KUALA LUMPUR 14 Mei - Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad yakin Barisan Nasional (BN) di bawah kepimpinan Datuk Seri Najib Tun Razak mampu mencapai kejayaan lebih baik pada Pilihan Raya Umum ke-13 berbanding pada 2008. Menurut beliau, ini berdasarkan petanda-petanda baik khususnya sokongan rakyat terhadap kepimpinan Najib dan BN. Namun, jelasnya, ia bergantung kepada Najib mencari tarikh sesuai untuk membubarkan Parlimen bagi membolehkan BN mencapai objektif mendapatkan sokongan majoriti dua pertiga. ''Sudah tentu beliau mahu mencapai majoriti dua pertiga. Saya juga berpendapat beliau akan dapat melakukan yang terbaik berbanding pilihan raya umum lalu,'' katanya selepas menghadiri pelancaran Ikon Membaca Kebangsaan dan Penyemarakan Kempen Nilai-Nilai Murni 1Malaysia di Perpustakaan Negara Malaysia (PNM) di sini hari ini. Pada majlis yang disempurnakan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin itu, beliau dilantik sebagai Ikon Membaca Kebangsaan 2012.ESPN's Bottom Line Widget
CIPTALAH SEJARAH YANG TERBAIK UNTUK GENERASI KITA / JANGAN BIARKAN KITA TERSUNGKUR DI BUMI SENDIRI
bX-2nw74
Tuesday, May 15, 2012
BARISAN NASIONAL MENANG DALAM PILIHANRAYA KE-13 - TUN MAHATHIR
KUALA LUMPUR 14 Mei - Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad yakin Barisan Nasional (BN) di bawah kepimpinan Datuk Seri Najib Tun Razak mampu mencapai kejayaan lebih baik pada Pilihan Raya Umum ke-13 berbanding pada 2008. Menurut beliau, ini berdasarkan petanda-petanda baik khususnya sokongan rakyat terhadap kepimpinan Najib dan BN. Namun, jelasnya, ia bergantung kepada Najib mencari tarikh sesuai untuk membubarkan Parlimen bagi membolehkan BN mencapai objektif mendapatkan sokongan majoriti dua pertiga. ''Sudah tentu beliau mahu mencapai majoriti dua pertiga. Saya juga berpendapat beliau akan dapat melakukan yang terbaik berbanding pilihan raya umum lalu,'' katanya selepas menghadiri pelancaran Ikon Membaca Kebangsaan dan Penyemarakan Kempen Nilai-Nilai Murni 1Malaysia di Perpustakaan Negara Malaysia (PNM) di sini hari ini. Pada majlis yang disempurnakan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin itu, beliau dilantik sebagai Ikon Membaca Kebangsaan 2012.Wednesday, May 2, 2012
Friday, April 27, 2012
SELEPAS SHOLAT JUMAAT REMAJA INI DENGAN BANGGANYA MEMBUAT DEMONSTRASI
Begitu juga doa yang dibaca semoga negara dan rakyat kita akan terselamat dan diberi kemajuan serta dijauhi oleh perkara yang boleh merosakkan masyarakat kita.
"Apabila kamu selesai
mengerjakan solat, bertebaranlah kamu di muka bumi dan carilah kurnia Allah"
(Surah AI Jumuah: 9). Bertebaranlah di muka bumi bermakna bergerak mencari
rezeki halal, manakala mencari kurnia Allah bermakna bekerja, berkarya
dan berusaha.
Apa yang berlaku selepas sholat Jumaat ada dalam kalangan belia mengejar masa untuk pergi ke kawasan yang menganjurkan demonstrasi bukannya untuk mencari rezeki dan membantu negara.
Walaupun itu adalah hak demokrasi sebagai rakyat Malaysia, tetapi biarlah menjadi rakyat Malaysia yang berakal panjang dan penyelesian boleh dibuat dengan cara bermasyuarah.
Terikut-ikut dengan cara emosi dan pengetahuan yang sedikit dalam permainan politik ianya lebih bersifat sementara saja. Betul juga kata orang tua kalau nak buat sesuatu biarlah berfikir semasak-masaknya, jangan sampai terlajak perahu?
Thursday, April 26, 2012
Tuesday, April 17, 2012
Kesinambungan Semangat Leluhur Bugis: Persatuan Perpaduan Rumpun Bugis Melayu Malaysia
Friday, March 30, 2012
KUNAK PERLUKAN STADIUM, KOLEJ DAN SEKOLAH TAHFIZ

Dalam sembang dengan Masyarakat Kunak, ada 3 aspek yang perlu diambil perhatian bagi memastikan Kunak terus bersaing dan seiring dengan daerah yang berhampiran seperti Semporna, Lahad Datu dan Tawau.
Dari segi ekonomi, Kunak merupakan Daerah pertanian dikelilingi ladang kelapa sawit yang dimilik syarikat besar seperti Sime Darby, IOI, dan kilang -kilang memproses minyak kelapa sawit seperti THL-Wilmer, Borneo Samudera, Sime Darby dan beberapa kilang yang lain. Samada syarikat besar yang beroperasi di Daerah Kunak memberi sumbangan terutamanya dari segi sosial, dan jawapan ini terletak pada penduduk Kunak untuk menjawabnya.
Sejak Sabah merdeka dan pertukaran parti- parti yang memerintah bermula dari USNO hingga ke UMNO belum nampak lagi ada usaha yang bersungguh-sungguh untuk mendapatkan 3 perkara ini. Kunak merupakan daerah yang strategik untuk mendapatkan kolej, sekolah tahfiz dan dalam masa yang sama masih lagi kemarau untuk mendapatkan stadium belum lagi terjawab.Jika 3 perkara ini berlaku, saya yakin Kunak akan terus membangun dengan cepat kerana 3 keperluan ini secara tidak langsung memberi ruang daerah ini untuk mencapai pembangunan sekitarnya lebih cepat lagi seperti Balung yang terletak di Daerah Tawau.
Saturday, March 3, 2012
MOHON MAAF ATAS KESILAPAN BARISAN NASIONAL/UMNO-DATUK SERI NAJIB
Tahnia kepada Datuk Seri Najib yang berani mengatakan kebenaran atas kesilapan Barisan nasional/UMNO di Kedah.Datuk Seri Najib dengan berani memohon maaf bagi mewakili parti dan kerajaan atas kesilapan yang telah berlaku di Kedah.
Ini merupakan satu senario yang luar biasa dalam mana pemimpin tertinggi telah memohon maaf kepada rakyat. Kesilapan ADUN atau YB yang tidak menjalankan kewajipan dengan sepenuhnya hinggakan rakyat hilang keyakinan kepada Barisan Nasional. Bebanan ini telah di tanggung sendiri oleh Datuk Seri Najib. Sepatutnya Yang Berhormat yang mewakili ADUN masing-masng meluahkan atau menterjamahkan ayat ini ( mohon maaf ) kepada rakyat. Contoh ini mesti terus diwarisi oleh mereka yang bergelar Yang Berhormat/ADUN. Situasi ini bukan sahaja perlu merujuk kepada parti pemerintah namun merangkumi parti pembangkan yang lain termasuk mereka yang menang atas tiket BEBAS.
Selepas ini berapa ramai Yang Berhormat sanggup menyatakan mohon maaf kepada rakyat selepas banyak menabur janji-janji yang tidak tertunai.
Subscribe to:
Posts (Atom)
Islamic Widget
TV / RADIO ONLIE
-
-
-
EuroSport Live stream - Eurosport is a pan-European television sports network and a subsidiary of Discovery. Eurosport owns a wide range of rights across many sports but general...5 years ago
-
LISTEN RADIO BANGSAR UTAMA FM - MALAYSIA RADIO ONLINE LIVE : RADIO BANGSAR UTAMA FM RADIO BANGSAR UATAMA | BERANI LANGGAR LAPORAN JELAS *Auto PLAY* [image: XY RADIO ONLINE | Free Online R...14 years ago
-
-
-
-
-




