ESPN's Bottom Line Widget

CIPTALAH SEJARAH YANG TERBAIK UNTUK GENERASI KITA / JANGAN BIARKAN KITA TERSUNGKUR DI BUMI SENDIRI

bX-2nw74

Friday, February 10, 2012

GOLONGAN PENIAGA PENENTU UNDI DI BANDAR







Dalam meraih undi tumpuan terus diberikan kepada pengundi yang berada di kampung atau desa. Mereka dikatakan merupakan kelompok yang besar untuk menentukan kerajaan pada PRU-13 nanti.

Bagaimana pula kawasan bandar yang terdiri daripada golongan peniaga. Adakah mereka akan memberi undi mereka kepada kerajaan pada PRU-13 nanti. Berdasarkan sembang-sembang kedai kopi mungkin mereka tidak memberi undi atas alasan banyak kekangan yang mereka hadapi semasa menjalankan perniagaan walaupun mereka suka dengan kerajaan yang sedia ada. Ini berlaku antara tanggung jawab yang dilaksanakan oleh penguatkuasa dan kebebasan sedikit yang diperlukan semasa berniaga.
Antara keluhan yang mereka hadapi seperti pemeriksaan oleh LHDN ( Lembaga Hasil Dalam Negeri ) semasa mengaudit akaun dan toleransi yang diharapkan. Masa hari perayaan, OPS Sikap dilancarkan dalam  masa  yang sama  urusniaga tidak dapat berjalan dengan lancar terutamnya penduduk kampung yang ingin memasarkan barangan mereka dari  pekan ke bandar atau dari bandar ke bandar. Biasanya kenderaan yang mengangkut barang jualan tidak mengikut spesifikasi  yang telah ditetapkan oleh JPJ dan pihak polis serta pengeluaran lesen berniaga yang lambat dan rumit.

 Jika dilihat golongan sebahagian besar pengundi di bandar adalah terdiri daripada orang Cina. Jika penggundi bandar berpihak kepada kerajaan maka kerajaan yang sedia ada akan menang. Bagaimana pula jika jangkaan ini tidak tepat atau meleset. Persoalannya adakah orang Melayu suatu hari nanti menguasai kawasan bandar.

Apa pun permasalahan ini mesti ada penyelesaian, tetapi yang penting bagaimana masalah ini boleh menguntungkan rakyat. Kita berkerja untuk raykat dan undang-undang perlu didahulukan dan dipatuhi.




Friday, February 3, 2012

UMNO MEMPERJUANGKAN ISLAM, ORANG MELAYU DAN INSTITUSI RAJA





           

Kita bersyukur dengan kekuatan orang Melayu yang bersatu padu pada masa dulu  akhirnya membawa kemerdekaan kepada negara kita. Kita sebagai generasi muda perlu berterima kasih kepada pejuang-pejuang yang terdahulu menentang penjajah yang tidak pernah memberi peluang langsung untuk kemajuan negara kita.

Hasil negara di bawa pulang ke negara penjajah, rakyat diseksa tanpa belas kasihan serta politik tidak diberi peluang lansung kepada anak-anak Melayu. Perubahan minda mesti selari dengan keadaan masa tetapi jangan lupa tentang agama, orang Melayu serta institusi raja.

Perpaduan perlu dikekalkan dengan saudara kita orang Cina dan India, Sabah dan Serawak  serta peribumi bagi menjamin keharmonian terus dapat dinikmati bersama. Kontrak sosial yang telah dipersetujui bersama perlu dihayati, dijaga dan dihormat.

Segelintir rakyat yang tidak memahami perjuangan UMNO yang mengatakan parti ini tidak begitu serius dalam menegakan agama Islam. Kerajaan telah menyediakan pelbagai kaedah untuk umat Islam mempertingkatkan akidah dan akhlak, dan ini semua terletak dibahu individu itu sendiri. Sejak dibangku sekolah lagi pendidikan agama Islam telah diberi keutamaan sehingglah ke peringkat yang lebih tinggi. Adakah kelemahan kita sendiri dari sudut agama yang akhirnya kita persalahkan pihak kerajaan.

UMNO yang ditubuhkan tahun 1946 berlandaskan perjuangan berteraskan Islam, Melayu dan institusi Raja itulah yang telah menjadi landasan perjuangan UMNO sehingga sekarang.  Kita perlu berbangga kerana parti UMNO dapat memperjuangan islam, orang Melayu dan institusi Raja. Jika keadaan ini berkekalan maka negara kita terus menjadi hak orang Melayu dan keharmonian dikongsi bersama dengan bangsa lain.

Perjuangan UMNO begitu jelas sekali dan mudah difahami untuk orang Melayu dan Agama Islam. Cubalah tanya diri sendiri,  mereka yang belajar diluar negara terutamnya di Timur Tengah lebih dari separuh pelajar adalah menerima pinjaman dan biasiswa kerajaan. Golongan ini lah yang sepatutnya bersama-sama membetulkan keadaan jika ada kelemahan dalam pentadbiran negara. Tidakkah terasa lain  dengan memakai budaya bertopi di kepala namun dalam masa yang sama berteriak/demonstrasi  sampai hilang nilai ketimuran dan ilmu yang dibawah balik.

Memang benar mungkin ada pemimpin yang tersilap semasa melaksankan tanggung jawab namun kita tidak boleh terus menghukum mereka. Kita yakin pemimpin yang begini tidak berada lama dalam kepimpinan parti dan biarlah mereka diganti, namun perjuangan yang di bawah UMNO perlu terus didukung dan disokong.

Setakat ini kita belum nampak dengan jelas parti-parti yang ada lebih bersikap terbuka seperti UMNO. Kebanyakan parti yang ingin membentuk kerajaan lebih banyak mengkritik dasar-dasar yang diperkenalkan daripada ikut serta  menyelesaikan masalah. Mengkritik memang mudah tapi untuk melaksanakan bersama amat berat sekali.






Sunday, January 29, 2012

BANTUAN BR1M KERAJAAN PERLU ADA POST-MOTERM

Langkah kerajaan memberi BR1M, baucer RM200.00, RM100 kepada murid sekolah telah memberi petunjuka ketulusan ikhlas kerajaan kita membantu rakyat. Rakyat patut bersyukur kerana sumbangan kerajaan ini sudah mengambil langkah untuk mendahulukan rakyat dalam semua aspek.

Dengan adanya sokongan ekonomi kepada rakyat secara tidak langsung membantu melancarkan perbelanjaan kepada ibu bapa terutamanya keluarga yang mempunyai ramai anak yang bersekolah. Sasaran kepada keluarga yang berpendapatan rendah pemberian BR1M walaupun dengan kadar RM500.00 tetapi merupakan satu rahmat yang diberikan kepada rakyat yang berpendatapan isi keluarga kurang RM3000.00
 
Pihak kerajaan juga telah memberi peluang kepada mana-mana rakyat yang tercicir namanya dengan merujuk di Lembaga Hasil Dalam Negeri. Dalam masa yang sama pihak kerajaan mesti melaksanakan satu sistem yang memudahkan rakyat untuk merujuk semula nama mereka. Terdapat isi keluarga yang tinggal jauh dan mungkin tidak tahu di mana terletaknya Lembaga Hasil Dalam Negeri. Sebagai contohnya mereka yang tinggal di Estate/Ladang peluang cuti dan sokongan dari pemimpin masyarakat diperlukan.

Bagi memastikan BR1M menepati sasaran, ADUN dan PARLIMEN mesti membuat post-moterm semula melalui unit masing-masing di setiap kawasan yang mereka wakili. Apa pun kelemahan yang berlaku sudah pasti  isu itu akan balik kepada pihak kerajaan.

Setakat ini berapa ramai pemimpin masyarakat yang membuat penilaian semula pemberian BR1M.  Walaupun perkara ini merupakan perkara kecil saja, tetapi ianya boleh memberi kesan kepada pilihanraya nanti terutamanya mereka yang tercicir nama tanpa bantuan daripada pihak yang berkaitan...." RAKYAT MENYOKONG PEMIMPIN DAN PEMIMPIN MEMBANTU RAKYAT"

---------------------------------------------------------------------------------------------------------
http://www.youtube.com/watch?v=sAV5qpoyTTg








Wednesday, December 14, 2011

BN TAWAN PULAU PINANG DAN SELANGOR PRU-13

PRU-13 semakin hampir dan diperkatakan dan parti politik membuat strategi yang pasti untuk menenangan kerusi samada di Dewan Rakyat atau Parlimen. Kini Barisan Nasional sudah pasti akan membuat persiapan yang rapi agar tiada calon akan memberi masalah selepas dicadangkan mewakili di setiap ADUN dan Parlimen. ( BN MAMPU MENENAG SELESA PILIHANRAYA UMUM KE13 )


Kini Perdana Menteri telah memberi isyarat yang pasti bahawa calon yang sedia ada perlu menilai kekuatan yang telah berikan kepada rakyat. Calon senior yang mempunyai pengalaman yang luas, calon muda yang mempunyai wawasan yang jauh serta kekuatan hubungan peribadi menjadi sandaran untuk mewakili kerusi disetaip kawasan yang ditandingi.

Tindakan Perdana Menteri menilai setiap calon yang mewakili Barisan Nasional dan post-moterm PRU12 sudah cukup untuk Barisan Nasional untuk menang di kawasan yang telah dimenangi oleh parti pembangkang.

Perdana Menteri telah telah memberi perihatin kepada kehendak rakyat seperti pemberian RM100 bagi setiap pelajar serta RM500 ringgit sudah membuktikan kerajaan yang sedia ada adalah milik rakyat.


Selangor yang menjadi kubuh kuat pembangkang sudah pasti akan ditawan semula jika Barisan Nasional meneruskan agendanya dengan memberi bantuan dan terus menjalankan tanggungjawab sebagai  kerajaan yang memerintah. Kekuatan  Selangor dan kawasan yang dimenangi oleh parti pembangkan boleh dirampas semula apabila orang Melayu berani bersatu dan parti komponen Barisan Nasional menilai semula keupayaan mereka untuk bersatu dalam satu Barisan untuk terus  menyokong penuh kepimpinan Dato' Seri Najib.


Kini setiap langkah dan program Barisan Nasional telah menunjukkan prestasi yang baik dan mendapat sokongan di kawasan yang dimenangi oleh pembangkang. Program untuk satu rakyat sudah diterima dan difahami oleh masyarakat majmuk.


Jika parti komponen Barisan Nasional memenangi semua kawasan yang kalah diambil semula sudah pasti Barisan Nasional akan terus memenangi PRU13 nanti. Semua parti komponen tidak akan terlalai dan calon yang akan mewakili mereka akan memberi kemenangan 100% kepada Barisan Nasional. 


Toleransi bagi pembahagian kawasan perlu diambil kira. Orang Melayu boleh bertanding di kawasan bukan Melayu dan begitu juga disebaliknya. Jika ini diterima dalam parti komponen Barisan Nasional saya yakin BN akan menang disetiap kawasan yang ditandinginya. Walaupun isu ini tidak begitu dibincangkan tetapi ianya mempunyai pengaruh yang besar dalam pembahagian kerusi nanti.


Jika segala permasahalaan diselesaikan sebelum PRU13 ini nanti saya pasti Barisan Nasional akan mendapat mejoriti yang besar dalam PRU13 nanti.  Segala usaha transformasi Perdana Menteri yang telah memberi ruang kepada semua rakyat dan faedahnya sudah pasti untuk rakyat juga.


















Islamic Widget