ESPN's Bottom Line Widget

CIPTALAH SEJARAH YANG TERBAIK UNTUK GENERASI KITA / JANGAN BIARKAN KITA TERSUNGKUR DI BUMI SENDIRI

bX-2nw74

Thursday, August 12, 2010

PENGLIBATAN RAKYAT DALAM PENENTUAN UNDI DAN POLITIK

Ikhlas
Daeng Zahari Lorong 

----------------------------------------------------------------------
klik di bawah
suara rakyat kunak  /  kunak press  / kunakians
radio online  / radio bugis
---------------------------------------


" BERILAH PELUANG PADA ORANG MUDA
UNTUK BERLARI SERIBU BATU "




             Adakah benar kerajaan pada masa akan datang akan dipengaruhi oleh corak kepimpinan parti, pemimpin   atau dasar kerajaan yang sedia anda.  Jika diteliti tentang kesilapan pemimpin atau skandal rasuah serta kegagalan  mentadbir kerajaan yang akhirnya mereka terpaksa akur melepaskan jawatan dalam parti dan kerajaan, contoh yang terdekat seperti Negara Jepun dan di Eropah.
          Rakyat kini tahu membezakan kepimpinan yang mana sesuai untuk membawa mereka ke arah pembangunan yang dikehendaki.  Dalam tulisan ini, saya cuba menerangkan sedikit tentang penglibatan rakyat dalam pengundian dan poltik.
                                             
           Istilah penglibatan rakyat selalu digunakan oleh sains sosial sebagai tindakan menyokong untuk permintaan terhadap kerajaan. Dalam perkara ini melalui penglibatan seseorang dalam memberi undi  atau menyokong wakil calon bergantung  dan dipengaruhi oleh polisi-polisi awam yang disebar luaskan kepada rakyat. Mengundi  adalah bentuk partisipasi rakyat selain menjadi ahli di dalam parti-parti politik , akan terus berusaha mempengaruhi pengundi lain untuk memilih calon-calon tertentu dan turut serta menjadi pentadbir di pejabat politik.


            Dalam kajian Milbreath, melalui simulasi terdapat satu hirarki dalam penglibatan politik :

  •     Mereka tidak melibatkan diri secara langsung dan lemah.

  •    Mereka yang menjadi pemerhati dan hanya melibatkan diri secara marginal.

  •    Mereka yang sangat aktif dan digelar ' gladiator ' atau wira pejuang parti.
           Dalam beberapa pemerhatian menunjukkan tindakan mengundi adalah satu tabiat dan kebanyakan rakyat melibatkan diri secara minima.  Peratus mengundi biasa kurang dari 85% dan ianya banyak dipengaruhi beberapa faktor seperti calon yang bertanding, demografi penduduk, isu yang ditimbulkan dan corak jentera parti yang bertanding serta budaya poltik iaitu kesedaran penduduk tentang kepentingan hadir untuk mengundi.

           Hirarki penglibatan poltik boleh bahagikan kepada 4 unit iaitu :

  1. Galadiator  =   Beliau memegang jawatan poltik / berusaha mengumpul wang untuk parti / merupakan ahli yang aktif bagi jawatan poltik dalam parti poltik.

  2. Pemerhati  =    Menghadiri perkumpulan dan mesyuarat / memberi sumbangan tabung untuk kempen / menghubungi pegawai-pegawai kerajaan dan swasta dan ahli-ahli poltik.     

  3. Pemerhati Aktivist = Memeakai lencana dan pelekat kereta / cuba mempengaruhi pengundi dan memulakan diskusi poltik.

  4. Aktivist lemah = Tidak mengundi
           Walau bagaimanapun mengundi bukanlah satu indikator yang baik bagi penglibatan rakyat, kerana ia sebahagian daripada tindakan seseorang dan bukannya satu penglibatan yang berterusan.  Pendaftaran pengundi dapat mempengaruhi tahap penglibatan pengundian yang sebenarnya.  Di Itali   pendaftaran adalah secara automatik, bermakna tahap pendaftaran pengundi meningkat ke atas.

           Kedatangan mengundi berlainan antara kawasan bandar dan kawasan luar bandar.  Kajian Rokkan dan Cambell di Norway dan USA menunjukkan  lebih besar peratusan datang mengundi dibandaraya berbanding kawasan luar bandar atau daerah pertanian.  Peratusan mengundi berkurangan di desa-desa yang dianggarkan 8-10%.

           Kajian Rokken ini, memperlihatkan kedudukan mengundi yang terletak secara realtif dari pusat bandar yang menyebabkan penglibatan yang berlainan.  faktor mobiliti dikaitkan dengan tahap aktiviti seseorang.  selalunya mereka yang tinggal  berhampiran bandar, mobilitinya lebih, komunikasinya terdedah secara langsung dengan badan-badan poltik dan hubungannya semulajadi dengan persekitaran bandar.

   
          Bagi pengundi yang jauh dari pekan atau  bandar serta alat komunikasi yang sederhana mereka sudah pasti terasing dengan pergolakan politik dan perkembangan poltik semasa. Perkembangan poltik hanya bergantung kepada kekerapan lawatan pegawai kerajaan, wakil rakyat dan peratusan pengundi yang berminat dengan poltik. Di Ireland ada bukti menunjukkan bahawa faktor-faktor personel mempengaruhi keputusan pengundi terutamanya kawasan-kawasan kejiranan ( Umur, sex, etnik ).

            Lipset menjelaskan bahawa keputusan untuk individu datang mengundi bergantung kepada 3 faktor :


  • Kesampaian  jarak dengan tempat mengundi dengan proses membuat keputusan atau informasi yang membentu rakyat mengetahui bagaimana sistem poltik beroperasi.

  • Kewujudan golongan pendesak untuk mengundi, maka lebih akrab sesuatu unit sosial itu untuk mengundi.

  • Kewujudan tekanan melintang, umpamanya lebih besar parti yang bertanding, atau lebih hebat persaingan maka lebih hebat juga penglibatan para penggundi.    
           Penglibatan pengundi sepatutnya perlu diberi penghargaan oleh wakil calon yang menang dalam pilihanraya.  Apa yang dikenalpasti semasa pilihanraya rakyat atau pengundi sebagai satu permata yang berharga seolah-olah seperti batu delima.  Mereka diberikan taburan janji dan sumbangan peribadi bagi menarik perhatian wakil yang bertanding. Mereka berkerja sebagai sebuah jentera untuk membantu parti agar terus berkuasa dengan harapan polisi yang dijanji akan dapat ditunaikan.

           Perubahan masa dan zaman ICT telah banyak membuka ruang dan maklumat dapat diperolehi dengan cepat dan mudah.  Pengundi boleh ditingkatkan dengan memberi penjelasan yang tepat dan telus tanpa berselindung dengan polisi yang hendak diperkenalkan.  Kehadiran pengundi dan sokongan rakyat pada parti bergantung pada keikhlasan parti yang menang  untuk menyokong perkembangan pembangunan dalam semua aspek.
           

           

           


          

Wednesday, August 11, 2010

NOSTALGIA MAKAN MALAM ALUMNI SMK KUNAK 1971-2009



Coretan Kenangan
Daeng Zahari Lorong
-----------------------------------------------------------

" CIPTALAH SEJARAH HARI INI UNTUK
PANDUAN GENERASI KITA "


 



        SMK. KUNAK yang diasaskan pada tahun 1971 telah mengadakan nostalgia makan malam yang pertama pada 29 Jun 2010. Nostalgia ini bertujuan menghimpunkan bekas pelajar SMK Kunak sejak 1971-2009 yang diadakan di dewan SMK Kunak.  Kehadiran bekas pelajar berjumlah lebih kurang 271 orang telah memberi ruang pada lepasan pelajar mengenangkan memori mereka serta bertemu dengan kawan yang telah lama berpisah. malam Alumni ini diresmikan oleh wakil ADUN N.51 Kunak Pn.Hj.Maimunah Hj.Zainal.

( Ucapan Pengerusi Sementera Alumni SMK Kunak Drs.Marsidi Katong )

         Malam nostalgia telah memberi sijil pada guru yang telah bersara serta pelajar yang cemerlang dalam peperiksaan awam 2009.  Pelajar cemerlang PMR adik Elisia Engku ( 8A ), SPM adik Abdullah Ambo Masse (  8A,3B ) dan STPM  adik Siti Sukinah Hj.Rahim ( 4A )

Jasamu di kenang dan hadiah khas diberikan pada guru yang telah berpencen iaitu Cikgu Sharif Samsuddin Bin Sharif Sagaf , Cikgu Zainal Abidin Laja, Cikgu Ajamain Karta, Cikgu Elice serta Cikgu Rameli Ismail.

         Pemberian sebuah komputer oleh Pengerusi  Sementara Alumni En.Drs.Marsidi Katong pada sekolah SMK.Kunak yang diwakili oleh En.Zahari Lorong ( Penolong Kanan Pentadbiran )

          En.Ahmaddin Rasidin telah diberi peluang untuk menceritakan  semula memori dan berkongsi pengalaman semasa beliau bersekolah di SMK.Kunak pada tahun 1971.

En.Dahlan Anano (kontraktor ) menyatakan bahawa pada malam itu telah memberi ruang dan tidak menyangka dapat bertemu kawan-kawan  1980-1984. En.Jumat ( Polis ) yang bertugas di Kinabatangan sanggup hadir kerana ingin bertemu dengan kawan-kawan lama yang telah berpisah lebih kurang 20 tahun yang lalu.


++++++++++++++GAMBAR KENANGAN+++++++++








SMK KUNAK TERCIPTA SATU NAMA
ILMU SULUH HIDUP



Klik

Wednesday, August 4, 2010

SAJAK KUASA IBU DAN HUJAN



ikhlas
daeng zahari lorong @ daeng menraffe

=======================================================
Klik
Suara Rakyat Kunak  /   Kunak Press  /  Kunakians
Radio Online  /  Radio Bugis

--------------------------------
" BERILAH PERTOLONGAN WALAUPUN SEKECIL ZARAH  "





Nukilam /sumbangan : RASNAH RADJID






             
KUASA IBU 
                                        
Senyum dan  tawamu  
Memancar sinar kasih                                                          
Ketulusan hatimu menyentuhku
Lembut suaramu mendamaikan jiwaku
Belaian kasihmu mengamit kerinduan di kejauhan

Pelukan hangat yang kau berikan
Menutup kedinginan
Pujukan manja dengan bait-bait indah
Melunturkan kemarahan















==========================                                     
 
HUJAN 

Titisan hujan
Berjatuhan membasahi bumi
Tibanya dinanti
Menghapuskan kegersangan
Yang berpanjangan

Rintik-rintik hujan
Berguguran menyentuh dingin tubuh
Melenyap ketandusan diri





        Terima kasih dariku  : RASNAH RADJID
                                                                                            
                  

Wednesday, July 7, 2010

PERPADUAN MELALUI PENDIDIKAN

IKHLAS
daeng zahari lorong
-------------------------------------------------------------------------------------
Klik


             Perpaduan dan persefahaman dalam masyarakat berbilang kaum di Malaysia boleh dicapai melalui sistem pendidikan.  Pendidikan telah diberi peranan  untuk mewujudkan perpaduan kaum  iaitu sejak mula dasar pelajaran digubal.  Dalam Laporan Razak tahun 1956, telah dinyatakan  bahawa tujuan dasar pelajaran Negara ialah untuk menyatupadukan murid-murid dan semua kumpulan etnik ke dalam satu sistem pelajaran yang sama dengan menggunakan bahasa penghantar yang sama iaitu Bahasa Malaysia.
 
           Dasar Pelajaran Kebangsaan ini telah termaktub dalam akta  pelajaran 1961.  Akta ini berasaskan dua dokumen penting iaitu penyata Razak 1956  dan Laporan Rahman Talib tahun 1960.  Antara aspek-aspek penting yang ditekankan  dalam kedua-dua dokumen ini ialah unsur perpaduan rakyat.  Di samping itu, isu-isu yang penting dalam akta 1961 ialah :
  1. Menyatakan atau mengadakan satu  kurikulum untuk semua sekolah yang berbagai aliran.
  2. Bahasa Melayu  atau Bahasa Malaysia digunakan sepenuhnya di semua peringkat sekolah   hingga ke peringkat pengajian tinggi.
  3. Menggunakan satu kurikulum bagi mewujudkan perpaduan masyarakat Malaysia yang pelbagai kaum. 
           
             Implikasi dari dasar ini, degan merujuk penggunaan satu bahasa penghantar, Malaysia berharap akan dapat menghasilkan/melahirkan genarasi satu bangsa yang bersatu dan terjalin erat.  Bahasa Malaysia diharap menjadi asas perpaduan rakyat, saluran yang jelas untuk pernyataan fikiran dan perasaan yang bersifat Malaysia.

             Untuk mencapai matlamat pendidikan ini, beberapa langkah lain telah diambil seperti :
  • memperkenalkan kurikulum yang sama kepada semua sekolah.
  • mengadakan peperiksaan yang sama kepada semua sekolah.
  • mewajibkan pengajaran Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris di semua sekolah.
  • memperkenalkan jadual waktu yang sama.
  • menetapkan pakaian seragam kepada murid-murid rendah dan menengah.

             Usaha memupuk perpaduan dan persefahaman ini juga cuba disalurkan melalui kurikulum dan kokurikulum di sekolah-sekolah.  Pada tahun 1982, satu perubahan telah dibuat pada kurikulum sekolah  rendah dengan menekankan aspek kemahiran 3M ( membaca. menulis, mengira ) disamping menitikberatkan pendidikan kerohanian dan disiplin yang dikehendaki.

             Bertepatan dengan perkembangan pendidikan secara global, kurikulum sekolah menengah sedang dibuat kajian dan akan disesuaikan  perkembangan tuntutan semasa supaya pindaan yang dibuat dapat membantu mempercepatkan pencapaian matlamat pendidikan.  Sebagai contohnya cadangan pemansuhan peperiksaan UPSR dan PMR akan memberi kesan pada pendidikan kita.  Perubahan sistem pendidikan  sekolah menengah secara tidak langsung Kementerian Pendidikan akan mengkaji pula sistem pendidikan yang sedang berjalan di institusi-institusi pengajian tinggi  yang ada sekarang.


           
             Selain dari perubahan-perubahan kurikulum perubahan kokurikulum juga perlu ditegaskan dalam     pembentukan perpaduan bangsa.  Pelajar-pelajar digalakkan supaya lebih banyak melibatkan diri dalam sukan, olahraga, pasukan beruniform, perasatuan yang ditawarkan di sekolah-sekolah. 

             Pendidikan bukan sahaja dapat membantu mengurangkan masalah perkauman  tetapi juga memperkayakan Bahasa Malaysia sebagai bahasa ilmu yang lengkap dan bahasa ilmiah.  Usaha-usaha ini bukan sahaja akan dapat meletakkan taraf  Bahasa Malaysia di tempat yang sewajarnya, tetapi akan membantu orang ramai mempunyai keyakinan yang lebih besar terhadap sistem Pendidikan Negara.  Dengan kata lain situasi ini dapat mengurangkan bilangan pelajar-pelajar yang mencari pendidikan di luar negara.

            Selain daripada memperkayakan Bahasa Malaysia, usaha-usaha yang tegas perlu diambil  untuk menggalakkan penggunaan bahasa ini di semua peringkat dalam semua penghidupan masyarakat.  Dengan penggunaan yang meluas oleh masyarakat, Bahasa Malaysia akan terus berkembang sebagai bahasa perantaraan yang sempurna dan dapat dibanggakan.

              Andaian daripada dasar pendidikan negara ialah kerelaaan semua pihak untuk melaksanakan dasar ini.  Keadaan ini telah direalisasikan  oleh Universiti Malaya bila semua senat Universiti Malaya membuat keputusan tentang syarat bahasa bagi pengajaran beberapa kursus kesusateraan di fakulti Sastera.  Keputusan ini membenarkan beberapa kursus kesusasteraan di ajar dalam bahasa asalnya ( Inggeris, Sanskrit, Cina Tamil dan sebagainya ) kepada pelajar-pelajar bukan mengkhusus pengajian ( major) dalam bidang tersebut tetapi di ajarkan dalam  Bahasa Malaysia kepada pelajar lain dalam fakulti yang hanya mengikuti kursus itu sebagai satu matapelajaran pilihan.  Keputusan ini adalah bertujuan untuk mendedahkan karya-karya kesusasteraan tersebut kepada para pelajar dengan seluas-luasnya melalaui bahasa penghantar yang lebih luas digunakan.

             Pada umumnya punca masalah perpaduan berkait rapat dengan dasar ekonomi dan politik semasa.  Peluang untuk mengurangkan masalah perpaduan di negara kita dapat dikurangkan dengan memberi sokongan tanpa berbelah bagi melalui pendidikan.  Semua lapisan masyarakat perlu membantu dan memberi pandangan kepada Kementerian Pendidikan untuk memperbaiki sistem yang sedia ada.

            Sekiranya dapat diwujudkan satu sistem persekolahan yang tidak mengasingkan  pelajar mengikut bahasa dan etnik.  Bahasa Malaysia dijadikan bahasa penghantar kepada semua peringkat sekolah tetapi hak dan kemudahan untuk matapelajaran dan  memperkembangkan bahasa dan kebudayaan kumpulan-kumpulan etnik lain mestilah dijamin dan diberi perhatian yang sewajarnya.


            Persamaan peluang mendapatkan pendidikan dan peluang melanjutkan pelajaran perlu diperluaskan kepada semua rakyat khususnya rakyat di kawasan luar bandar.  Langkah-langkah perlu diambil untuk menambahkan bilangan pelajar yang berjaya sampai ke peringkat yang lebih tinggi. Kita perlu ada identiti kurikulum dan kebudayaan sendiri. Apabila identiti kita terbentuk mantap sudah pastinya negara kita akan menjadi rujukan dalam proses pembentukan perpaduan dari  negara luar. Sistem pendidikan yang sering berubah dan acuan dari luar serta pentas politik yang tidak stabil boleh menganggu gugat proses perpaduan di negara kita.
                              

             


      

Islamic Widget

TV / RADIO ONLIE