KUNAK KLASIK

PERKONGSIAN ILMU, MAKLUMAT DAN PANDANGAN SECARA TELUS.

Friday, November 30, 2012

Kepimpinan Transformatif Menuju Wawasan Nasional -Datuk Seri Najib


Sesungguhnya perhimpunan sebegini bukanlah semata-mata acara ritual dalam memenuhi tuntutan taqwim organisasi. Sebaliknya, ia satu iltizam terbaik melaksanakan proses muhasabah dan islah demi memperbetulkan kelemahan, memperkejab jentera parti, membugarkan halatuju pertubuhan, seterusnya mempastikan kelangsungan jemaah.

 Serentak itu, saudara dan saudari, marilah kita mengangkat sebanyak-banyak doa, bahawa dengan izin Allah jua, apabila kita bertemu pada tahun hadapan di Dewan Merdeka ini, InsyaAllah, kita akan berhimpun semula dengan sokongan kukuh sebagai parti pemerintah, untuk mengurus kepentingan negara, memakmur ekonomi dan mensejahtera rakyat bagi tempoh lima tahun akan datang.
Zahari Lorong di 5:58 AM No comments:
Share
‹
›
Home
View web version

BUMI BERTUAH MALAYSIAKU

My photo
Zahari Lorong
View my complete profile
Powered by Blogger.