AZLI SHUKRI TODAY: Anwar Menari, Mahathir Bertepuk
: "Anwar Menari Mahathir Bertepuk Sindiran sinis Tun Dr Mahathir kepada Anwar Ibrahim harus diberi perhatian serius oleh seluruh ahli PKR. Say..."
ESPN's Bottom Line Widget
CIPTALAH SEJARAH YANG TERBAIK UNTUK GENERASI KITA / JANGAN BIARKAN KITA TERSUNGKUR DI BUMI SENDIRI
bX-2nw74
Tuesday, November 23, 2010
Monday, November 22, 2010
BN PARTI INKLUSIF DAN TERBUKA
Sikap terbuka perdana menteri Datuk Seri Najib membawa lembaran baru kepada Parti Barisan Nasional apabila parti BN membuka keanggotaan Bersekutu dan keanggotaan Bergabung. Pendekatan ini akan memberi ruang seluas-luasnya pada pertubuhan politik, persatuan dan pertubuhan bukan kerajaan boleh memohon menjadi anggota.
Mereka yang menyertai BN boleh berkongsi perinsip, konsep dan dasar perjuangan dalam membincangkan hala tuju dasar dan perancangan kerajaan. Tindakan ini mungkin sudah sampai masanya mereka yang selama ini ingin menyalurkan pandangan dan buah fikiran akan mempunyai saluran yang tepat untuk dibincangkan secara bersama.
Mana-mana pertubuhan yang tidak berpuas hati dengan pendekatan BN, boleh berbincang secara terbuka atau secara kekeluargaan apabila mesyuarat BN diadakan. Secara tidak langsung ianya akan mengurangkan demontrasi jalanan, bantahan secara melulu dan ketidakpuasan hati secara berterusan. Peluang ini boleh dianggap sebagai satu pendekatan kolektif oleh semua pihak samada pihak BN atau keanggotaan bersekutu dan keanggiotaan bergabung.
Ketulusan PM kita untuk membawa perubahan politik dan minda jelas dan tidak berselindung apabila BN meminda perlembagaanya dengan kedua-dua keanggotaan bersekutu dan bergabung.
Dalam masa yang sama, Najib berkata pindaan perlembagaan itu juga melibatkan penubuhan Kelab Sahabat BN yang membuka peluang kepada sesiapa yang mahu menjadi sahabat dan rakan kepada BN. Selain itu, Kelab Rakan Muda BN juga akan diwujudkan dengan kumpulan sasaran adalah mereka yang berumur antara 18 dan 21 tahun yang ingin menyokong dan menghayati perjuangan parti tetapi belum menjadi pengundi.
Dewan tertinggi BN juga membincangkan kejayaan BN dalam pilihanraya di Galas dan Batu Sapi. Kejayaan berganda membuktikan dasar dan perinsip BN sudah diterima oleh rakyat apatah lagi sokongan rakyat dalam kedua-dua pilihanraya tersebut meningkat.
Saturday, November 20, 2010
Friday, November 5, 2010
KEMENANGAN BN DI GALAS & BATU SAPI PERMULAAN YANG BAIK
Kemenangan BN di Galas dan Batu Sapi sudah menunjuukan kekuatan BN sudah berada di landasan yang betul. Para penganalisis politik menjangkakan BN akan kalah di Galas atas isu calon dan Batu Sapi dikaitkan dengan " Sabah Untuk Sabah ". Kedua-dua isu ini dapat ditangani dengan baik oleh jentera BN yang akhirnya mendapat kejayaan berganda. Apa yang menarik perhatian saya dalam kedua-dua pilihanraya ialah penglibatan golongan muda sudah diambil perhatian pandangan mereka. Mereka tidak lagi diketepikan dalam arus pergolakan politik. Saya penuh yakin jika golongan ini terus diberi perhatian dan saya menjangkakan BN akan menang besar dalam pilihanraya ke-13.
Kerjasama dalam parti BN sudah terbukti kukuh dan nampak jelas bahawa perpecahan dalam BN sudah dapat diatasi. Isu perpecahan dalam BN bukan lagi menjadi isu utama dalam kempen parti-parti PKR dan PAS. Ini mungkin jentera BN sudah menyedari bahawa mereka perlu memperbaiki masalah dalaman sebelum datang ke Galas dan batu Sapi sebagai jentera yang kukuh.
Keyakinan rakyat di bawah pimpinan Dato' Seri Najib sudah dapat diterima semenjak PM memperkenalkan Satu Malaysia. Kesungguhan PM membawa peubahan kepada kepimpinan negara sudah dapat diterima oleh semua kaum. PM yang penuh berwawasan dan berfokus merupakan satu tunggak kepada kemenangan BN dalam pilihanraya ke-13 nanti.
Saya mengucapkan tahniah kepada semua jentera BN yang bekerja tanpa mengira masa di Galas dan Batu Sapi yang akhirnya membawa kejayaan berganda.Setiap ada pertandingan mesti ada pemenangnya.
Kelab Penyokong Maya UMNO menyatakan ada 4 faktor yang membawa kejayaan BN dalam pilihanraya ini dan " Ramuan Kemenangan BN Sudah dijumpai "
Tuesday, November 2, 2010
Monday, November 1, 2010
SEJARAH MELAYU - NUSANTARA
![]() |
| ( gambar hiasan ) Penghijrahan manusia purba masuk ke wilayah Nusantara terjadi antara 100,000 - 160,000 tahun yang lalu sebagai sebahagian penghijrahan "keluar dari Afrika". Selanjutnya, kira-kira Abad ke-20 SM, 2000 SM, penghijrahan besar-besaran masuk ke Kepulauan Nusantara dilakukan oleh ras Austronesia dari Yunnan dan mereka menjadi nenek moyang2500 SM dan 1500 SM. kepada suku-suku di wilayah Nusantara barat. Mereka datang dalam dua gelombang, iaitu sekitar tahun Bangsa nenek moyang ini telah memiliki peradaban yang cukup baik. Mereka faham akan cara bertani yang lebih baik, ilmu pelayaran bahkan astronomi. Mereka juga sudah memiliki sistem tata pemerintahan sederhana serta memiliki pemimpin (raja kecil). Ketibaan pendatang-pendatang dari India pada abad-abad akhir sebelum masihi memperkenalkan sistem tata pemerintahan yang lebih maju (kerajaan) kepada mereka, dengan Dewawarman merupakan orang pertama yang memperkenalkan model tata pemerintahan yang lebih maju itu. Dewawarman juga melanjutkan dan memajukan wilayah kekuasaan di bawah Aki Tirem. |
( SEJARAH NUSANTARA )
(MIGRASI MANUSIA )
( SEJARAH PENYEBARAN ORANG MELAYU )
Subscribe to:
Posts (Atom)
Islamic Widget
TV / RADIO ONLIE
-
-
-
EuroSport Live stream - Eurosport is a pan-European television sports network and a subsidiary of Discovery. Eurosport owns a wide range of rights across many sports but general...5 years ago
-
LISTEN RADIO BANGSAR UTAMA FM - MALAYSIA RADIO ONLINE LIVE : RADIO BANGSAR UTAMA FM RADIO BANGSAR UATAMA | BERANI LANGGAR LAPORAN JELAS *Auto PLAY* [image: XY RADIO ONLINE | Free Online R...14 years ago
-
-
-
-
-



