Dalam meraih undi tumpuan terus diberikan kepada pengundi yang berada di kampung atau desa. Mereka dikatakan merupakan kelompok yang besar untuk menentukan kerajaan pada PRU-13 nanti.
Bagaimana pula kawasan bandar yang terdiri daripada golongan peniaga. Adakah mereka akan memberi undi mereka kepada kerajaan pada PRU-13 nanti. Berdasarkan sembang-sembang kedai kopi mungkin mereka tidak memberi undi atas alasan banyak kekangan yang mereka hadapi semasa menjalankan perniagaan walaupun mereka suka dengan kerajaan yang sedia ada. Ini berlaku antara tanggung jawab yang dilaksanakan oleh penguatkuasa dan kebebasan sedikit yang diperlukan semasa berniaga.
Antara keluhan yang mereka hadapi seperti pemeriksaan oleh LHDN ( Lembaga Hasil Dalam Negeri ) semasa mengaudit akaun dan toleransi yang diharapkan. Masa hari perayaan, OPS Sikap dilancarkan dalam masa yang sama urusniaga tidak dapat berjalan dengan lancar terutamnya penduduk kampung yang ingin memasarkan barangan mereka dari pekan ke bandar atau dari bandar ke bandar. Biasanya kenderaan yang mengangkut barang jualan tidak mengikut spesifikasi yang telah ditetapkan oleh JPJ dan pihak polis serta pengeluaran lesen berniaga yang lambat dan rumit.
Jika dilihat golongan sebahagian besar pengundi di bandar adalah terdiri daripada orang Cina. Jika penggundi bandar berpihak kepada kerajaan maka kerajaan yang sedia ada akan menang. Bagaimana pula jika jangkaan ini tidak tepat atau meleset. Persoalannya adakah orang Melayu suatu hari nanti menguasai kawasan bandar.
Apa pun permasalahan ini mesti ada penyelesaian, tetapi yang penting bagaimana masalah ini boleh menguntungkan rakyat. Kita berkerja untuk raykat dan undang-undang perlu didahulukan dan dipatuhi.
No comments:
Post a Comment