ESPN's Bottom Line Widget

CIPTALAH SEJARAH YANG TERBAIK UNTUK GENERASI KITA / JANGAN BIARKAN KITA TERSUNGKUR DI BUMI SENDIRI

bX-2nw74

Friday, October 1, 2010

BENARKAH GENERASI MUDA TIDAK MINAT BERPOLITIK - PART 1



ikhlas
zahari lorong


          " Melentur buluh biarlah dari rebungnya ". Perkataan  ini amat sesuai digunakan untuk  generasi kita agar mereka minat dalam arena politik. Ada yang mengatakan  hampir 70 peratus generasi muda tidak minat dalam poltik.  Adakah ini satu kebenaran atau ada faktor lain yang menyebabkan generasi muda begitu daif tentang perkembangan politik?

          Jika ditinjau daripada perkembangan politik semasa dalam negara kita,  amat  rancak sekali terutamnya selepas pilihanraya ke-12.  Pembangkan / parti anternatif hampir menguasai perlimen sehingga suasana dewan rakyat begitu rancak apabila bersidang yang akhirnya tiada keputusan dapat diambil.


Generasi muda bakal pewaris kepimpinan
         Ada dalam kalangan generasi muda tidak minat dalam perkara ini setelah mengambil kira suasana politik yang begitu keliru bagi mereka.  Bermula dari janji masa pilihanraya sehingga pilihanraya seterusnya,  isunya hampir sama  iaitu memberi perkhidmatan yang terbaik bagi kawasan ADUN mereka. bagi ADUN yang dapat menunaikan janji semasa pilihanraya  sudah mendapat merit daripada rakyat dan bagaimana pula dengan ADUN yang banyak melemparkan janjinya sehingga tidak tertunai?

        Bagi generasi muda yang mempunyai bakat yang dapat  digilap dari awal lagi.  Mereka tidak di bawah bersama untuk menyumbangkan idea dalam menentukan corak pembangunan dalam daerah tersebut. Mereka disisihkan dan akhirnya bakat mereka terkubur begitu saja.

        Mungkin keadaan politik itu sendiri,  saingan adalah musuh yang utama dalam politik.  Ini biasanya berlaku, mereka yang berminat dalam politik dan difikirkan akan memberi saingan perlu dijantas awal-awal lagi untuk mengukuhkan kedudukan mereka.
       
         " BERILAH PELUANG PADA GOLONGAN MUDA KERANA MEREKA BOLEH BERLARI BERIBU BATU "  Ungkapan ini merujuk pada kekuatan generasi muda daripada beberapa aspek.  Saya yakin generasi yang mempunyai pendidikan yang baik boleh mengubah corak pembangunan dan suasana dalam deerah tersebut.  Sumbangan mereka boleh pergi jauh dan pengalaman awal perlu didedahkan agar mereka berada dalam landasan yang betul.

          Saya yakin corak politik pada masa hadapan  akan berubah  tertamanya dari aspek penerimaan politik dalam kalangan rakyat.  Politik tidak lagi bersifat mencari kelemahan parti secara berterusan tetapi alangkah baiknya ianya bersifat sementera.  ADUN yang menang boleh bersama-sama dengan parti pembangkang untuk duduk semeja bagi membincangkan isu yang sama ( pembangunan ). Tidak ada lagi perbezaan kedai kopi, masjid dan sebagainya bagi parti-parti yang bertanding. 

         Sebenarnya ramai generasi muda pada masa sekarang bercerita perkembangan politik semasa. Apa yang merisaukan,  mereka disajikan dengan keadaan politik yang mempunyai tafsiran yang berbeza.   Perlu diingat generasi sekarang inginkan perubahan dan mereka cuba mencipta sejarah.  Peluang untuk bertanding dalam pilihanraya semakin terbuka kerana ilmu tentang politik semakin dapat difahami. Mereka tidak lagi mahu dikonkong dalam parti mana yang perlu diikuti. Tekanan daripada pihak orang tertentu bukan jadi penghalang untuk golongan muda untuk meneruskan perjuangan dalam berpolitik. Alhamdulillah mereka sudah maju setapak dan kita kena akur bahawa peranan mereka tidak perlu disisihkan.

                   Jika ditinjau golongan senior / orang lama yang terlibat dalam poltik tidak bertambah dengan kata lain orang yang sama. Isu yang dibincangkan sama saja berdasarkan pengalaman  dan jawatan-jawatan yang pernah  mereka pegang dalam politik. Walau bagaimanapun orang kata " berpolitik bermula dari kedai kopi "

        Tapi perlu diingat peranan kedai kopi sudah berkurangan dalam mempengaruhi corak poltik dan aliran pengundi.  Kemajuan ICT contohnya melalui SMS, Internet dan penulisan blog adalah cara yang paling mudah untuk mendapatkan kepercayaan dalam pilihanraya.  Keadaan ini tidak dapat dielakkan dan contoh yang terdekat PKR yang menang banyak kawasan dalam pilihanraya ke-12  banyak dipengeruhi oleh kecanggihan ICT.

          Kita tidak perlu lagi membuang masa bercerita isu yang sama dikedai kopi. Generasi sekarang perlu mengetahui isu-isu semasa yang lebih pantas dan tidak perlu menoleh kebelakang lagi. 

         Generasi muda perlu juga diingat, mereka merupakan golongan pengundi yang banyak dalam mana-mana kawasan pilihanraya. Mereka golongan yang aktif masa kempen pilihanraya dan turun mengundi, jangan sampai seperti " Empangan Yang Pecah " akhirnya baru kita membuat persediaan.

        Apa yang jelas sekali apabila berlaku pemilihan dalam parti sudah semestinya konsperasi seirang dengan permainan calon.  Rangkaian dalam parti mesti ada untuk mengukuhkan kedudukan. Kadang-kadang kita tidak mahu menerima kekalahan secara terbuka yang akhirnya membawa kekecohan, pergaduhan semasa berlakunya pertandingan dalam parti.



       
  

       

         

      
         
       

No comments:

Post a Comment

Islamic Widget

TV / RADIO ONLIE