ESPN's Bottom Line Widget

CIPTALAH SEJARAH YANG TERBAIK UNTUK GENERASI KITA / JANGAN BIARKAN KITA TERSUNGKUR DI BUMI SENDIRI

bX-2nw74

Wednesday, September 1, 2010

POLITIK DAN TEORI HUMANIS


Ikhlas
Daeng Zahari Bin Lorong




============================================================

" BERILAH SUMBANGAN YANG TERBAIK UNTUK
NEGARAKU MALAYSIA "



            Teori humanistik atau kemanusiaan dikenali sebagai kuasa ketiga di alam psikologi. Teori ini menumpukan perhatian kepada manusia sebagai insan yang baik, murni dan sentiasa berkembang ke arah kebaikan. Pakar – pakar psikologi kemanusiaan seperti Carl Ransom Rogers dan Abraham H. Maslow selalu menekankan yang perkembangan diri ke arah kesempurnaan kendiri individu sebagai pengacara bagi pelbagai tenaga yang bertugas untuk membentuk personaliti seseorang.


            Dalam perbincangan ini saya nak hubungkaitkan antara Teori Maslow dan politik. Pengundi/rakyat seperti yang diketahui umum ingin perubahan pembangunan dari semua sudut iaitu sudut ekonomi,sosial dan politik. Sekiranya perkara ini digabungkan ada kemungkinan parti yang memerintah boleh mengekalkan kedudukan mereka untuk terus menjalankan kuasa kerajaan


             Maslow melihat individu sebagai sesuatu yang berintergrasi dan penyusuan keseluruhan. Contohnya, seorang insan yang lapar, ianya bukan sebahagian daripada diri individu tersebut, sebaliknya keseluruhan diri individu menunjukkan rasa lapar. Teori Maslow ini ada berkaitan dengan personaliti, dan menitikberatkan beberapa andaian yang berkaitan dengan motivasi. Beliau menekankan keseluruhan diri individu bergerak, bukan hanya sebahagian daripada individu.


           Maslow menganggap motivasi sebagai sesuatu yang kompleks, dimana tingkah laku luaran yan diperlihatkan oleh manusia. Beliau juga menganggap, individu akan terus bermotivasi oleh kerana sesuatu matlamat. Matlamat ini dianggap sebagai keperluan yang perlu dipenuhi oleh semua manusia tanpa mengambil kira budaya, persekitaran dan perbezaan generasi.


             Personaliti yang dibincangkan oleh Maslow lebih kepada keperluan individu. Maslow sering mengaitkan perkembangan personaliti dengan motivasi. Motivasi lahir dari keperluan yang diperolehi oleh setiap individu. Maslow berpendapat sebilangan keperluan dalaman yang menggerak serta mengarahkan perlakuan yang dipamerkan oleh individu. Keperluan yang ditunjukkan oleh Maslow boleh dilihat dalam bentuk hieraki.


             Menurut beliau keperluan di tahap yang paling bawah/keperluan fisiologi harus dipenuhi terlebih dahulu sebelum seseorang individu memikirkan tahap kedua. Dengan kata lain keperluan di peringkat kedua tidak akan wujud jika keperluan diperingkat pertama tidak mencapai tahap kesempurnaan.


              Maslow juga menyebut terdapat perbezaan diantara keperluan peringkat bawah dengan keperluan di peringkat tinggi. Antaranya :


 Keperluan di peringkat tinggi wujud lewat di dalam pertumbuhan diri kita dan kewujudannya secara beransur – ansur. Oleh kerana lebih tinggi keperluan itu ianya lebih istimewa kepada individu tersebut.

 Keperluan fisiologi wujud sebaik sahaja individu lahir di dunia.

 Keperluan penghargaan kendiri timbul di peringkat remaja dan dewasa. Manakala keperluan kesempurnaan kendiri wujud selepas pertengahan umur.

 Kepuasan memenuhi keperluan di peringkat tinggi akan membawa erti yang mendalam kepada diri individu tersebut, seperti gembira. Keperluan di peringkat tertinggi (keperluan kesempurnaan kendiri) dianggap sebagai keperluan pertumbuhan.

 Keperluan – keperluan di peringkat rendah, adalah keperluan yang semestinya dilalui oleh setiap individu bagi mengekalkan kestabilan.

Hirarki Maslow

 

1. Keperluan Fisiologi

            Keperluan manusia yang paling asas adalah untuk hidup. Manusia perlukan udara, air, makanan dan tempat tinggal bagi memenuhkan kehendak pertama dan utama ini. Pada masa ini, keperluan lain tidak sama sekali menjadi tumpuan selagi kehendak asas ini dipenuhi.




Dimana letaknya nilai kemanusiaan

          Dalam politik pula, pengundi / rakyat amat memerlukan keperluan asas yang sempurna seperti contoh yang jelas ialah air. Sudah berapa tahun kita merdeka namun terdapat banyak lagi kampung yang masih menggunakan air perigi, sungai dan air hujan. Adakah perkara ini telah disedari oleh parti poltik atau memandangkan perkara ini sebagai isu yang kecil sahaja. Bayangkan kalau perkara ini berterusan pada pemimpin yang silih berganti dan perkara projek mega menjadi fokus utama pada pemimpin politik.

            Dari aspek makanan pula, adakah rakyat / pengundi dalam kawasan kita sudah mempenyai keperluan makanan yang mencukupi. Saban hari dalam media massa dipaparkan anak mereka terpaksa berhenti sekolah bagi membantu ibu bapa mereka kerja bagi meneruskan kehidupan mereka. Makanan seimbang yang diperlukan tidak dinikmati akibat pengetahuan yang kurang dan nilai ringgit mereka yang tidak mencukupi.


2. Keperluan Keselamatan

           Setelah keperluan ini dicapai, manusia akan mencari keselamatan hidup, kestabilan kerja, jagaan masyarakat, undang – undang serta membebaskan diri daripada ancaman luaran mahupun dalaman. Tahap keselamatan ini amat diperlukan bagi menjamin kesejahteraan hidup

            Jenayah berlaku di mana-mana dan seperti kata orang ’malang tidak berbau ’. Walaupun pihak keselamatan telah berusaha mengurangkan kadar jenayah tapi jenayah seperti satu benda yang hidup tanpa putusnya. Dalam perkara ini bagaimana pihak politik /wakil calon boleh berkerjasama secara komprehensif untuk menangani perkara ini. Kekeuatan poltik sebenrnya juga bergantung dengan keselamatan para pengundi. Cetusan trgedi yangt berkaitan jenayah dan tindakan pihak keselamatan sering hangat diperkatakan apabila berlaku isu yang tidak diterima oleh kedua-dua pihak.

           Desakan ini akhirnya di bawah ke perlimen untuk dibincangkan. Biasanaya pihak parti lawan mengambil kesempatan untuk membincangkna isu ini. Sekiranya tidak ditangani dengan bijaksana ianya boleh membawa desakan pada parti yang memerintah. Diperingkat mikro pula, para pengundi/masyarakat perlu memerlukan keselamatan 24 jam bagi membolehkan mereka keluar mencari rezeki dengan selamat. Kestabilan keselamatan pasti mempunyai hubungan kuat dengan kemantapan poltik bagi parti yang memerintah.

3. Keperluan Kasih Sayang dan Kepunyaan
            Dalam memenuhkan keperluan kasih sayang pula, manusia perlukan hubungan dengan insan lain. Kita semua pada asasnya ialah haiwan yang bersosial, iaitu kita perlukan kasih sayang daripada orang lain. Oleh itu manusia ini sememangnya tidak boleh wujud bersendirian.

          Hubungan yang erat antara kaum bagaikan ’kuku dan kulit’ atau ’lagu dan irama’. Kasih sayang dan saling menghormati perlu ada dalam antara kaum terutama sekali di negara kita yang telah dikenali mempunyai masyarakat majmuk. Isu ini boleh diterjemahkan dalam Satu Malaysia yang diperkenalkan oleh perdana menteri kita.

            Jika para pemimpin kita menerapkan betapa petingnya hubungan anatara kaum sudah pasti kedudukan parti yang memerintah tidak mempuyai halangan untuk meneruskan agenda dan polisi pembangunan mereka. Rusuhan kaum pada 13 Mei sudah pasti merupakan sejarah hitam dalam negara kita. Semua kaum tidak mahu peristiwa ini akan berlaku pada masa depan.

       Tugas ini memang berat untuk di atasi oleh parti politik majmuk. Ianya memerlukan kebijaksanaan untuk menyelesaikan semua isu kaum agar tidak menyinggung mana-mana kaum. Parti politik mesti peka dalam perkara ini, contohnya parti UMNO,MIC dan MCA. Apabila berlaku isu kaum sudah pasti para pemimpin bertindak dengan segera agar tidak sampai ke akar umbi.

4. Keperluan Penghargaan Kendiri

Tahap seterusnya adalah kehendak untuk penghargaan kendiri. Kita mahu berkuasa, sekurang – kurangnya ke atas diri kita sendiri. Pada masa yang sama, kita juga perlukan kekuatan, kebolehan, kepakaran serta kebebasan. Seterusnya manusia ingin dihormati, disanjungi dan kehendak status dalam hidup.

            Dalam politik penghargaan kendiri apabila seseorang telah mencapai apa yang dihajati dalam politik seperti Ketua Bahagian, Menjadi ADUN atau wakil Perlimen. Perkara yang penting adakah kuasa yang diberi dapat digunakan dengan sebaiknya agar tidak berlaku kecacatan dalam politik. Bagi pengundi kuasa mestilah dikongsi bersama bagi melaksanakan polisi-polis parti. Kepuasan pengundi apabila mereka diwakili oleh wakil calon yang bertanggungjawab, bertoleransi mempunyai wawasan yang jauh dan pandai mencorak ekonomi di sesuatu kawasan.

            Sudah menjadi lumrah manusia suka membandingkan wakil calon yang terpilih dengan calon yang terdahulu. Kekuatan calon terletak pada kekuatan rakyat dan calon perlu tahu bahawa kuasa yang diberi akan berakhir dalam tempoh masa 5 tahun.

           Apabila kedengaran DEWAN akan bubar maka sudah pasti kedai kopi akan menjadi tempat tumpuan pengundi untuk mendenganr isu-isu kecacatan wakil calon dan kehebatan para pelobi yang ingin menawarkan diri menjadi calon.

5. Keperluan Kesempurnaan

           Akhir sekali usaha manusia yang teragung adalah untuk mencapai kesempurnaan kendiri. Semua tahap kehendak sebelum ini perlu dipenuhi terlebih dahulu sebelum seseorang itu inginkan kesempurnaan kendiri.

          Diperingkat ini seseorang telah mendapat apa yang dihajati. Bagi saya calon yang terpilih sudah memegang jawatan penting dalam kementerian. Calon yang dilantik menjadi menteri, exco telah mencapai tahap yang tertinggi dalam kerjaya politik seseorang. Untuk menjadi Ketua Menteri dan Perdana Menteri adalah satu tingkap kesempurnaan diri yang tertinggi sekali.

           Atas dasar perkara ini setiap kali menjelang pilihanraya semua parti politik akan melebarkan pengaruhnya dan menjanjikan polisi-polisi yang terbaik untuk rakyat/pengundi. Siapa saja yang memegang jawatan tertinggi dalam parti seseorang telah mencapai kesempurnaan dan personaliti yang tertinggi dalam kehidupan mereka. Mereka perlu ingat adakah taburan janji masa berkempen telah dilaksanakan atau ianya akan menjadi igauan pada rakyat.

Ciri – Ciri Individu Yang Telah Mencapai Kesempurnaan Kendiri

           Mengikut Maslow manusia yang mempunyai kesempurnaan kendiri merupakan manusia yang telah mencapai perkembangan personaliti tertinggi dan telah dapat menrealisasikan pontesinya. Ciri – ciri personaliti manusia yang telah mencapai tahap kesempurnaan kendiri ialah, antaranya :

  • Mencapai perkembangan moral yang tinggi iaitu lebih mengutamakan kebajikan orang lain.  

  • Mempunyai komitmen yang tinggi terhadap tugas dan pekerjaan.

  • Mempunyai pegangan hidup yang kukuh, jujur, bertindak berdasarkan kepada apa yang dipercayainya walaupun tidak popular.

  • Tidak berminat untuk menjadi pengikut kepada suasana semasa seperti fesyen, adat resam, dan seumpamanya.

  • Seronok bersama kawan – kawan tetapi tidak bergantung kepada merekaSeronok dengan kehidupan yang mencabar dan yang baru.

  • Bersikap objektif.

           Maslow (1968) melihat manusia sebagai insan yang baik serta mulia dan mempunyai dorongan sejadi untuk berkembang ke arah kesempurnaan kendiri. Pencapaian keperluan penghargaan kendiri akan membolehkan manusia rasa punyai harga diri, berkebolehan, berguna dan boleh berjasa kepada masyarakat (Maslow, 1954).Maslow (1954) menyatakan bahawa jikalau seseorang berupaya mencapai tahap kesempurnaan kendiri tetapi tidak berusaha ke arahnya, maka ia akan mengalami kegelisahan dan keresahan dalam hidup.

           Dari segi ideologi politik, walaupun parti mempunyai ideologi yang berlainan tetapi matlamatnya tetap sama.  Kita perlu fikirkan peranan dan tanggung jawab utama parti poltik adalah membawa pembangunan kepada rakyat tidak kira samada ianya parti kerajaan atau pembangkang. Peranan ini boleh di mainkan bersama dan bukanya menggunakan rakyat untuk kepentingan peribadi.


           Alangkah baiknya kita bersikap lebih matang sedikit dan berfikiran terbuka apabila selepas pilihanraya parti yang kalah sama-sama bergambung dengan parti yang menang untuk melaksanakan tugas masing-masing dengan kata lain membantu rakyat secara komprehensif tanpa memikirkan siapa yang silap dalam pilihanraya yang dah berlalu.

         Trend sekarang seolah-olah kita menyediakan persekitaran dan iklim yang tidak baik kepada generasi kita  dengan  menyediakan satu drama yang sukar diterima apabila nilai-nilai tidak diambil kira. Lihat saja blog yang tumbuh macam cendawan dan blog yang dipengaruhi oleh parti tertentu mengeluarka tulisan yang kurang elok dan manis untuk dibaca oleh generasi kita. Perkataan seperti CELAKA, BODOH, PERGI MAMPUS, LAKNAT dan sebagainya sudah menjadi bahasa diterima dalam penulisan blog.


           Saya risau kalau perkara ini berlaku ada kemungkinan generasi kita akan kehilangan nilai  dan saling menghormati tidak menjadi amalan biasa.  Untuk menjadi kesempurnaan diri nilai-nilai bahasa perlu selari dengan arus perdana dan kehendak masyarakat sekarang.


         Jangan salahkan generasi kita apabila mereka tidak ada satu lagi pegagan adat yang kukuh.  Tulisan yang dilontarkan sudah tidak boleh digunakan pada masa sekarang apatah lagi kita sudah pun mempunyai temadun dan budaya yang tinggi. Oleh itu tahap kesempurnaan dan penghormatan yang tinggi sudah hilang nilai-nilainya dan akhirnya kita berada dalam negara yang maju,celik komputer tapi budaya kita telah jauh ketinggalan dalan erti kata ' BUDAYA YANG HILANG SENINYA ' atau  'JANGAN SEPERTI PAK KADOK AYAMNYA MENANG KAMPUNG TERGADAI '


MODEL DOWNS DALAM POLITIK




ikhlas
               Daeng  Zahari Lorong 
--------------------------------------------------------------
klik
{ suara rakyat kunak  / kunakians  /  kunak press
radio fm online  /   }

SAYANGILAH NEGARA KITA SEBAGAIMANA
KITA MENYAYANGI  IBU BAPA KITA  "




       

             Model ini menerangkan dalam politik, minat peribadi menguasai  seseorang dan manusia membuat sesuatu keputusan rasional berdasarkan sikap mementingkan diri sendiri dan apa mereka rasakan paling baik untuk mencampai matlamat mereka.  Dalam perkara ini ada dua tindakan yang perlu diberi  perhatian iaitu            ' Untuk Parti  Politik dan Untuk Pengundi '. Mereka yang terpilih menjadi wakil calon dalam pilihanraya perlu berkerja untuk parti dan sokongan daripada parti komponen dan dalam masa yang sama bagaimana mendekati golongan pengundi.

             Bagi parti dan ahlinya Downs menyatakan politikus perlu melayan dan menturuti polisi-polisi sebagai satu cara untuk mencapai matlamat peribadi iaitu dengan cara dipilih.  ini mewujudkan satu hipotesis iaitu parti yang menyusun polisi-polisinya untuk menang dalam pilihanraya berbanding dengan menang  dalam pilihanraya baru membuat polisi-polisi.  

            Situasi ini memberi pro dan kontra bagi parti  yang ingin bertanding semasa pilihanray.a  Ini jelas apabila tiba sahaja pilihanraya polisi-polisi disebarkan luas dan perbelanjaan parti akan meningkat.  Banyak pembuktiaan semasa pilihanraya menjelang calon yang dipilih akan memberi perang saraf motivasi pada pengundi untuk mencapai kepentingan mereka.  Kadang kala menjelang pilihanraya suasana pembangunan sesuatu kawasan akan berubah sekelip mata dan ianya sebagai satu jalan untuk menerangkan bahawa polisi parti sebenarnya ingin membantu rakyat.  

             Kontranya pula, bolehkah polisi yang telah dijanjikan kepada pengundi dapat ditunaikan dengan sebegitu cepat atau menunggu lagi pilihanraya seterusnya.  Apabila tuntutan pengundi tidak dapat ditunaikan selama 5 tahun maka sudah pasti akan memberi sedikit resiko pada parti tersebut. Pada kebiasaanya pengundi akan memilih parti yang mereka yakin dapat memberi faedah yang banyak berbanding dengan parti lain.

             Sikap masyarakat terhadap politik mempunyai satu dasar yang penting.  Kita boleh menjangkakan ke arah dan tempat mana sikap kebanyakan pengundi diletakkan.  Kebanyakannya berada di tengah-tengah  yang melambangkan  satu persetujuan.  Walaupun terdapat pengundi/penyokong yang ' ekstremis ' yang kuat menentang pelbagai isu  dan tidak boleh membincangkan kelainan dasar yang ada. Golongan ini mungkin sekali pengundi yang kecewa atau mempunyai kehendak yang berlainan untuk membentuk sesebuah kerajaan.

             Apabila  kedudukan pengundi didapati mengikut skala, parti akan membuat polisi-polisi kepada isu-isu mengikut skala tersebut untuk memastikan kemenengan. Dalam jangkamasa yang panjang, parti akan mengubahsuai sikap untuk memastikan kemenengan dan sokongan pengundi.  Tetapi dalam jangkamasa yang pendek, iaitu kehendak untuk kuasa serta merta, bermakna sesebuah parti terpaksa melayan kepada sikap yang sedia ada, iaitu mereka cuba menghampiri seramai mana yang mungkin untuk mendapat sokongan. Sebagai contoh yang jelas seperti siri pilihanraya semula yang berlaku baru-baru ini.   

             Banyak isi yang ditimbulkan bagi memastikan parti yang bertanding akan mendapat sokongan mejoriti. Mungkin keadaan ini tidak sesuai lagi untuk menunjukkan kemurahan hati dan juara penyelesian maslah rakyat kerana pengundi yang  berpengetahuan tentang setuasi sudah ramai.  Internet/jalur lebar perlu diambil kira untuk menentukan aliran pengundi dalam mana-mana pilihanraya.

             Ada juga kajian yang dibuat  mengenai prilaku pengundi.  Pengaruh dan struktur kelas sosial  dianggap dua faktor utama mempengaruhi  tingkahlaku pengundi.  Kita membuat andaian pemilih akan mengundi parti yang ideologinya berhampiran  dengan minat dan nilai-nilai mereka.    

             Jurang antara sosial juga turut membantu mempengaruhi tingkahlaku pengundi, umpamanya kejiranan, kelas etnik dan golongan agama.  Jurang antara sosial boleh diperlihatkan sebagai satu proses sejarah ataupun kebanyakkan jurang sosial bagi parti atau negeri ditentukan oleh situasi sejarah dalam mana proses perjalanan dilakukan.
             Di negara Barat, 4 konflik dalam pembangunan negeri telah berlaku :
  • Konflik antara pusat dan desa
  • Perselisihan sekuler yang timbul dalam dakwaan pihak gereja dan negeri terutamanya bagaimana norma-norma sosial dapat didefinasikan.
  • Konflik berlaku di antara kehendak perlindungan oleh pengeluar ekonomi utama dengan kehendak industri buatan.
  • Konflik berasaskan kelas yang banyak berlaku dalam masyarakat industri.
             Pengundian berasaskan keperluan agama      pasa masa    dulu amat    kuat di   benua Eropah, iaitu Natherland dan Belgium.  Pengundian yang dipengaruhi oleh kelas, wilayah dan agama poluler di Braitain dan Australia.   faktor persekitaran juga banyak membantu mempengaruhi  sokongan pengundian seperti keadaan rumah, sekolah, masyarakat dan pengaruh pengurus pekerja dan persekitran sekerja.

            Kajian di Braitain, komposis sosial di sesuatu kawasan pilihanraya mempunyai pengaruh ke atas corak pilihanraya.  Umpamanya pilihanraya kawasan perlombongan  akan mengundi parti Buruh manakala kawasan peranginan kebanyakannya menyokong Parti Konservetif.

             Pengundian individu yang berlainan mengikut sesuatu tindakan perlu diambil kira, iaitu lebih banyak informasi yang sampai lebih banyak pemilih akan bertindak atau dipengaruhi oleh sikap bias parti di persekitaran petempatan mereka.  Lorong atau jalan raya juga mempunyai pengaruh kejiranan di mana jalan-jalan persekitaran petempatan menjadi arena utama dalam mana perhubungan sosial dapat dilaksanakan. Kejiranan memainkan peranan sebagai agen mempengaruhi politik individu. Intaraksi dalam kejiranan amat rapat sekali dalam kalangan pengundi dan perbincangan secara tidak formal berlangsung satiap hari.  Peranan ibu bapa perlu diberi perhatian kerana kebiasannya anak mereka mengundi berdasarkan parti yang dianuti oleh ibu bapa mereka.

             Untuk memastikan kemenengan, kebanyakan parti-parti akan memperkatakan beberapa isu dalam kempen-kempen mereka untuk mempengaruhi pengundi-pengundi yang berkaitan dengan masalah persekitaran kawasan tersebut.  Isu tersebut bergantung pada penyelesian parti yang ingin bertanding. Kadang kala isu tersebut bertentangan dengan kehendak pengundi.  Antara isu yang lain menjadi bahan dalam pilihanraya seperti isu etnik, kaun minoriti, persaingan mendapat kekayaan,migrasi dan sebagainya.










            


            

Saturday, August 14, 2010

BAHASA SEBAGAI SUMBER POLITIK

ikhlas
daeng zahari lorong

----------------------------------------------------------------------------------
" ORANG YANG BERILMU AKAN SENTIASA MEMBERI CERITA
YANG BENAR DAN BERFAKTA "





           Setiap negara mempunyai bahasa tersendiri dan ianya menggambarkan bangsa atau etnik yang berada dalam lingkungan sempadan yang dikuasai.  Samada kita sedari atau tidak bahasa banyak memainkan peranan penting dalam mempengaruhi strategi politik dalam sesebuah negara.  Adalah sukar untuk menggambarkan sebarang  strategi politik yang tidak melibatkan bahasa dan bahsaa merupakan satu media yang terpenting dalam sistem komunikasi dalam bentuk perhubungan sosial.  Kebijkasanaan orang politik menggunakan bahasa dalam melobi penggundi akan memberi kesan yang baik untuk meneruskan penguasaan poltik dalam sesebuah negara. 

           Penduduk dunia bertutur dalam pelbagai bahasa dan situasi ini akan membentuk satu daya pemisah yang kuat.  Pada keadaanya sebenarnya bahasa boleh digabungkan dalam satu keluarga serta kelompok kecil yang lain.  Perbezaan yang wujud dalam kelompok yang sama telah menghasilkan bahasa yang mempunyai perbezaan  seperti bahasa Inggeris dan Peranchis, German dan bahasa Russia.

           Sementara itu, kehidupan dalam tempatan yang tersendiri berlanjutan dari zaman lampau mendorong kepada perkembangan bahasa yang berbeza dan bentuk yang tersendiri.  Sejak zaman lampau lagi, adalah jelas kelompok manusia tertentu akan berubah bahasa pertuturannya dengan menggunakan bahasa kelompok  yang mereka takluki iaitu kelompok yang menguasai kawasan atau daerah tersebut. Sebagai contohnya bahasa Celtic yang dituturkan oleh orang Gauls telah membolehkan perkembangan bahasa Latin yang setersnya membawa kepada kemunculan bahasa Perancis.

          Begitu juga dengan kehebatan Bahasa Arabic mendapat tempat di Afrika Utara beberapa abad berikutan perluasan kuasa orang Muslim Arab pada abad ke-17.

         Kebanyakan negara Eropah dibentuk berdasarkan kehendak penduduk untuk diperintah oleh orang yang menggunakan bahasa mereka iaitu mereka yang mempunyai nasionaliti yang sama. Sekiranya Bahasa Malaysia atau Bahasa Melayu dipertingkatkan dan diangkat darjatnya sudah pasti perluasan penggunaan Bahasa Melayu bukan saja dimiliki oleh kita namun sudah pasti akan melepasi sempadan kita. Segala dasar dan polisi awam tidak tercicir dan boleh diterima oleh masyarakat majmuk.

          Kumpulan etnik minoriti di kebanyakan negara masih berpegang teguh kepada bahasa asalnya dalam menghadapi budaya Imperial golongan mejoriti.  Bahasa ini telah menjadi suatu tahap idintifikasi yang dipunyai oleh sesuatu kelompok tertentu yang menjadi kebanggan mereka.

            Contohnya Bahasa Cornish mengalami kepupusan tetapi Garlia Welsh dan Breton merupakan bahasa Celtic yang masih dipertahankan dan digunakan oleh nasionalis sebagai bahasa ibunda dalam gerakan yang besar untuk mencapai kemerdekaan.

          Kepelbagaian bahasa di dunia ini serta kebanyakan bahasa ini berkecenderungan berubah mengikut masa telah menghasilkan suatu keperluan terhadap bahasa lingua franca. Ia merupakan bahasa yang akan digunakan dalam sistem perdagagan dan komunikasai umum di antara orang yang bercakap dalam pelbagai bahasa dirinya.

          Setengah bahasa ini telah mengalami evolusi secara semulajadi selanjutnya telah diterima oleh orang ramai sebagai sebahagian dari bahasa dirinya sendiri.

           Misalnya bahasa Sawnili d iAfrika Timur, Hausa di Afrika Barat,  Fidgin di Pasifik Selatan dan Guarini di Brazail .  Orang tempatan telah menerima dengan rela hati dengan harapan pemerintah yang ada akan membawa satu perubahan yang dikehendaki oleh mereka atau pemerintah akan menggunakan ruang ini sebagai alat untuk mencapai tujuan imperial mereka.

          Semenjak Perang Dunia Kedua Bahasa Inggeris telah menggantikan Bahasa Perancis sebagai bahasa yang paling sesuai untuk lingua franca sedunia.  Sebegitu juga Amerika Selatan, Bahasa Sepanyol banyak dipertuturkan bersama dengan bahasa Pertugis di Brazil.sementara itu Bahasa English dan Perancis sesuai digunakan dalam persidangan, perjanjian walaupun bahasa ini telah dipertuturkan dengan luasnya ditempat yang jauh dari negara asalnya, namun kebayakan rakyat masih menghadapi masalah bahasa dan kekal sebagai satu halangan yang serius untuk bekomunikasi dengan mereka yang tinggal di kawasan berlainan.

          Secara lebih luas lagi, bahasa sesuatu sifat yang jelas dan penuh dengan perasaan negara. Seperti yang kita ketahui banyak negara berusaha untuk membentuk keindividuan kebangsaan dengan melalui beberapa langkah tertentu untuk menggambarkan bahasa mereka adalah lebih unggul dari negara-negara jiranya.  

           Perkara ini tidak terlepas dalam situasi dalam negara kita. Setiap negeri dalam Malaysia contohnya, mempunyai cara pertuturan bahasa yang berlainan. Keadaan ini amat jelas sekali setiap negeri mempunyai persatuan atau kelab anak negeri di institusi  pengajian tinggi. 

         Dalam banyak negara yang besar dan mempunyai multi lingua satu atau 2 bahasa biasanya mencapai tahap dominan. Samada bahasa itu digunakan oleh sekumpulan besar penduduk disebabkan bahasa ini merupakan bahasa golongan elit yang diperintah.  Negara seperti Maxico, Yogoslavia, Afrika selatan, China dan Russia merupakan sebahagian negeri multi lingua yang jelas di dunia.

          Ada beberap negara contohnya Norway dan Braitain kumpulan sosial telah dikenali melalui bahasa pertuturan serta bahasa kebangsaan yang digunakan.  Di Negera lain pula bahasa pertuturan dalam wilayah mengklasifikasikan penduduk dan kadang-kadang menghadkan penglibtan mereka dalam politik.

           Dalam dunia sekarang terdapat sedikit nation state.  Kebanyakan negara mempunyai dua atau tiga pelbagai budaya dan kumpulan etnik. Ia tidak hanya wujud dalam negara besar sahaja seperti Russia dan China yang mempunyai pelbagai budaya  dan masyarakat, tetapi banyak negara yang kecil seperti Mauritius  Fiji, dan Trinidad .

          Pada taun 1978, "  Rumah Putih "   telah menerbitkan satu salinan bagi 91 kelompok etnik yang minoriti di dunia  yang mana telah dituduh semakin lenyap penentuan diri di empat buah negara dalam setiap benua di bumi ini.

         Kepelbagaian budaya dan bahasa telah menjadi elemen yang jelas dalam kekacauan politik hampir seluruh negara. Di kebanyakan negara, timbul permusuhan yang pahit seperti di Cyprus, Labnon dan Sudan.  Dalam kebanyakan hal, perbezaan etnik ditekan oleh nasionalis atau kerajaan yang zalim. Keharmonian jarang tercapai manakala ketegangan persengketaan dalam kaum  tersebut jelas kelihatan.

        Kita mungkin melihat situasi pada masa kini, perpecahan kaun lebih diakibtkan oleh unsur-unsur bangsa, agama, bahasa, suku kaum dan budaya yang berlainan.   Peranan orang poltik mestilah mengimbahgi perkara ini kerana kalau perkara ini berterusan ianya boleh membawa kepada pertukaran kerajaan dan rakyat sentiasa teretekan dalam situasi ini.
         Peranan bahasa amat luas sekali, dalam pencapaian dasar kerajaan terutama di kawasan luas bandar, penduduk ingin bahasa yang mudah difahami dan tidak berbelit-belit  Tetapi kadang kala bahasa diputar belit bagi memastikan orang politik mencapai tujuan dan manupulasi keadaan yang sebenar. Perkara ini sudah pasti akan menjadikan rakyat sebagai mangsa keeadaan

         Dalam konteks pada masa ini, bahasa perlu digunakan sebaik mungkin dan perlu telus dalam pencapaian dasar atau polisi awam kepada rakyat.  Sekiranya perkara ini diambil kira bukan sahaja parti memerintah yang mendapat untungnya malah parti pembangkan pun akan menerima kesan positifnya.  Kita sepatutnya memaklumkan kepada rakyat dengan fakta yang cukup dan boleh diterima pakai oleh rakya.

          kesilapan bahasa yang kita lemparkan kepada rakyat akan mendorong rakyat akan memberi tanggapan yang salah yang akhirnya akan mewujudkan persengketan yang jelas walaupun kita duduk dalam satu negara.  Kesilapan yang kita lakukan boleh membawa kemusnahan kepada kerajaan dan untuk membentuk semuka kerajaan yang baru mungkin mengambil beratus-ratus tahun utnuk stabil.

         Bahasa yang murni dan penuh nilai-nilai akan membentuk generasi kita yang harmonis pada masa depan. Dengan konsep 1 Malaysia bahasa boleh digunakan sebagai satu alat untuk perpaduan samada oleh pihak kerajaan atau parti pembangkang. Dari satu sudut kita inginkan kerajaan yang bertanggung jawab kepada rakyat bukannya menggunakan rakyat untuk kepentingan parti. Sebaran maklumat kepada rakyat mesti jelas dan mudah difahami agar rakyat tidak terkeliru untuk mentafsir bahasa yang digunakan.

          Kadangkala bahasa akan menjadi isu yang sensitif apabila setiap kaum inginkan bahasa mereka perlu baereada dalam pentas negara.  Tolenransi pemimpim dalam perkara ini perlu ada agar masalah bahasa dapat digunakan secara bersama tanpa menyinggung mana-mana pihak. Kemantapan dan saling menghormati bahasa yang sudah kekal dalam negara kita perlu diteruskan dan tanpa diusik. Para pemimpin pula memainkan peranan penting bagaimana bahasa yang ada di gunakan bagi tujuan kemantapan negara dan bukan sebagai alat untuk mencari kepopulariti seseorang.  

         Sekiranya bahasa digunakan dengan betul dan diletakaan ditempat yang sepatutnya keharmonian kaum dan kesejahteraan negara dapat diteruskan.  Biarlah bahasa akan menjadi satu jambatan yang baik untuk meneruskan senario politik kita yang akan menjadi contoh kepada negara luar. 

         Kita bernasib baik apabila pihak penjajah tidak melenyapkan bahasa Melayu di muka bumi ini.  Walaupun ada percubaan untuk menghapuskan bahasa Melayu namum ianya tidak berjaya kerana keunikan sendiri  bahasa Melayu yang ada.  Kebangagan ini perlu ada dalam diri pemimpin dan kita perlu sedar " Bahasa Menggambarkan Bangsa " . Selagi ada bahasa selagi itu ada bangsa dalam sesebuah negara. 

           

      

            


              

         


Thursday, August 12, 2010

PEMBENTUKAN NEGARA


    

ikhlas
ZAHARI LORONG

-------------------------------------------------------------------------
kunakians / kunak press  / suara rakyat kunak
radio fm online  /  radio bugis

------------------------------------------------------
" BERILAH TEGURAN SECARA BERADAT KEPADA
SAHABAT KITA YANG TERSILAP "


             Negara wujud bila manusia di sesebuah jajahan di bawah kerajaan yang berdaulat. Ia merupakan organisasi politik manusia dan wilayah.  Tanpa penduduk tiada negara akan wujud.  Wilayah negara mengandungi kawasan yang termasuk dalam sempadan negara di mana kerajaan mentadbir semua negara melibatkan diri dalam hubungan antarabangsa dan boleh mempengaruhi negara lain bila negara itu kuat.


            Kedaulatan adalah ciri utama sesebuah negara.  Ia melibatkan interaksi antara manusia, wilayah atau tempat,penggunaan kuasa, pemerintah dan mempunyai kekuasaan.  Kerajaan boleh wujud dalam pelbagai bentuk yang mempunyai hak mengamalkan kedaulatan  sendiri dalam lingkungan sempadan dan hubungan antarabangsa.  

            Negara juga mempunyai hak membuat perjanjian bagi pihak penduduknya yang selalunya memainkan peranan dalam membuat peraturan-peraturan yang dipraktikan dan peraturan pengadilan.   Weber berpendapat negara adalah sebuah kominiti yang berjaya menuntut monopoli penggunaan kuasa fizikal yang sah dalam lingkungan jajahannya.

           Dalam geografi politik dan negara ia berkisar kepada penyelidikan sebab dan akibat dalam ruang berhubung dengan manusia, wilayah dan kadaulatan kerajaan.  Negara boleh dipelajari dari sudut morfologinya dan komponen-komponennya.  Geografi politik juga cuba menekankan fungsi perhubungan yang berkisar kepada penduduk, wilayah dan kadaulatan kerajaan.  Penduduk negara mengandungi satu siri sub kumpulan yang bertindak lapis dan boleh ditakrifkan dengan merujuk kepada kelas, kerakyatan, kewilayahan,ketaatan, inspirasi politik, kekeluargaan/kebangsaan dan perkerajaan.

            Menurut  Lanyi dan Mc Williaams negara merujuk kepada satu budaya umum yang sama, simbol yang sama, pandangan terhadap dunia berlainan terhadap pandangan dunia lain dan apa yang membuat pandangan negara berlainan daripada kumpulan budaya lain adalah satu simbol berkaitan dengan nilai dan sikap yang ada di sesebuah daerah.

            Negara juga boleh dirujuk kepada satu bentuk organisasi manusia dan wilayah yang ahli-ahlinya mempunyai ciri-ciri objektif, budaya yang sama-sama dianuti, nilai-nilai dan aspirasi dan organisasi politik tertutup sesebuah wilayah.  Ahli-ahlinya dikatakan mempunyai hubungan yang akrab dan berkerjasama antara satu sama lain di bawah satu kerajaan yang sama.  Negara juga dirujuk sebagai sistem kuasa/sistem kebajikan wujud pembentukan yang sah samada perhubungan  anatara yang diperintah dengan yang memerintah. Ianya juga boleh dikaitkan sebagai satu kumpulan yang tinggal ( masyarakat ), di mana segala tindakannya tertakluk kepada peraturan mengikut undang-undang.

          Menurut Lasswel negara merujuk kepada satu kumpulan yang tinggal di sesebuah negara yang berdaulat. Robert A.Dahl menyatakan bahawa negara adalah sebagai satu sistem poltik yang didirikan oleh orang yang bermastautin dalam satu wilayah dan mempunyai kerajaan yang memerintah. Geoffrey K.Robert menekankan ciri-ciri wilayah penduduk dan pemerintah dan beliau menyatakan pemerintah adalah yang memaksa rakyat menurut segala arahannya.
          Pada keseluruhannya , negara mempunyai satu wilayah di mana terdapat penduduk dan diperintah oleh satu badan politik.  Kerajaan atau pemerintah mempunyai hak kuasa dan kewibawaan ke atas rakyat dalam hal menjalankan kewajiban terhadap negara. Kesimpulannya negara :-
  1. Ada wilayah yang tertentu dan sempadan yang sah.
  2. Adanya penduduk yang menjadi rakyat di dalam sesuatu wilayah.
  3. Adanya kerajaan yang sah dan mendapat sokongan rakyat.
  4. Mempunyai kedaulatan bagi negara dan penduduk di wilayah satu daerah atau tempat tinggal mereka.



Islamic Widget

TV / RADIO ONLIE