PRU13, pertembungan idea golongan
mudah dan pejuang kemerdekaan. Pemimpin dan ketua ahli politik perlu menilai pola pemikiran kedua-dua
golongan ini kerana memberi kesan yang
besar dalam penentuan kerajaan selepas ini. Ada dalam kalangan politik berpandangan dan yakin bahawa KEPENTINGAN PARTI dapat menentukan kemenangan dalama pilihanraya kali
ini
Dalam kalangan golongan muda,
mereka berpandangan bahawa scenario akan berubah dan kemungkinan akan terjadi beberapa kawasan
akan jatuh jika tidak berhati-hati memilih calon. Mereka lebih yakin kepada
calon yang akan bertanding daripada pilihan parti. Sejarah pilihanraya sudah banyak
membuktikan pilihan calon dalam kalangan rakyat telah membawa banyak kemenangan
dalam pilihanraya.
Keadaan ini sudah pasti memberi kesan
yang jelas kepada parti untuk menentukan
calon. Pilihan PARTI kadang –kadang diutamkan
bagi menstabilkan ketidakpuasan hati para senior yang mahukan jadi Yang
Berhormat.
Pandangan orang muda yang kini
mungkin melebihi 55 peratus sudah menjadi tsunami dalam penentuan
kerajaan. Mereka lebih senang untuk
memilih calon yang berpotensi dalam kepimpinan masyarakat dan bukannya dalam kepimpinan
PARTI.
Jika pilihan parti sudah pasti
akan berlaku ketidak ikhlasan para pengundi untuk memilih calon tersebut.
Ketidakpuasan penduduk setempat pasti
berlaku dan mod untuk memberi kepercayaan kepada kepimpinan parti akan
menurun dan tidak yakin.
Jangan sampai ada dalam kalangan masyarakat yang berpotensi
akan diketepikan yang akhirnya akan menjadi milik parti lain. Situasi ini sudah
mula berlaku dan kebijaksanaan ketua parti untuk membawa mereka bersama-sama
dalam menentukan halatuju kerajaan.
Kadang-kadang menjadi Tanda Tanya
juga, golongan senior yang tidak terpilih dikatakan cuba mesabotaj parti dalam
pilihanraya raya ini. Nilai yang ditunjukkan seolah-olah menggambarkan mereka
tidak berjuang untuk kepentingan parti dan rakyat tapi lebih mengutamakan
status peribadi dalam masyarakat.
" BARISAN NASIONAL TERUS MENJADI PILIHAN RAKYAT PRU13"
No comments:
Post a Comment