KUNAK KLASIK

PERKONGSIAN ILMU, MAKLUMAT DAN PANDANGAN SECARA TELUS.

Tuesday, May 15, 2012

BARISAN NASIONAL MENANG DALAM PILIHANRAYA KE-13 - TUN MAHATHIR


KUALA LUMPUR 14 Mei - Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad yakin Barisan Nasional (BN) di bawah kepimpinan Datuk Seri Najib Tun Razak mampu mencapai kejayaan lebih baik pada Pilihan Raya Umum ke-13 berbanding pada 2008. Menurut beliau, ini berdasarkan petanda-petanda baik khususnya sokongan rakyat terhadap kepimpinan Najib dan BN. Namun, jelasnya, ia bergantung kepada Najib mencari tarikh sesuai untuk membubarkan Parlimen bagi membolehkan BN mencapai objektif mendapatkan sokongan majoriti dua pertiga. ''Sudah tentu beliau mahu mencapai majoriti dua pertiga. Saya juga berpendapat beliau akan dapat melakukan yang terbaik berbanding pilihan raya umum lalu,'' katanya selepas menghadiri pelancaran Ikon Membaca Kebangsaan dan Penyemarakan Kempen Nilai-Nilai Murni 1Malaysia di Perpustakaan Negara Malaysia (PNM) di sini hari ini. Pada majlis yang disempurnakan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin itu, beliau dilantik sebagai Ikon Membaca Kebangsaan 2012.
Zahari Lorong di 5:49 AM
Share

No comments:

Post a Comment

‹
›
Home
View web version

BUMI BERTUAH MALAYSIAKU

My photo
Zahari Lorong
View my complete profile
Powered by Blogger.