KUNAK KLASIK
PERKONGSIAN ILMU, MAKLUMAT DAN PANDANGAN SECARA TELUS.
Sunday, April 17, 2011
RAKYAT YAKIN DENGAN KEUPAYAAN BARISAN NASIONAL -SARAWAK PILIHANRAYA 2011
BN KEKAL MEJORITI 2/3
1
.
Tahniah kepada Barisan Nasional (BN) walaupun mulanya dikatakan sukar membentuk kerajaan tetapi ternyata rakyat Sarawak, kecuali di Kuching, menerima baik parti berkenaan. Keputusan keseluruhannya, BN memenangi 55 kerusi, DAP (12), PKR (3) dan Bebas (1). Keputusan itu menunjukkan BN kehilangan lapan kerusi, berbanding 63 kerusi yang dimenanginya pada 2006. DAP dan PKR juga menyapu bersih semua lima kerusi di Kuching. Kejayaan ini juga menepis ramalan pembangkang bahawa ia mampu membantuk kerajaan apabila sejak tengah hari tadi beberapa blog yang 'bersimpati' dengannya menyebut Sarawak bakal jatuh kepada pembangkang.
KEPUTUSAN PENUH DUN PILIHANRAYA SARAWAK
2.
Di bawah adalah keputusan pilihanraya DUN Negeri Sarawak yang dibuat siang tadi. Keputusan tidak termasuk senarai untuk DUN N17, N26, N33, N46, N58, N59, N60, N61 dan N68. Semoga ia sedikit sebanyak membantu sebagai maklumat untuk kita bersama. ( Klik )
BN terus kekalkan kepercayaan
3
.
Keputusan penuh yang diumum Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof pada jam 10.55 malam menyaksikan BN menang 55 kerusi, DAP (12), Parti Keadilan Rakyat (tiga), manakala Bebas menang satu kerusi.
No comments:
Post a Comment
‹
›
Home
View web version
No comments:
Post a Comment