelas sekali apabila berlaku pemilihan dalam parti sudah semestinya konsperasi seirang dengan permainan calon. Rangkaian dalam parti mesti ada untuk mengukuhkan kedudukan. Kadang-kadang kita tidak mahu menerima kekalahan secara terbuka yang akhirnya membawa kekecohan, pergaduhan semasa berlakunya pertandingan dalam parti.
Wednesday, September 29, 2010
SAMBUTAN HARI RAYA PERDANA - SMK KUNAK
ikhlas
zahari lorong
SAMBUTAH HARI RAYA PERDANA / SEMBAHYANG HAJAT PELAJAR TINGKATAN 3/
MOTIVASI PELAJAR YANG MENDUDUKI PEPERIKSAAN AWAM PMR, SPM, STPM
Tarikh : 24 Sepember 2011
Masa : 7.30am - 12.00 Tengahari
Hari : Jumaat
Tetamu Khas
01. YB Datuk Nilwan Kabang ( ADUN N.51 Kunak )
02. YB.EN.HJ.Salleh Kalbi ( MP.188 Silam )
03. EN.Zamri Pehakam ( Pegawai Pendidikan daerah )
04 En.Masnon Maswan ( Pengetua SMK Madai )
05 En.Nor Aslam Mano ( Pengetua SMK Kunak Jaya )
05 En.Rahim Wahab ( Pengerusi PIBG SMK Kunak )
Ibu Bapa pelajar
Persatuan Yang menyediakan Hidangan Hari Raya
01. Kedet Polis
02. Kadet Bomba03 ST.Jhon
04. Bulan Sabit Merah
05. Pandu Putri
06. Putri Islam
07. Persatuan Pencaragam
08. Pengakap
09. Kedet Remaja Sekolah
10. Pertahanan Awam
Pengarah Projek : En. Ali Hussin ( Penolong Kanan Ko-Kurikulum )
Pn.Norsima Simon ( Kaunselor )
Ust. Syakir Zokeri( Ketua Panitia Pendidikan Islam )
Setiuasaha : Norfadhilah Muda ( Setiausaha Ko-Kurikulum )
| En.Zahari Lorong ( Penolong Kanan Pentadbiran ) |
Kejayaaan para pelajar bukan sahaja bergantung di bahu para pendidik. Ianya juga perlu sokongan yang padu daripada ibu pada. Ibu bapa sudah semestinya memastikan anak mereka menggunakan masa yang terluang untuk belajar. Ibu bapa perlu memantau anak mereka terutamanya pada hari-hari cuti sekolah atau di sebelah malam. Tanpa bantuan dan sokongan ibu bapa perkembangan pendidikan anak mereka tidak ada kesenambungan. Semoga ibu bapa tahu dimanakah letaknya peranan mereka dalam membantu pihak sekolah untuk peningkatan kurikulum anak mereka.
Kepada anak-anak didik saya semoga pada tahun ini keputusan peperiksaan awam akan meningkat dan kejayaaan SMK Kunak dapat dikekalkan. Saya penuh yakin pada tahun ini ramai pelajar yang akan mendapat keputusan yang cemerlang berdasarkan post-moterm peperiksaan yang telah dilakukan di sekolah.
Akhir kata semoga para guru, ibu bapa dan pelajar sama-sama berjuang dan bangun untuk meneruskan tradisi kecemerlangan SMK Kunak. Selamat hari Raya, Maaf zahir dan Batin.
Ucapan motivasi oleh YB.En.Salleh Hj.Kalbi ( MP.188-Silam )
YB memberi ucapan motivasi pada pelajar yang akan menduduki PMR/SPM/SP tahun 2010
Bacaan doa oleh adik Sarifuddin Mapiasse
Kata alu-aluan oleh En.Thangavellu Subramaniam
Pengetua Cemerlang SMK Kunak
Tandatan Buku Lawatan Oleh YB.Datuk Nilwan Kabang ( berdiri di belakang : En.Zamri Pehakan-Pegawai Pendidikan Daerah / En.Thangavellu Subramaniam-Pengetua Cemerlang / En.Zahari Lorong- Penolong Kanan Pentadbiran / En.Mustari Mad.Said-Penolong Kanan Tingkatan 6 )
| Cendera kenangan kepada YB |
| Pelajar |
| Kelab Kompang Asrama SMK Kunak | ||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
| Pelajar mohon restu bersama ibu bapa |
| Cikgu Low See Hon -Ketua Bidang Sains dan Matematik |
| Cikgu Teoh - Penyelaras Projek Emas |
| Cikgu Rabaya ( Guru Data ) |
| Ustazah Balqis, Noor Aziah, Ustz.Azizah dan Ustz Haslinda |
| Cikgu Ramli ( Ketua Panitia Geografi ) |
| Cikgu Norazurah ( Warden Aspuri ) |
| Pn.Rabaya, Pn.Ismayun ,Pn Sauna dan Pn.Maimunah ( Ketua Kerani ) |
| Ust.Syakir Zokeri ( Ketua Panitia Pendidikan Islam ) dan Al-Faizal - Penerima Anugerah Pakaian Tercantik |
| Pn.Rabaya, Cik Nahria, Cik Nor Azizah dan Cik Norsiah |
| Cikgu Julani-Berbaju Kuning ( Guru Sukan ) |
| Cik.Rasnah Radji ( PK.HEM) |
| Adik menerima hadiah ( Aimei Syahirah -Pakaian Tercantik ) |
| Kek PBSM |
| Guru sedang menyediakan jamuan bersama pelajar |
| Gaspar Gabra- Pengawas |
| Cendera Kenangan kepadaYB |
| Pelajar Tingkatan 6 |
| Cik.Norsiah (Mantan PK.KOKUM -hakim khas penilaian kelab/persatuan) Cik Norfadilah Muda ( Setiausaha Khas KOKUM ) |
| En.Thangavellu Subramaniam bersama Cikgu Engku Kangon ( PK.Petang ) |
| Cik.Ashwini, Cik Nor azirah dan Cik Samsuriani |
| Para tetamu khas bersama YB |
| Ibu Bapa bersama pelajar En.Zamri Pehakam ( Pegawai Pendidikan Daerah bersama En.Masnon Maswan (Pengetua SMK Madai ) |
Subscribe to:
Posts (Atom)
Islamic Widget
TV / RADIO ONLIE
-
-
-
EuroSport Live stream - Eurosport is a pan-European television sports network and a subsidiary of Discovery. Eurosport owns a wide range of rights across many sports but general...5 years ago
-
LISTEN RADIO BANGSAR UTAMA FM - MALAYSIA RADIO ONLINE LIVE : RADIO BANGSAR UTAMA FM RADIO BANGSAR UATAMA | BERANI LANGGAR LAPORAN JELAS *Auto PLAY* [image: XY RADIO ONLINE | Free Online R...14 years ago
-
-
-
-
-








