ESPN's Bottom Line Widget

CIPTALAH SEJARAH YANG TERBAIK UNTUK GENERASI KITA / JANGAN BIARKAN KITA TERSUNGKUR DI BUMI SENDIRI

bX-2nw74

Sunday, January 30, 2011

DUN TENANG PAS TUMPAS - BN MENANG BERMARWAH


     Sekali lagi sokongan rakyat pada Barisan Nasional / UMNO terbukti apabila menumpaskan calon PAS di DUN TENANG. Kekuatan Barisan Nasional sudah menampakan sokongan rakyat begitu kukuh dan sukar disangkal lagi. 

     Kunak Klasik  mengucapkan tahniah pada Yang Berhormat Azahar Ibrahim yang mendapat sokongan undi  penduduk Tenang sebanyak 6699 mengalahkan calon PAS yang mendapat sokongan undi sebanyak 2992 dan majoriti undi sebanyak 3707.

     Sokongan pengundi India menunjukkan peningkatan dan yang menjadi tanda tanya kemerosotan pengundi Cina pada Barisan Nasioanl. Perkara  ini perlu dibedah siasat oleh parti komponen Barisan Nasionl agar pilihanraya ke-13 pengundi Cina akan memberi kesetiaan pada parti MCA. Para  pemimpin MCA tidak boleh berdiam diri untuk memastikan perkara ini tidak akan berulang lagi.

Tuesday, December 21, 2010

BARISAN NASIONAL PERLU PERJUANGAN ATAU PERUBAHAN

     Tiba masanya Barisan Nasional akan cuba membuat sesuatu perubahan dalam sistem politik. Kita akui pada awalnya  parti-parti yang besar seperti UMNO, MIC dan MCA dalam kempen atau menerangkan polisi parti lebih berbentuk perjuangan kepada bangsa Masing- masing parti akan memperjuangan bangsa agar mereka tidak terpinggir dalam arus  perkembangan politik,ekonomi dan sosial.

     Secara umumnya parti-parti yang wujud lebih bersikap perkauman yang memperjuangkan bangsa mengikut parti mereka. Kita bersyukur di bawah Barisan Nasional parti ini dapat berkerjasama  dan saling membantu untuk membentuk kerajaan. Apatah lagi 1 Malaysia sudah cukup bagi kita  ke arah perpaduan bangsa yang ingin kita capai.

      Perjuangan sudah lama bermain dalam fikiran kita, baik dalam pilihanraya atau ucapan para pemimpin kita. Pada awalnya perjuangan  merupakan fokus utama dalam parti komponen Barisan. Perjuangan perlu pergorbanan untuk mendapatkan sesuatu dalam  erti kata kemerdekaan.

    Sekarang semua rakyat sudah mendapat kemerdekaan dan telah pun menikmati  hasil perjuangan.Semua kejayaan ini adalah sikap toleransi kaum yang ada di negara kita yang dirancang oleh pemimpin kita.

     Adakah kita lupa? bahawa  masa perjuangan  sudah berlalu dan yang pasti rakyat kini dahagakan perubahan. Perubahan perlu dilakukan dalam semua aspek, baik dalam politik, pentadbiran negara atau daerah. Empat penyakit     (       keadaan selesa, khayal, jumud, tidak mahu menerima pandangan  )  yang masih menghantui para pemimpin kita yang amat sukar dibuang. Semoga pilihanraya ke-13 , penyakit yang ada pada para pemimpin seperti ini tidak lagi berada dalam Barisan Nasional.

     Perubahan mesti dilakukan " Ditelan mati anak dibuang mati emak". Setiap kali menjelang musim pilihanraya apa yang ditekankan oleh pemimpin  kita ialah perubahan bukannya perjuangan. Biarlah kali ini mereka yang terpilih menjadi wakil rakyat akan memulakan iklim politik yang mengutamakan perubahan dalam semua aspek.  Sistem yang diguna pakai sejak merdeka perlu ada perubahan dan perubahan itu mestilah memberi menafaat kepada rakyat.

     Tanpa perjuangan tiada perubahan, tanpa perubahan tiada kemajuan. Untuk setanding dengan negara maju kita perlukan perubahan. Jangan sampai selepas 20 tahun negara kita jauh lebih mundur dari negara jiran kerana asyik memikirkan perjuangan.



Laksamana Jebat: GAJI GURU NAIK, KAKITANGAN LAIN?

Laksamana Jebat: GAJI GURU NAIK, KAKITANGAN LAIN?: "Tawaran Istimewa Pembangkang Hanya Pembohongan Tagih Undi PUTRAJAYA, 21 Dis – Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin meminta r..."

Islamic Widget

TV / RADIO ONLIE