ESPN's Bottom Line Widget

CIPTALAH SEJARAH YANG TERBAIK UNTUK GENERASI KITA / JANGAN BIARKAN KITA TERSUNGKUR DI BUMI SENDIRI

bX-2nw74

Friday, December 10, 2010

AZLI SHUKRI TODAY: Keris Kita Masih Bersarung?

AZLI SHUKRI TODAY: Keris Kita Masih Bersarung?: "Cuba di pagi Jumaat yang mulia ini kita renungi sebentar sebuah rencana menarik, tulisan Norali Nordin, Penolong Setiausaha Gagasan Melayu P..."

" KERIS ORANG MELAYU ABAD INI "

Wednesday, December 8, 2010

RAKYAT MALAYSIA SUKA MELENTING - KURANG JATI DIRI


    Saya tidak terkejut apabila ramai pemimpin  dan bembela masyarakat melenting apabila harga barang naik pada bulan lalu.  Setiap kali harga barang naik, mereka inilah yang terus tidak berpuas hati dan melenting untuk menyatakan ketidakpuasan hati dengan tindakan kerajaan.

     Kenaikan harga barang bersifat global dan amat dipengaruhi oleh iklim ekonomi sedunia. Tidak semestinya kenaikan harga barang ini, kita menganggap kerajaan kejam, tidak bertimbangrasa kepada rakyat, tidak mendahulukan kehendak rakyat atau menindas rakyat. Kita lupa bahawa kerajaan yang sedia ada sedaya upaya mencari jalan untuk menyelesaikan masalah ini. Kita hanya pandai berkokok saja tanpa memberi kerjasama untuk mengatasi masalah ini.  Seolah-olah peluang ini dinanti-nantikan untuk menjadi pembela kepada rakyat.

      Mereka yang dikatakan pembela rakyat kebanyakan tinggal di bandar dengan bermandikan kemewahan dan asyik memikirkan keadaan rakyat di kampung pada waktu-waktu tertentu sahaja. Kalau di lihat dari mata kasar, para pemimpin lebih banyak bercerita tentang kesusahan rakyat dalam masa yang sama mereka tinggal di bandar  dari turun padang untuk melihat keadaan sebenar keadaan rakyat.

     Apabila ada isu yang tidak sesuai dengan kehendak parti, ideologi dan pendapat mereka, yang jadi mangsanya ialah rakyat. Mereka sudah pasti akan mengaitkan isu ini dengan rakyat yang berada di kampung atau rakyat yang kurang kefahaman tentang iklim ekonomi dan kecetekan politik.

      Kita tidak nampak pun pemimpin  yang mempunyai  kereta mewah akan menaiki motorsikal atau menggunakan bas awam untuk ke tempat kerja atau ke majlis-majlis formal setelah harga barang/minyak naik.  Tetapi kita tidak perlu terkejut yang mereka inilah sebenarnya yang dikatakan sentiasa membela nasib rakyat di kampung. Belum ada lagi rakyat Malaysia  yang mati  kebuluran atau tidak boleh ke tempat kerja jika harga barang naik.

      Manusia yang normal akan mencari penyelesaian bagi semua masalah yang timbul. Pendekatan secara santun dan beradab serta bermuafakat  menjadi pilihan bagi rakyat yang mempunyai jati diri yang tinggi.
     
      Bagi rakyat di kampung, mereka sudah terdidik dengan jati diri yang kuat dan tinggi. Mereka masih boleh berdikari walaupun tanpa bantuan dari pihak kerajaan. Sebagai contohnya, kalau harga gula naik mereka akan menggunakan gula merah buatan sendiri untuk keperluan harian. Bagi pemimpin pula, jati diri yang suka melenting apa yang mereka boleh  lakukan kalau harga barang naik?. Mereka akan tetap  menggunakan kesempatan ini sebagai ruang untuk menonjolkan diri sebagai pembela rakyat.

      Kita seharusnya bersyukur yang kerajaan selama ini terlalu banyak memberi sabsidi bagi barang-barang keperluan kepada rakyat. Bantuan-bantuan kerajaan yang disumbangkan  kepada rakyat  tidak persoalkan. Apa yang dipersoalkan ialah  isu-isu kecil diperbesarkan bagi menggelirukan rakyat. Bersyukurlah lebih banyak sumbangan telah diberikan kepada rakyat oleh kerajaan yang sedia ada daripada  mereka yang suka melenting di luar sana. Mereka hanya pandai melenting, sumbangan belum pasti dapat diberikan kepada rakyat. Lebih banyak bercakap daripada menghulurkan bantuan.

     Jika kita mempunyai jati diri yang tinggi, kita akan sentiasa berusaha dari masa ke semasa untuk mempertingkatkan kedudukan ekonomi kita. Kita boleh membuat dua kerja dalam seminggu untuk menambahkan pendapatan keluarga.

      Harga barang tetap akan naik. Usaha kita untuk berhadapan dengan masalah ini bagaimana pula? Adakah kita kana melenting pada tahun hadapan apabila harga barang akan naik. Tindakaan yang bijak dan proaktif mesti ada. Kita kena kreatif dalam kehidupan untuk terus maju. Pandangan yang negatif perlu dielakkan. Carilah, dengarlah pandangan  dan sokongalah pejuang dan pembela rakyat yang sebenar.
       

      

Monday, December 6, 2010

BARISAN NASIONAL PERLUKAN KEMANTAPAN KEPIMPINAN

         Dalam dunia politik perubahan adalah fokus dan agenda utama samada untuk rakyat atau negara.  Konvensyen Barisan Nasional pada 4 November, penuh bermakna bagi pemimpin yang dapat menghayati ucapan perdana menteri.  Persoalannya adakah selepas konvensyen ini, para pejuang dan pendekar rakyat akan merialisasikan apa yang telah dipersetujui bersama.

     Dato'Seri Najib begitu yakin semasa memberi ucapan dihadapan pemimpin dan parti komponen Barisan Nsional. Semua rakyat akar umbi akan menunggu tindakan susulan daripada pemimpin yang hadir pada konvensyen tersebut. Kita akan lihat sejauh mana perubahan itu dapat dimiliki bersama.

    Apa yang menarik sekali dalam ucapan Dato' Seri adalah tentang 4 perkara  negatif yang diharapkan tidak terus berlaku dalam pucuk kepimpinan Barisan Nasional. Bagi pandangan saya 4 perkara ini sepatutnya telah dilakukan sebelum pilihanraya dahulu atau dengan kata lain ianya sudah diambil tindakan 10 tahun yang lalu.  SEMOGA para pemimpin pada masa depan akan meninggalkan perkara negatif ini.

       Pertama, ada dalam kalangan pemimpin yang sudah memenangi pilihanraya di buai mimpi seperti lagu D'lyod. Mereka berkhayal dan lamunan yang tiada hentinya. Rakyat yang menunggu harapan yang menggunung akhirnya tertidur menunggu perubahan pembangunan. Ucapan dan janji pada rakyat bukan lagi di alam nyata tetapi lebih bersikap seperti 'menunggu kucing bertanduk'.

         Kedua, amat sesuai bagi para pemimpin  senior dalam politik. Mereka yang memegang jawatan sebagai Yang Berhormat terutamanya 2 penggal akhirnya mereka berada dalam zon selesa.  Keadaan ini berlaku apabila kawasan yang mereka menangi amat sukar digugat oleh parti-parti lain. Bagi mereka rakyat tetap akan memilih parti yang diwakilinya.

      Sebab itu kita sering terdenganr pemimpin tidak lagi banyak melakukan banyak perubahan atau kurang sudah mendampingi masyarakat.  Kekuatan motivasi dalaman sudah kurang. Zon selesa ini seperti 'arnab berlumba dengan kura-kura'.

     Ketiga para pemimpin tidak mau berubah. Kita boleh andaikan penggunaan mesin taip masih lagi sesuai untuk mereka  daripada menggunakan komputer untuk komunikasi mereka.  Tidak mau  berubah ianya amat berkaitan dengnan sikap. Sekiranya parti menggunakan pendekatan ini sudah pasti kita berlari menggunakan stim enjim daripada menggunakan tenaga elektrik.

     Kekangan memang berlaku sebab mereka yang berada dalam lingkungan ini mempunyai persahabatan yang kuat dalam kalangan parti. ' Hendak di buang kawan tidak dibuang jadi lawan '
    
      Keempat, tidak mau atau sukar menerima pandangan orang lain. Sudah menjadi lumrah manusia, mereka yang berkuasa apa pun tindakan mereka adalah benar. Ini kadang-kadang terjadi apabila genarasi muda bertembung idea dengan genarasi senior.  Para pemimpin senior mempunyai pegagan sendiri seperti orang tua kita, apabila mereka kata A, maka A tidak boleh berubah.

       Akhirnya terjadilah desakan generasi muda untuk mengeluarkan buah fikiran bagi mencuba idea mereka digunakan.

      Sekiranya perkara ini kita ambil ikhtibar dan digunakan dalam kepimpinan, insyaalah segalanya akan berubah ke arah positif dan rakyat tidak lagi sangsi dengan kemampuan  kita sebagai PEWARIS kepimpinan pada masa hadapan.








Friday, December 3, 2010

BENARKAH CALON DIPILIH OLEH KETUA PARTI


       Pilihanraya semangkin hampir dan pilihan calon bagi kawasan ADUN bagaimana pula?  Saya sempat menerima pendapat seorang yang mengatakan calon ADUN adalah pilihan puncuk kepimpinan parti  bukanya pilihan rakyat. Pendapat ini ada kebenaran berdasarkan sejarah calon yang dipilih dalam pilihanraya.

    Hampir semua calon ADUN pada masa kini  adalah pilihan pihak pemimpin tertinggi parti  sama ada peringkat bahagian atau negeri.  Sudah jelas ADUN yang terpilih mempunyai rangkaian yang baik dengan ketua parti.

      Amat jarang sekali kita dapati ADUN yang ada adalah pilihan rakyat. Semua adalah pilihan pucuk kepimpinan parti. Walau bagaimanapun atas kesetiaan RAKYAT pada parti seseorang sanggup menerima calon pilihan parti yang akhirnya mendapat kemenagan. Undian perdasarkan parti bukannya ADUN yang dilantik oleh parti.

     Mungkin salah satu sebab ramai ADUN tidak berkerja keras setelah memenangi pilihanraya ADALAH disebabkan oleh masalah ini. Mereka berkerja untuk  ketua parti  bukannya untuk rakyat.  Bagai mereka/ADUN perhubungan yang baik dengan ketua parti memberi ruang kepada mereka untuk dipilih dalam pilihanraya seterusnya. Rakyat bagi mereka adalah penyokong saja untuk kemenangan parti.

     Sebab itu kita dapati ramai ADUN sentiasa menghampiri  ketua parti dalam mana-mana majlis  atau lawatan kerja ketua parti. Perkara ini memang baik, tetapi ADUN  terlupa rakyat yang mengundi pada masa pilihanraya. Kawasan sendiri terabai dan jarang dilawatai.

      Ada kawasan yang hanya dilawati setahun sekali oleh ADUN yang dilantik. Masalah rakyat terpinggir dan bagi ADUN hubungan yang intim dengan ketua parti perlu diutamakan. ' KETUA PARTI DIUTAMAKAN RAKYAT  DIKEMUDIANKAN '






Islamic Widget

TV / RADIO ONLIE