Lagu Tema Hari Guru 2011 [audio & lirik]
Guru bukan sekadar memberi ilmu di sekolah malahan peranan guru lebih jauh daripada itu. Dalam abad sekarang cabaran bukan saja mendidik anak kita di sekolah malah guru boleh berperanan sebagai agen mengubah minda masyarakat.
Selalunya peranan guru hanya terbatas dalam lingkungan sekolah saja. Andaian seumpama ini tidak boleh lagi digunakan terutamanya perkembangan teknologi maklumat yang kepatansanya lebih laju dari sebutir peluru..
Alangkah baiknya tenaga dan kepakaran guru dapat digunakan dalam kumpulan masyarakat di luar sana. Sebagai contohnya guru boleh membimbing masyarakat setempat dalam penggunaan ICT, cara mengurus mesyuarat, cara beroganisasi, cara berfikiran secara literal dan perkara yang berkaitan dalam perkembagan minda.
Guru mempunyai kepakaran yang sudah mendapat ikhtisas dan sesuai dengan ucapan Menteri Pendidikan , Guru Wibawa dan Pendita Guru yang diperkenalkan sudah pasti kepakaran boleh disebar luaskan.
Saya setujuh guru sebagai agen yang utama dalam perubahan minda dalam masyarakat. Mereka boleh berada di mana-mana sahaja dalam kelompok masyarakat,kampung atau daerah.
Sebagai guru, walaupun kita sudah berpencen dan tidak lagi menjadi guru jiwa kita tetap sebagai seorang guru " SELAMAT MENYAMBUT HARI GURU "
No comments:
Post a Comment