Begitu juga doa yang dibaca semoga negara dan rakyat kita akan terselamat dan diberi kemajuan serta dijauhi oleh perkara yang boleh merosakkan masyarakat kita.
"Apabila kamu selesai
mengerjakan solat, bertebaranlah kamu di muka bumi dan carilah kurnia Allah"
(Surah AI Jumuah: 9). Bertebaranlah di muka bumi bermakna bergerak mencari
rezeki halal, manakala mencari kurnia Allah bermakna bekerja, berkarya
dan berusaha.
Apa yang berlaku selepas sholat Jumaat ada dalam kalangan belia mengejar masa untuk pergi ke kawasan yang menganjurkan demonstrasi bukannya untuk mencari rezeki dan membantu negara.
Walaupun itu adalah hak demokrasi sebagai rakyat Malaysia, tetapi biarlah menjadi rakyat Malaysia yang berakal panjang dan penyelesian boleh dibuat dengan cara bermasyuarah.
Terikut-ikut dengan cara emosi dan pengetahuan yang sedikit dalam permainan politik ianya lebih bersifat sementara saja. Betul juga kata orang tua kalau nak buat sesuatu biarlah berfikir semasak-masaknya, jangan sampai terlajak perahu?
No comments:
Post a Comment